KAMU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Hari yang penuh bayangan kesuraman untuk aku.. Semuanya bagai baru semalam berlaku.. Dan aku tidak tahu mengapa aku begitu tekun memikir dan mengingati semua itu.. Oh! Semakin aku merayu agar semua perkara itu berlalu.. Semakin kuat iya melekat pada hati.. Umpama plasenta yang semakin membentuk janin di dalam rahim seorang ibu..

Aku terlalu manjakan diri.. Aku terlalu melayan perasaan.. Yea.. Aku sedang berdepan dengan semua ini berseorangan.. Dan semua ini menyebabkan tekanan yang cukup hebat sedang melanda aku.. Hampir saja air mata aku menitis lagi di hadapan seorang kakak dan seorang rakan sejawat ketika bersembang di pejabat petang tadik..


Hari ini, aku bangon awal.. Semalam balik umah, mandi dan terus tidor.. Ajakan untuk makan malam bersama Usin dan Jass aku tidak hiraukan.. Terlalu letih dengan kehidupan..Aku sendiri bingung, apa yang buat aku letih ni.. Uhuhuhu~~ Seperti biasa, tido menghadap langit yang terbentang luas.. Tiada butiran bintang.. Bulan di lindung awan.. Memeluk erat si mantal meloxx.. Sepi dan sedih.. Dimana nak ku cari teman hati ku?

Bersama Mak Hayy di udara sehingga pukul 9 pagi sahaja hari ini.. Aku tinggalkan dia lebih awal.. Sebab aku berging bubut lagi hari ini sehingga ke lewat petang. Aku saja jea menemankan Mak Hayy duty.. Sepatotnya dia dengan Hani.. Namun, Hani kurang sihat.. Kasihan dia berduty seorang.. Maka aku temankan.. 

Jam 9 terus gerak pergi cuci kereta Ging Bubut sebelum bergerak ke destinasi pertama.. Pusat Pameran Kenderaan Produa di Kolombong.. Seharian hari ini aku dan 3 krew yang lain akan memeriahkan program 'Pandu Uji dan Menang'. Lokasi kedua di Bundusan.. Dan lokasi terakhir di Kepayan.. Bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang.. Letih? Tak payah cakap.. Sah-sah lah.. Seronok? Entah laa.. AKu sedang mencuba untuk menyembunyikan kesedihan aku di sebalik senyuman aku yang nyata di buat-buat.. SUngguh tidak selesa sebenarnya..

Program kami berakhir awal.. Jam 5 kami dah berada di ohpiz.. Seperti biasa, aku lepak dengan ging ohpiz yang masih tinggal di ruang menunggu.. Relax sambil menjamah jeruk buah yang Niza bawa dari berkursus di Pulau Pinang.. Masuk ja jeruk buah tu dalam mulut aku.. Tetiba teringan peristiwa kaunter.. Seorang petugas kaunter yang sedang berpuasa terliur melihat aksi seorang makcik yang juga merupakan pelanggan agensi berkenaan sedang asyik mengunyah jeruk buah.. Huhuhuhu.. Terus ndak jadi aku teruskan kunyahan.. Mulut seakan terkunci tiba-tiba..

Mata aku berkaca.. Seorang kawan menegur.. 'Pedas kah jeruk buah ni? Kenapa mata kau merah??' Aku tak cakap apa-apa.. Diam saja.. Seorang kakak yang berada di situ mula merasa curiga.. Aku tidak berkata apa-apa sebaliknya sibuk bermain dengan HP.. Mendelet dan mereset.. Masa semakin berlalu.. AKhirnya tinggal aku, kakak itu dan Hani.. Dan mulut aku mula bercerita...

Mereka tidak menyangka, aku sedang berduka.. Cepat sungguh mood ko berubah Saat.. Tadi ok saja.. Apa yang kau fikir sebenarnya? Oh! Aku tidak mampu berkata-kata lebih dari sepatutnya.. Sebab, belum ada seorang pun yang sesuai untuk aku kongsikan segalanya.. AKu masih rela menyimpan kedukaan ini di dada.. Biarlah dulu.. Banyak sangat sebenarnya.. Namun, hal yang berkaitan dengan ohpiz sahaja yang aku kongsi bersama mereka.. Sedih... Mengapa aku diletakkan dalam situasi ini?

Jam 7 malam.. Aku meninggalkan ohpiz dengan perasaan hiba.. AKu tidak tahu kemana harus ku lampiaskan rasa yang terbuku di hati.. Aku memandu si Chomel ke atas bukit bersebelahan istana.. Disana, aku berkongsi rasa bersama angin dan kemeriahan unggas kota.. Saujana mata memandang keindahan lautan dengan pulau yang kehijauan dari jauh.. Sayup kelihatan sinaran mentari jingga yang semakin diulit sang malam.. Melepak di sana sehingga jam 9malam bersama sebotol mineral.. Tangan aku masih kukuh menggenggam HP yang langusung tidak menandakan isyarat untuk berdering..

Malam yang semakin larut.. Nyamuk semakin mengganas.. Maklumlah, kawasan itu dikelilingi hutan.. Aku mengubah haluan ke tepian laot yang sering aku kunjungi.. Tidak banyak yang aku kongsikan bersama laot hari ini.. Dan buat pertama kali aku begitu asyik berjalan di gigi air dari hujung ke hujung.. ENtah kekuatan apa yang mendorong aku untuk melakukan itu.. Nasib baek tidak membawa baju spear.. Kalau tidak, akulah orang gila yang berendam di lautan di malam hari..

Aku sangat sedar kalau aku sedang memaksa diri.. Dan aku juga tahu kenapa aku berbuat begini.. Cuma, aku tidak tahu.. Dimana kesudahan kisah duka aku ini.. Hurmm.. Dan sekarang ini, di kepala aku hanya ada kamu.. KAMU dan KAMU!! Adakah kamu jua begitu?? Kenapa sering tinggalkan aku??

No comments: