Oh! DUNIA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Betol lah.. Tahun 2012 ni memang banyak mencabar kesabaran dan ketenangan jiwa aku.. Hoh! Banyak betul yang berlaku.. Lain masalah jiwa.. Lain lagi masalah kerja.. Di tambah pulak dengan masalah keluarga.. Siyes!! Usia 27 tahun yang aku kecapi kini membuat aku semakin tidak bersedia untuk mengharungi masa depan.. Bagaimanakah aku esok hari?? Aku sendiri tidak tahu jawapannya.. Tapi yang pasti, aku dapat bayangkan, sedikit masa lagi aku akan gila dengan semua ini.. Dan bila tiba masa itu, apa pun sudah terlambat..

25 Jun yang lepas.. Bapak aku mengamok dekat umah sehingga mamak aku hampir menjadi mangsa atas semua.. Sayu mendengar tangisan seorang ibu di talian dan semua itu menggugat emosi seorang anak yang 'belum' meningkat dewasa ini.. Pagi tadi, adik aku sms.. Masih cerita pasal masalah dia.. Sekali lagi mencabar kewibawaan aku sebagai abang.. Sehingga dia cakap ' kau amik la cuti untuk adik-adik mu' Hurmm.. Rasanya, hari ini aku mau drive balik ke Tawau.. Tapi, jadual aku memaksa untuk membatalkan semua hajat itu.. Yea.. Aku akui aku sengaja sibukkan diri untuk melupakan semua ini.. Walaupun aku gagal.. Cuma yang aku dapat.. Penat!

THANK YOU!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepp Peepz!!
Lama tidak menghupdatekan diri.. Bermula 16 Jun sampailan hari ni 28 Jun 2012.. For sure bukan sengaja-sengaja tidak mau hupdate.. Tapi, aku sibuk dengan mengupdate diri sendiri.. Hokeyy.. Malas dah nak mengeluh pasal kehidupan aku.. Yang pasti, aku harus berbangga.. Walau macam mana sedih pun, aku masih bernafas macam selalu.. Terima kasih ya Allah..

Sedih untuk meneruskan langkah.. Tapi, apa bulih buat.. Bergerak saja.. Meskipun aku rasa bagai gila meninggalkan seseorang yang sangat aku sayang.. Bodoh kan?? Tapi, sampai bila aku harus mementingkan diri dengan mengutmakan diri aku sendiri saja?? Hati dia perlu juga aku jaga kan.. Selama dia dengan aku, dah banyak kelukaan yang aku lakukan.. Kelukaan aku? Ah.. Persetan dengan hal aku.. Walau bagai mana besar pun kelukaan yang dia kasi, aku masih bisa merasa kebahagiaan tatkala bersama dengan dia.. Kerana aku sungguh komited melayan cinta aku..

PENAT + HARI BAPA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepzz..
Aku penat betol hari ni.. Huh! Sejak dua menjak ni aku selalu ja mengadu kepenatan dekat sini kan.. Entah apa jak yang aku buat.. Lari 100 meter pun tidak.. Angkat beban seberat 20 kg pun tidak.. Hurmm.. Begitu maksud aku 'tidak tahu' Tapi, rasanya hari ini aku tau apa yang buat aku penat.. Duty awal pagi sehingga jam 10 pagi.. Lepas tuh bersambung shooting sampai jam 4 petang.. Rakaman carta sejurus sampai di ohpiz dan terus editing sehingga sekarang ini.. Hurmm..

Badan aku sungguh berbau sekarang ini.. Goshh~~ Aku sheremm sendiri.. Teda orang pown di ohpiz.. Naseb baik tadi shooting kejap jak di luar.. Kalu tidak, sure bacin dia lagi terok kowt.. Huhuhuhu~~ Jap lagi baru bulih dapat balik rumah.. Owhh.. Windu sama mantal meloxx aku.. Semalam aku buang dia jejauh.. Semalam aku merajok ngan semua benda dalam bilik aku.. Huhuhuhu~~ Jahat diorang semua ndak peduli sama aku.. Last-last tido atas lantai dengan kain pelikat.. Blurrr~~

KAMU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Hari yang penuh bayangan kesuraman untuk aku.. Semuanya bagai baru semalam berlaku.. Dan aku tidak tahu mengapa aku begitu tekun memikir dan mengingati semua itu.. Oh! Semakin aku merayu agar semua perkara itu berlalu.. Semakin kuat iya melekat pada hati.. Umpama plasenta yang semakin membentuk janin di dalam rahim seorang ibu..

