ADUHAI...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sampai hari ini aku masih belum gaji lagik.. Tadi aku cek di akaun bank.. Balance masih itu2 jugak bha.. Ndak berani juak aku mengencang di opis tu.. sebab aku masih sedar diri.. Aku seorang Piecemil.. Hohohoho..

Beberapa hari ini kehidupanku seperti biasa.. Meskipun terasa sikit berat sebab duit simpanan semakin hari semakin berkurang.. Bersyukur ada kawan2 yang memahami.. Ramai jugak yang mau mengasi pinjam duit.. Tapi aku tolak.. Bukan sebab sombong.. Tapi selagi aku masih boleh merangkak, aku akan cuba jugak merangkak dulu..

Tapi yang bestnya kan.. Rezeki luar banyak yang datang.. Thankz kepada Kak KBR yang bagi bayaran Iklan dan juga kepada Abg Zhaf yang mengajak aku joint-in TawauKini.com.. Dapat jugak aku beberapa keping yang boleh aku tolak pegi kereta.. Hihihihi..

Dalam satu majlis yang baru2 aku hadiri, aku dapat Hamper dan "sampul" sekali.. Bahagianyaa.. Dan aku bersyukur sangat2..

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum Hari Raya. Dan minggu ini juga merupakan minggu yang paling sibuk aku dengan kegiatan Jingle ku.. Mau buat Jingle promo untuk program.. Tak kurang juga mengedit program berdurasi sehingga 1 jam untuk di compile menjadi sebuah rancangan yang boleh di siarkan..

Esok (06 Sept) aku akan membawa adik2 aku pigi shopping Raya.. Dengan Mak aku sekali.. Mesti aku akan jadi Malu depan mak aku sekarang.. yalah.. Sebab aku ndak boleh mengasi apa2 esok melainkan menjadi pemandu.. emm.. Aku dah niat mau membelikan Bapakku baju raya untuk kali kedua.. tapi, rasanya macam ndak boleh kan??

Kerisauan terus memuncak.. Tapi, aku?? My Name Is SAAT :(

Kerana D.U.I.T

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Lamanya ndak mencoret2 di buku mayaku ini.. hohoho.. Kalau terasa mau menulis, mesti lupa mau tulis sampailah aku ingat pasal tulis-tulis..

1 SEPTEMBER 2010.. Hari Jadi Makcikku.. Emm.. hehehe.. adaka patut aku LUPA.. memang ndak patut.. banyak betul dia kasi hint sama aku.. dari KEK, Panggilan Percuma oleh CELCOM dan Gelang Emas.. Akhirnya aku INGAT.. hihihihi.. APapun, Selamat Hari Jadi kepada Beliau... Semoga Makin Bahagia dan Panjang Umur.. Banyak betul jasanya sama aku.. Sama Keluarga aku.. Aku Bangga memilikinya sebagai Maccikku.. Walaupun dia ni agak cerewet.. Dua kali lima jugak perangai kami ni.. Ngam la tinggal sama2 kan.. hehehe

Yang pasti, main point untuk 'post' kali ini bukan pasal hari jadi makcik aku.. ianya pasal DUIT.. iya.. DUIT laaa.. sebab benda ini lah, manusia boleh GILA.. dengan objek ini jugak, manusia bisa lupa keluarga.. kerana entiti ini jugak boleh pecah belah dunia.. tapi, jangan lupa, kerana DUIT juga kita boleh bahagia.. TAPI BUKAN MEMBELI KEBAHAGIA okiess... Urup Besar lagik.. hihihihi..

Sejak Kelmarin, aku sedikit menderita apabila tangan ku di "makan" sabun kerana ingin mencari duit tambahan.. Walaupun ndak banyak kan.. Tapi ok laa.. top up bajet untuk hari raya.. Ndak kisah.. lagipun, aku bantu2 kawan jugak tu... Sedih bila melihat tanganku yang mulus ini terluka dek kerana mencari helaian kertas yang dipanggil duit.. Dan yang pasti, semasa aku melaksanakan kerja aku tu kan.. Aku banyak berfikir mengenai susah payah mencari duit.. Bukan macam kerja aku sekarang ni.. senang ja untuk dapat duit.. KALAU dibandingkan dengan mencuci piring. Memang susah sangat mau mencari duit.. Itu kalau kita bergelumang dengan air, piring kotor dan sabun.. Tapik, cuba bayangkan kalau kamurang bergelumang dengan Lumpur, cuaca terik, dan pekerjaan itu pula memerlukan kamu untuk mengerah sepenuh tenaga mu?? Mudah untuk membayangkan tapi memang amat susah untuk melaksanakan.. Dan itu adalah antara pekerjaan ayahnda ku sebelum beliau memilih untuk menjadi pemandu lori.. Sampailah ke hari ini. Sungguh terharu dengan pengorbanan yang telah dilemparkan kepadaku.. dan aku sedar, sebagai seorang anak, aku belum lagi melakukan tanggung jawab aku sebaiknya kepada mereka.. Hurmm

Beberapa hari ini kehidupanku memang berkisar pasal duit saja.. Tapi tidak bermakna aku ni mata duitan.. Tapi sebenarnya ada la sikit2 kan.. hahahahahaa..

Bermula dengan IKLAN yang macam berubut dengan habuan DUIT, lepas tu kes duit Hilang.. yang akhirnya di jumpa di poket blakang seluarku.. locok.. Lepas tu kes mencarik duit sampai tangan luka2 ringan.. hihihi dan akhirnya kerisauan pasal duit gaji yang belom2 lagi masuk (stakat hari ini la).. Dan sampai sekarang ni, satu bijik apapun aku belum buat apa2 pasal diri aku.. Meskipun raya dah semakkin menjelma.. Tapi aku ndak kisah sangat kalau pasal diriku ni.. AKu cuma pikirkan pasal adik2 aku tu.. Aku mau bawak dorang soping2 raya dulu kan.. Aku ndak mau kasi rasa dorang kesusahan yang dulu aku alami bila tiba hari raya.. Mau beli baju raya pun susah.. dan mungkin sebab itu, sampai sekarang ni, aku memang ndak kisah pasal ada atau tiada baju raya.. sebab, ada atau tiadanya baju raya tidak menentukan kita ndak boleh sambut raya kan?? hehehe

Ok lah.. Duit memang penting.. Itu wajar diakui oleh semuanya.. sebab hampir semua benda pun memerlukan duit.. Hanya doa yang tidak memerlukan duit.. Kalau Doa selamat lagi mau pakai duit.. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menguruskan duit.. Dan jangan sampai duit memecah belahkan keharmonian kita.. Apalagi kalau bersangkut paut hal persahabatan atau Kekeluargaan.. kalau aku?? AKu sanggup mengalah... Kalau kau pulak?? My Name Is SAAT :)