Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Sudah agak lama aku tidak melakarkan cerita aku di sini.. Alhamdulillah.. hari ni di beri peluang dan kesempatan untuk mencatatkan lagi catatan yang berlangsung dalam kehidupan aku.. Kalau dulu, aku selalu saja mengupdate entry dalam blog ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak mengelamun.. Membuang masa dan sebagainya, aku semakin jarang menjengahkan leher ke blog ini. Tapi keadaan itu bukan bermaksud aku lupa akan blog yang tersayang ini. tempat untuk aku meluah segala yang terbuku di dalam hati..
Entry kali ini bercerita mengenai kesakitan. Yupz.. Aku dah masuk 3 hari di serang sakit perut. Entah apa yang aku makan sampai macam ni sekali. Mungkin kerana susu yang aku minum atau makanan yang aku makan. Hurmm.. Tapi kali ini aku mau kongsikan beberapa kesakitan yang aku alami.