Aku terlalu manjakan diri.. Aku terlalu melayan perasaan.. Yea.. Aku sedang berdepan dengan semua ini berseorangan.. Dan semua ini menyebabkan tekanan yang cukup hebat sedang melanda aku.. Hampir saja air mata aku menitis lagi di hadapan seorang kakak dan seorang rakan sejawat ketika bersembang di pejabat petang tadik..

PEMINTA SEDEKAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Urghhh~~ :((
Tetiba aku sedar kalau selama ini aku umpama peminta sedekah.. Meminta untuk diberi perhatian.. Sedangkan aku ragu dengan rasa dia atas permintaan aku itu.. Malah, kehinaan ini terasa sangat terserlah bila aku semakin tidak malu untuk memulakan segalanya..

Sebenarnya aku berlagak boleh! Semua pun aku boleh lalui.. KONON!! Padahal, disebalik rasa 'boleh' aku tu.. Tersimpan banyak rasa takut.. Takut untuk memulakan segalanya.. Taruma.. Fobia..!! Yea.. Semua rasa itu milik aku sepenuhnya.. Aku takut memulakan semuanya.. Kerana kepura-puraan itu boleh merosak segala rasa bahagia yang mungin datang sekejap cuma..

RASA ITU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmmm..
Baru ja sampai rumah ni.. Lepas mandi mata rasa segar sket.. Masa drive balik tadi rasa macam mau tidor ja dalam keta.. Huhuhuhu.. Entah apa yang aku penatkan seharian ni pun aku ndak tau.. Hurmmm.. Tapi yang pasti, sekarang ni, nota kesedihan kian menyelubungi hati yang sudah terdona dengan pelbagai kisah.. 

Mood aku tidak berapa nak elok hari ni.. Senang saja nak sedih.. Bermula dengan kisah petang tadik.. Yea.. Semuanya mula dari situ.. Mood sendu aku terus menakluk sehinggalah ke saat ini.. Mau senyum pun susah.. Ntah! Senyum tak penting pun.. Mau senyum dengan siapa??

AKU KAH?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm.. 
Petang yang tetiba merubah mood aku kepada situasi yang agak sendu.. Ntah ar.. Kekadang aku terpaksa mengakui sesuatu yang bukan salah aku demi untuk tidak memanjangkan sesuatu situasi.. Aku malas nak tunjuk salah siapa.. Biarlah aku yang di persalahkan.. Sebab bagi aku, keadaan itu akan jadi lebih mudah.. Cuma, mungkin aku sendiri yang akan menerima kesannya...

Semalam masa duty aku mencari beberapa maklumat dari Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa.. Lepas tuh aku kasi confirm dengan seorang senior dari department aku jugak.. Yalah.. Aku pun takut untuk buat salah.. Maka, bila aku yakin dengan maklumat yang aku ada.. Maka aku kongsi dalam segmen 'Diari Sana Sini' bersama rakan setugas dari Tawau dan Sandakan.. On-Air bersama untuk tempoh 10 minit sahaja.. Ndak sangka, disitu bermula segalanya..

14-06-2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Jam sudah menunjukkan 12.07 minit malam ketika ini.. Mata belom mengantuk.. Sebab petang tadi aku memblast tidor darik jam 2.30 hingga jam 7 malam.. Ndak pernah rasanya aku tidor terlalu nyenyak begitu.. Bos aku call pun aku ndak dengar.. Sehingga dia sms 'Call balik.. Urgent!' dengan aku.. Hoh!! Kawan baek aku pun ada sms jugak.. Jam 3 lebih kurang di hantar tu sms.. Aku balas mesej dia dulu.. Then sms bos aku.. Naseb baik perkara dah selesai.. Perkara apa? Aku pun ndak tau.. Huhuhu

Hari ini aku duty awal pagik.. Duty dengan Saitoh.. Dia jadik anchor hari ni.. Aku dok sebelah melayan pendengar via FB rasmi kitorang.. Selalunya aku jadik anchor.. Yeapzz.. Sebab aku teda FB.. Memandangkan talian internet awal pagi bikin panas.. Maka, aku lah yang duduk di situ.. Sesambil on-air, aku main game.. Boleh?? Huhuhuhu..

