21-05-2013

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hye.. 
Malam ni tetiba terpanggil untuk update lagi cerita kisah mengenai diri aku.. Hurmm.. Tiada yang menarik sangat kot.. Just mood yang masih kucar kacir mencari jalan keluar akibat kisah silam yang masih membelenggu jiwa.. Aku masih juga begini. Walaupun kisah itu sudah hampir dua tahun berlalu.. Masih sedih dan mungkin masih ada sisa harapan yang mengharap cinta lama datang kembali.. Tapi aku yakin, kuat dalam hati aku akan  menolak jika cinta itu datang kembali.. Entah lah.. Aku sendiri juga keliru..

APC
Alhamdulillah.. Perkhabaran yang sepatutnya membuat aku gembira.. Tahniah untuk diri aku. Namun sehingga kini aku belom lagi meraikan kejayaan itu seperti yang lain.. Hurmm.. Ntah.. Macam tiada keseronokan.. Terasa biasa saja.. Kemanisan tu macam tiada langsung.. Walau hakikatnya aku adalah orang pertama dalam kumpulan 'batch' aku yang menerima anugerah tertinggi dalam jabatan kami..

SOALAN
Hari ini aku diajukan dengan satu soalan.. Pet tanya dekat watsapp.. Soalannya.. U Suke Ker Kawan Dengan I?? Homaigadd!! Soalan itu betul-betul buat jiwa aku bergetar.. Apa lagi yang dia mau nih? Sumpah.. Aku nda suka dengan soalan begitu.. Seolah-olah dia masih ragu dengan aku yang telah berkenalan sejak 6 tahun yang sudah.. Hurmm.. Ok.. Mungkin inilah jalan ceritaya.. Perhubungan yang langsung tidak pernah bersemuka.. Hanya menerusi maya dan talian telefon.. Aku redha.. Ikut ja lah macam mana yang dia  nak.. Satu yang aku kesal.. Dia masih merasakan bahawa aku bekawan dengan dia sebab kazen dia yang pernah berhubungan dengan aku.. Soalan aku, siapa yang kenal siapa dulu??

HIDUP
Hurmm.. Bila berbicara mengenai hidup aku sendiri.. Aku jadi sedih sangat.. Memikirkan kehidupan yang sangat membosankan.. Tak macam dulu.. betul sangatlah kalau ramai yang cakap aku berubah.. Mungkin pada pandangan dasar, aku masih heboh macam ulu.. Bising dan suka buat porak peranda dengan mulut aku yang agak leser nih.. Ramai yang mengakuinya.. Tapi bila dah sampai di rumah.. Aku jadi hiba.. Sunyi. Memikirkan kehidupan begini yang sangat menyedihkan.. Entah lah sampai bila.. Hati aku.. Hurmm.. Dah  lama dia mati.. Mati kerana kezaliman seorang lelaki.. 

Nitez!