Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Tetiba aku terfikir untuk menukil beberapa kata di atas kertas hari ini.. Bukan sahaja kata.. Namun ada lagi dua koleksi baharu yang aku buat disaat kebosanan menunggu masa.. Nanti aku upload gambar itu yeaaa... Tapi, untuk malam ini.. Aku hanya dapat kongsi 'ini'.. Hurmm..
PERLU
Semua akan tetap berlaku walau kita tidak peduli. Dan ianya bukanlah satu JENAYAH andai kita tidak langsung ingin tahu. Cuma, adakah SEMUA perkara yang langsung tidak berkaitan dengan hidup kita perlu di sisihkan? :((
LUPA
Biar apa pun hubungannya, meninggalkan seseorang BUKANLAH mudah.. Kerana kita manusia biasa, yang akan tetap berperasaan dalam semua keadaan WALAUPUN secara sembunyi.. :((
KENAL
Kadang kala, kita terlalu sibuk MENGENALI orang lain.. Sehingga terlupa bermuhasabah untuk mengenali diri sendiri.. Yang kemudiannya membuat kita cepat kecewa dengan keadaan diri.. Kalau di tilik-tilik.. Diri kita boleh menjadi sahabat yang paling baik.. Juga MUSUH yang paling bahaya.. :((
RASA
Air laut itu masin, tetapi diorang yang pernah rasa kemasinannya sahaja tahu bagaimana masinnya air laut.. Kehidupan juga begitu.. Kita harus lalui kesedihan atau kegembiraan itu sendiri.. Baru kita tahu apa sebenar 'rasanya' dan setelah itu.. Layaklah kita bercerita mengenai kegembiraan dan kesedihan itu.. :((
LIHAT
Kekadang aku tertanya, kenapa orang lain ndak melihat sebagaimana aku melihat? Kita TIDAK perlu merasa asing, kerana bagi mereka.. Kita juga sedang melihat dengan cara yang berbeza dari mereka.. Kerana itu, jika MAHU pandangan kamu dihormati.. Maka, HORMATILAH pandangan orang lain.. :((
RANJAU
Sedangkan muka bumi ada gunung tertinggi.. Juga jurang terdalam.. Jadi, adalah tidak tepat untuk mengharapkan kehidupan yang RATA.. Yakinlah.. tidak DIA jadikan sesuatu jika ia sia-sia.. Dan sudah pasti, hikmah di sebaliknya hanya untuk mereka yang sudi BERFIKIR.. :((
MALU
Terkadang kita malu untuk mengakui kelemahan diri sedangkan mengakuinya mampu menjadikan kita punyai KELEBIHAN yang tidak dimiliki ramai orang.. Bukan semua orang SANGGUP mengakui kelemahan dan berbanggalah jika kita mampu mengaku.. Sebab.. PERTAMA! Kita akan diterima seadanya.. KEDUA! Kita telah berlaku jujur.. KETIGA! Kewujudan insan seperti ini semakin pupus.. :((
LAYANAN
Setiap orang mengalami sesuatu perkara buat pertama kali dengan cara berbeza.. Jadi, adalah tidak adil untuk menghakimi orang lain dengan pengalaman kita tanpa mengambil kira keadaan mereka.. Sudah pasti, kita jua tidak berkehendak layanan seperti itu.. :((
SILAP
Orang yang tidak pernah berbuat silap MUNGKIN tidak akan belajar sesuatu yang baharu.. Orang yang buat silap berulang kali pula, tidak pernah BELAJAR dari kesilapan sendiri.. Jadi, boleh kamurang kesan silapnya di mana?? :((
No comments:
Post a Comment