TENTANG 'PiLIHAN'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyeeppz Fellaz!
Kamurang selalu dengar kah frasa ni 'Hidup adalah tentang membuat pilihan'.. Hurmm.. Bangon ja dari tidor petang tadik, aku tetiba terfikir akan frasa ini.. Masa lepak-lepak atas tilam dua lapis aku tuh.. Tetiba aku terfikir akan kata 'pilihan'.. Yea.. Membuat pilihan.. Itupun, kalau penawaran melebihi permintaan lol.. Konsep yang masih aku ingat dalam mata pelajaran ekonomi / perdagangan masa aku form 4-5 dan lower-upper six..

Pilihan.. Hurmm.. Hidup memang menuntut kita untuk membuat pilihan.. Istilah 'Tiada pilihan' juga merupakan satu pilihan yang perlu untuk kita pertimbangkan.. Pilihan untuk merasai nikmat gembira dan sedey.. Semua terletak pada diri.. Mau atau tidak juga merupakan satu pilihan.. Puas berdebat dengan diri sendiri.. 

YANG INI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tetiba aku terfikir untuk menukil beberapa kata di atas kertas hari ini.. Bukan sahaja kata.. Namun ada lagi dua koleksi baharu yang aku buat disaat kebosanan menunggu masa.. Nanti aku upload gambar itu yeaaa... Tapi, untuk malam ini.. Aku hanya dapat kongsi 'ini'.. Hurmm..

PERLU
Semua akan tetap berlaku walau kita tidak peduli. Dan ianya bukanlah satu JENAYAH andai kita tidak langsung ingin tahu. Cuma, adakah SEMUA perkara yang langsung tidak berkaitan dengan hidup kita perlu di sisihkan? :((

KiSAH SEMALAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepp Fellaz!!
Hope semua pun sihat hari ni.. Dan seperti hari sebelumnya, aku masih lagi di baayngi dengan kisah semalam.. Semakin akur meyakinkan diri bahawa kebahagiaan itu bukanlah hak milik.. Ianya hanya kehendak.. Dan kelayak seseorang boleh diberikan atau di tarik balik oleh Tuhan yang maha kuasa tanpa memilih masa, hari dan ketika.. 

Hari ini, aku datang sedikit lewat ke ohpiz.. Hampir jam 10 baru sampai ohpiz.. Membawa kuih kampung yang sempat aku siapkan semalam beserta sambal belacan yang aku siapkan awal pagi.. Semalam susah benar mata ini mau terlelap.. Aku juga tidak betah duduk di rumah.. Selepas mengupdate entry, aku melangkah keluar rumah meninggalkan seketika tilam dan mantal meluxx aku yang acap kali aku rindu ketika berada jauh..

'U' SAHABAT 'I'

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hai U.. Maafkan i sebab semalam.. Sumpah! Sakit terasa jiwa dan raga ini bila mengetahui i sekali lagi membuatkan u sedey.. I tak tahu bagaimana nak pujuk.. Sebab u tahu kelemahan i kan..

U, Jangan sesekali mengatakan u berada di belakang.. Kerana u tidak mengetahui kedudukan u dalam hati i.. Jangan serkap jarang.. U adalah antara orang penting yang berlegar dalam diri i setiap hari..

AKAN KU CUBA!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyeppz Peeps!
Huhuhuhu.. Sensorang di rumah.. Semua benda pun ndak lalu mau buat.. Baru selesai melipat kain dan memasukkan baju yang sudah kering ke dalam almari.. Hurmm.. Bohsan jak ku rasa.. Maka lepak kejap lah di blog untuk sharing new entry hari ini.. Apa yang menarik??

Hari ini as usual aku bangon awal.. Jam 4.30 dah bangon.. Namun asyik termenung atas tilam berlapis dua ni sampai ndak sedar jam sudah hampir menuju ke angka 5.. Laju saja aku bergerak untuk bersiap.. Yo lah! Ndak mau lambat sampai ke ohpiz kan.. Maklumlah, hari ini hari pertama persekolahan selepas cuti seminggu.. Sure jalan agak sesak menjelang pagi..

MENCARI KUYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Ehemm..
Duk sensorang di rumah ni rasa damainya seketika jak.. Lepas tuh, dengar hiruk pikuk kegembiraan jiran sebelah kiri, atas dan bawah.. Jelous lak tetiba.. Meriah ja diorang.. Ingat kat kampung tetiba.. Begitulah kami adanya kalu dah berkumpul dalam satu umah.. Sure kemeriahan dapat di degar sehingga ke 4 rumah jiran tetangga yang laen. Dengan gelak tawa, teriakan dan omelan.. Huhuhuhu

Esok hari Isnin.. AKu dah masuk kerja.. Risau sekejap sebab di fahamkan, sistem on-air ada masalah.. So, semua akan dikendalikan secara manual.. Hoh! Mampukah aku?? Kejadian sama pernah berlaku masa aku bertugas di Tawau dulu.. Agak ralat jugak lah.. Namun, itulah tanggung jawab namanya..

PERLU?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Sunyi jer kehidupan aku.. Ni lah dia.. Bila hidop terasing dari semua benda.. Dan bila aku memutuskan untuk tidak mencari cinta.. Betul!! Aku masih terasa bisa pada hati akibat luka lalu yang masih parah.. Dan kepedihan itu telah membuatkan aku nekad untuk tidak terjerumus ke dalam dunia cinta lagi.. Malass mau fikir.. Tapi, kalau sudah begini.. Rasa sunyi.. Rasa kosong mencengkam.. Maka, lain pulak yang terbayang di minda..

Sedih betol bila mengenang kembali kehidupan yang pernah aku lalui.. Semalam.. Aku datang ohpiz macam biasa.. Sebab mau buat kerja editing yang akan disiarkan keesokannya (Ahad). Sah-sah pejabat pun sunyi jugak.. Dah namanya cuti kan.. Maka yang bertugas sahaja akan berlegar-legar di kawasan ohpiz.. Aku.. Fokus membuat kerja editing aku.. Awal pagi aku ditemani sms kawan aku.. Terima kasih sangat.. Nak nagez pun ada nih! :((

PERCUBAAN KETIGA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Aku baru sampai rumah.. Dekat luar sedang hujan rerintik.. Baru balik dari tepi laot menyaksikan lampu-lampu kapal dari jauh.. Aku belom mau balik.. Sebab belum puas merintih dengan alam.. Namun, keadaan cucaca malam yang tidak mengizinkan, maka aku putuskan untuk pulang lebih awal.. 

Kehidupan tidak selalu menjanjikan keseronokan. Sudah setengah tahun aku tidak merasakan keseronokan yang penah aku kecapi sebelum ini.. Hidup ibarat roda bah kan.. Dan sekarang, roda kehidupan aku sedang melalui becak dan jalan yang tidak rata.. Entah sampai bila roda kayu ini dapat bertahan.. Aku mengharapkan agar aku kuat.. Tapi, kalau begini teruss.. Bayangan bahagia yang aku impikan mungkin tidak akan kelihatan langsung..

BAHASA TEMAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Entry yang ketiga di bawah satu tarikh.. 7 Jun 2012.. Hari ni macam biasa, datang lewat sebab aku masak-masak sket untuk warga ohpiz.. Rezeki tuhan di kongsi sama.. Aku percaya, setiap apa yang di beri, pasti akan kita menerima imbalan yang baik dari Tuhan.. 1 keburukan orang lain di rungkai, maka 10 keburukan mu pula akan terungkai.. Dan itu yang aku lihat dengan jelas hari ini.. Sekian!!

Sekian untuk isu itu lah.. Malas mau ulas panjang-panjang.. Sebab bukan kali pertama dia buat begitu.. Sudah banyak kali.. Maka aku pun diam-diam jak lah.. Malas mau campur.. Bukan urusan gwe.. Hurmm.. Hari ini agak sendu lah.. Sms semalam membuatkan aku tidor-tidor ayam.. Kenak-kenak lagi dengan cuaca malam yang hujan beserta angin yang kencang... Apa yang aku risau adalah si Chomel di bawah.. Tiba-tiba pulak kan.. Dah alang kepalang ndak bulih tidor memikirkan sms itu, aku ke dapur menyiapkan ramuan asas untuk masakan itu.. Sup Sayur Udang Galah.. Thankz pada pendengar itu yang memberikan aku udang galah.. SO Fresh!! Besaw-besaw lax tuh kata si Jiran..Huhuhu

BERKORBAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Sedih bila memikirkan setiap masalah yang datang tidak mengenal 'que'.. Semua datang berebut-rebut.. Langsung tidak memikirkan diri aku yang semakin lemah.. Aku sudah dekat 'mati' dengan semua ini.. Dan kekadang aku mempersoalkan.. "Kenapa tidak kau ambil saja nyawaku? Kenapa sanggup Kau siksa aku begini? Kenapa!!"

Aku sedar.. Kehidupan tidak selalunya indah.. Dan setiap perlakuan menuntut pengorbanan.. Macam membeli kuih.. Kenalah bayar.. Kira kita mengorbankan seringgit dua untik mendapatkan beberapa ketul kuih yang kita suka.. Lepas tuh kena pulak berhadapan risiko pengorbanan tuh.. Ya lah.. Who knows kuih tu basi kah.. Endak sedap kah.. Ndak memenuhi selera kah.. Dan disitu kita patut lihat kebolehan dan kebijaksanaan kita membuat pilihan..

KENAPA?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hari ni kira hari sendu untuk aku.. Seharian aku hanya menahan hati untuk menangis.. Menahan diri untuk tidak senyum.. Goshh~~ Betol-betol menyeksakan aku.. Sebaik aku berada di hotspot di ohpiz tuh.. Aku mula memikirkan pelbagai perkara.. Persolannya kenapa!! Kenapa perlu aku kisah!!

Sudah beberapa hari aku begini.. Kiranya hari ini merupakan kemuncak kepada setiap yang terjadi pada aku.. Tidak membuang lebih banyak masa.. Aku meninggalkan ohpiz lebih awal.. Meskipun aku sedar kalu time present aku belom cukup.. Ah! Persetan dengan semua itu.. Aku lebih pentingkan hati aku.. Hati aku yang sedang bersama aku.. Yang semakin musnah di mamah benda yang tidak asing..

BERDARAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Semalam aku menghantar 10 sms dengan adik aku.. Semuanya bercerita mengenai kisah duka yang semakin mencengkam aku bila aku mengetahui sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam waktu ini.. Dan sehingga kini aku masih lagi berfikir mengenai perkara itu.. Bagaimana mungkin anak sulung ingin melupakan segala yang terjadi kepada keluarganya??

Aku terangkan panjang lebar mengenai kebenaran dan asas aku untuk menghalang dia dari melakukan sesuatu.. Namun, sekaran ini aku terpaksa mengakui kalau dia harus melakukan perkara itu.. Sejurus selepas itu, aku menghubungi mak aku.. Nyata dia terkejut dengan perkara yang aku cakapkan.. Aku pesan supaya jangan bagitau bapak dulu.. Biarkan semuanya mengikut flow..

GERHANA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Uhuk~~
Hyepzz.. Semalam dalam perjalanan balik ke rumah aku hampir terlanggar pembahagi jalan.. Huhuhu.. Sadis lol.. Ini semua gara-gara mata aku yang terlalu fokos melihat keajaiban alam.. Kuasa tuhan.. Semalam berlakunya Gerhana Bulan.. Mata kasar boleh melihat dengan jelas kejadian itu sehingga jam 8.06 minit malam semalam.. Malas mau berhenti, maka aku memandu terus sambil menoleh-menoleh melihat keindahan fenomena itu..

Matchiam mana aku leh tau?? Sebab aku baca berita lor semalam.. Huhuhu.. Sebenarnya aku dah lupa.. Tapi, bila tengah drive tuh, aku terpegun melihat bulan yang begitu besar seolah tergantung dekat atas bukit yang juga boleh di lihat dari tingkap bilik aku.. Cantik lor.. Besar sangat bulan tuh.. Then, semakin lama semakin gelap.. Tertutup sebahagian.. Aku terus menyaksikan fenomena itu sehinggalah sampai umah.. Lepak jap dengan berdiri di samping si Chomel.. Melihat bulan tuh.. Kan bagus kalau masa tuh aku berada di tepian laot.. Huh!! Takkan lah aku mau pegi sana kan?? 

