JANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Ntah macam mana nak mula.. Tapi, aku melihat jauh ke depan kalau senyuman ini bakal malap.. Entah ar.. Kenapa selalu jadik macam ni.. Aku sedar kalau kebahagiaan itu bukan hak milik.. Ianya anugerah.. Tapi, tak bulih kah kalau anugerah tu di kasi untuk selama lamanya?? Ada ka jaminan dalam kehidupan ini supaya bahagia itu akan menjadi milik kita selamanya?? Bahasanya agak direct.. Tapi, cuba pikir makna yang tersirat pulak.. 

Senyuman yang terukir setiap kali menerima pesanan ringkas dari seseorang itu sangat beza berbanding senyuman kegembiraan yang lain.. Suntikan kebahagiaan yang tersemat di dalamnya dapat aku rasai walau bukan selalu.. Meski kesannya bersifat sementara, namun aku puas atas kebahagiaan itu.. Dan bila ia mula meninggalkan aku.. Walau masa baru melimpasi 2-3 saat.. AKu sudah mula merintih supaya ia jangan pergi..


Kebahagiaan yang dia bawa bersama tidak dapat aku ungkap dengan barisan ayat yang aku pelajari di sekolah.. Tiada satu kata yang boleh menggambarkan betapa bahagianya aku melayani sms yang aku terima.. Walau terkadang terasa sakit di jiwa.. Namun, aku tahu bagaimana cara untuk twist arah sakit itu menjadi bahagia.. 

Permulaan cerita yang membahagiakan bersama dia boleh mendatangkan dua perasaan yang berbeza.. Tapi, secara keseluruhannya, maksud bahagia lebih terserlah.. Sehingga menuju ke penghujungnya.. Rasa bahagia itu sedikit punah bila persoalan lama dibayangi jawapan lalu.. Adakah kau juga bahagia?? Selama ini?? Tidak!! Hoh~~ Terhapus segala memori indah.. Apa gunanya kebahagiaan satu pihak. Sedangkan pihak yang satu lagi tidak pernah merasai kebahagiaan bersama?? Adil kah?? Haruskah terus memperjuangkan keinginan diri untuk bersama sehingga lupa untuk berkongsi rasa bahagia??

Jangan paksa dirimu.. 

No comments: