BERDARAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Semalam aku menghantar 10 sms dengan adik aku.. Semuanya bercerita mengenai kisah duka yang semakin mencengkam aku bila aku mengetahui sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam waktu ini.. Dan sehingga kini aku masih lagi berfikir mengenai perkara itu.. Bagaimana mungkin anak sulung ingin melupakan segala yang terjadi kepada keluarganya??

Aku terangkan panjang lebar mengenai kebenaran dan asas aku untuk menghalang dia dari melakukan sesuatu.. Namun, sekaran ini aku terpaksa mengakui kalau dia harus melakukan perkara itu.. Sejurus selepas itu, aku menghubungi mak aku.. Nyata dia terkejut dengan perkara yang aku cakapkan.. Aku pesan supaya jangan bagitau bapak dulu.. Biarkan semuanya mengikut flow..


Dalam hal begini, aku ndak tau mau salahkan siapa.. Aku celaru memikirkan masalah yang tidak pernah kering dari menghantui aku.. Juga keluarga aku.. Seperti biasa, mak aku relax dan cool.. Walau dari riak suara dia aku dapat mengesan nada kesal dan risau akan kenyataan yang bakal kami hadapi.. Oh! Apa harus aku buat?

Mode patah leher yang melanda aku hari ini juga ada kaitan dengan perkara ini.. Maaf Jiran.. Aku tipu ketika berWatsapp dengan ko tadik.. Aku ndak bermaksud pun.. Cuma aku rasa, perkara ini terlalu rahsia untuk aku ceritakan kepada sesiapa.. Aku dah berusaha untuk tidak bercakap, tapi atas desakan ko, maka aku terpaksa..

Sekali lagi aku tidak tenang.. Semua harapan berlari laju.. Segala impian kelihatan kabur di kejahuan.. Tangan terasa semakin jauh untuk menggapai kebahagiaan itu.. Entahlah.. Abang semakin bingung.. Darah ini semakin banyak mengalir.. :((

No comments: