21-05-2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye.. 
Malam ni tetiba terpanggil untuk update lagi cerita kisah mengenai diri aku.. Hurmm.. Tiada yang menarik sangat kot.. Just mood yang masih kucar kacir mencari jalan keluar akibat kisah silam yang masih membelenggu jiwa.. Aku masih juga begini. Walaupun kisah itu sudah hampir dua tahun berlalu.. Masih sedih dan mungkin masih ada sisa harapan yang mengharap cinta lama datang kembali.. Tapi aku yakin, kuat dalam hati aku akan  menolak jika cinta itu datang kembali.. Entah lah.. Aku sendiri juga keliru..

APC
Alhamdulillah.. Perkhabaran yang sepatutnya membuat aku gembira.. Tahniah untuk diri aku. Namun sehingga kini aku belom lagi meraikan kejayaan itu seperti yang lain.. Hurmm.. Ntah.. Macam tiada keseronokan.. Terasa biasa saja.. Kemanisan tu macam tiada langsung.. Walau hakikatnya aku adalah orang pertama dalam kumpulan 'batch' aku yang menerima anugerah tertinggi dalam jabatan kami..

SOALAN
Hari ini aku diajukan dengan satu soalan.. Pet tanya dekat watsapp.. Soalannya.. U Suke Ker Kawan Dengan I?? Homaigadd!! Soalan itu betul-betul buat jiwa aku bergetar.. Apa lagi yang dia mau nih? Sumpah.. Aku nda suka dengan soalan begitu.. Seolah-olah dia masih ragu dengan aku yang telah berkenalan sejak 6 tahun yang sudah.. Hurmm.. Ok.. Mungkin inilah jalan ceritaya.. Perhubungan yang langsung tidak pernah bersemuka.. Hanya menerusi maya dan talian telefon.. Aku redha.. Ikut ja lah macam mana yang dia  nak.. Satu yang aku kesal.. Dia masih merasakan bahawa aku bekawan dengan dia sebab kazen dia yang pernah berhubungan dengan aku.. Soalan aku, siapa yang kenal siapa dulu??

HIDUP
Hurmm.. Bila berbicara mengenai hidup aku sendiri.. Aku jadi sedih sangat.. Memikirkan kehidupan yang sangat membosankan.. Tak macam dulu.. betul sangatlah kalau ramai yang cakap aku berubah.. Mungkin pada pandangan dasar, aku masih heboh macam ulu.. Bising dan suka buat porak peranda dengan mulut aku yang agak leser nih.. Ramai yang mengakuinya.. Tapi bila dah sampai di rumah.. Aku jadi hiba.. Sunyi. Memikirkan kehidupan begini yang sangat menyedihkan.. Entah lah sampai bila.. Hati aku.. Hurmm.. Dah  lama dia mati.. Mati kerana kezaliman seorang lelaki.. 

Nitez!

SAKIT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sudah agak lama aku tidak melakarkan cerita aku di sini.. Alhamdulillah.. hari ni di beri peluang dan kesempatan untuk mencatatkan lagi catatan yang berlangsung dalam kehidupan aku.. Kalau dulu, aku selalu saja mengupdate entry dalam blog ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak mengelamun.. Membuang masa dan sebagainya, aku semakin jarang menjengahkan leher ke blog ini. Tapi keadaan itu bukan bermaksud aku lupa akan blog yang tersayang ini. tempat untuk aku meluah segala yang terbuku di dalam hati..

Entry kali ini bercerita mengenai kesakitan. Yupz.. Aku dah masuk 3 hari di serang sakit perut. Entah apa yang aku makan sampai macam ni sekali. Mungkin kerana susu yang aku minum atau makanan yang aku makan. Hurmm.. Tapi kali ini aku mau kongsikan beberapa kesakitan yang aku alami.

RAMBUT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hye semua...

Semoga semuanya sihat saja hari ini. Aku baru ja balik dari opiz.. Dah siap mandi dan siap-siap untuk tidur sudaah. Hati masih lagi sakit.. Cuma nak cerita sikit lah pasal kejadian hari ini. Actually, hari ini telah dilangsungkan sambutan ulangtahun tvi ke 2 di KPKK. Agak sibuk jugak lah aku.. Sekali lagi muncul dengan fesyen rambut yang ndak pernah aku buat.. Hihihi.. Si Yan yang tulung aku buat nih.. Aku ok jak tu.. Janji ndak serabut mata memandang..

Walaupun hakikatnya aku datang lambat hari ini, tetap juga kena marah sama bos.. Huhuhu.. Yalah, gara-gara set rambut ala cendawan tumbuh selepas hujan ni aku lewat. Huhuhuhu.. Mau kasi alasan apa lagi, redho jak lah kena marah..

PEDIH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopzz Semua!!
Aduhai.. Lama gila ndak hapdet blog aku ni kan.. Macam besawang sudah ni.. huhuhu.. Tetiba rinduuu mau meluah.. Tu pasal lah aku datang sini.. Actually, mau buzz kawan aku yang stay kat Pahang tuh.. Tapi rasanya segan plak.. Jadi ndak lah jadi kan.. maka diam2 ja lah aku sini.. Lantas perasaan sedih tu tetiba datang menerpa jiwa yang kesunyian.. Sumpah!! Rasanya macam mau nangis kuat-kuat nih.. Sebak betul dada rasanya sekarang ini.. hurmm..

Perkara yang buat aku sedih sangat malam ni bukanlah apa sangat kan kalau di fikirkan dengan minda yang waras.. Tapi nda tau lah kenapa agaknya dengan aku ni.. bila cakap pasal benda-benda yang aku sangat care, biar sekecil alam pun tetap akan membuatkan aku sedih kalau sesuatu yang aku rancang di sabotaj! Kalau aku fikir balik, aku memang keanak-anakan.. Tapi apa boleh ku buat, ni memang sudah menjadi sipat ku.. Huhuhuhu..

SIBUK!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hehehe..
Rajin pulak kan menyusun galur nota kehidupan disini.. Setelah lama ndak bertamu.. Sambil-sambil menunggu masanya untuk pulang.. Ndak salah kiranya aku mencoretkan sesuatu ke page 'rahsia' aku nih...

Hari ni diorang sibuk dengan tuntutan OT.. Aku pulak sibuk dengan banyak perkara sebenarnya. Bermula dengan duty pagi bersama Kak Mas.. Lepas tuh ada sesi photo shoot untuk karnival ulang tahun tv-i.. Diorang mau buat banting untuk beberapa program yang diterbitkan oleh bahagian TV. So turuti saja lah..