KISAH BUBUR KATCHIAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz!!
Bohsan dowh~~ Ndak tau apa ja yang aku buat hari nih.. Hurmm.. Datang ohpiz jam 10.30 pagi dengan membimbit bag berisi bubur katchiangg.. Seperti yang aku janji, kawan aku Zana.. Dia mau betol makan bubur kacang.. So, awal pagik bangon untuk menyediakan lor.. Akibat hujan yang turun awal pagi, maka agak lewat aku sampai ke ohpiz hari ini.. Uhuhuhu~~

Sampai ja ohpiz, terus serve panas-panas.. Even bagik aku sedap lagi kalu makan sejok-sejok bubur katchiang  hijau ini.. Seperti biasa, aku menantikan respond.. Ramai yang kasi respond positive.. Mungkin sebab diorang saja nak jaga hati kot.. Sebab bagi aku sendiri si tukang buat nih, ada banyak gak kekurangan tuh.. Manis? Bagi aku dah cukup manis.. But them says.. Its gud sebab tidak terlalu manis.. gud untuk kengkawan yang ada diabetes.. Goshh~~ Manis dah la wei.. Aku letak gura melaka, gula perang dan gula tebu tuh.. Still ndak manis lagik?? Korang pakai lidah apa?? huhuhu

Oh! HP

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz!!
Hurmm.. Not in mood.. Ndak tau.. Tapi, sekarang aku sangat not in mood.. Mau tidor jak ku rasa meski aku langsung ndak rasa mengantuk.. Sesambil ni, aku melayan lagu Cinta Diam Diam by Ferbian.. Siok gak lagu nih.. Ndak pa lah.. Lebih suka begini.. Hurmm..

Hari ini, aku kerja pagi as usual hari ini kan hari Isnin.. Sepatotnya hari ni aku bertugas sendiri sebab patner aku bercuti.. Tapi, atas belas kasih dan kasihan, Mak Hayy temankan aku bertugas sehingga jam 10 pagi.. Lepas tuh, rest jap di ohpiz dengan menikmati sarapan pagi.. Hari ni Makan Nasi Lemak.. Sebab semalam langsung ndak makan apa pun yang diberi nama nasik.. Tiada!

MARATHON!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyeppzz!!
Aku penat!! Siyes aku penat.. Tapi, aku mesti jugak buat.. Nasib baik benda ni aku minat.. Huhuhu.. Semalam tido awal.. Kira awal lor.. Menakutkan jugak hujan semalam tuh.. Petir sambung menyambung.. Memecah keheningan malam.. Aku hanya memandang dari dalam bilik melihat si Chomel aku basah bermandi air hujan.. Kesian lax aku ngan Chomel.. Kalau hujan, maka berhujanlah dia.. Kalau terik mentari menyinar, maka berpanaslah dia.. Hurmm.. Kalau dia boleh berkata-kata, apa agaknya yang bakal dia ucapkan kepada aku??

Tika ini, aku sungguh tidak selesa dengan badan aku nih.. Bau sangat!! Sungguh aku tiada kesempatan untuk pulang rumah dek kerana jadual kerja yang sungguh padat.. Yea.. Inilah hal yang buat aku penat.. Aku kerja non stop hari ini dari pukul 6 pagi sampailah jam 12 tengah malam ini.. Hurmm.. Sekarang barulah relax sket.. Sedang menanti untuk masuk ke konti untuk kali kedua hari ini bermula jam 9 sampai jam 12 tengah malam ni.. Hukk~~ Aku tengah makan Mc D sambil typing story mory glory aku di blog nih..! Dan inilah benda berat yang pertama masuk dalam perot aku hari ini.. Air putih dan fogging jak kerja aku ari nih.. Kalu tak sure aku tidor.. Ngantok gilaaa!!

2nd GOLDEN ANNIVERSARY!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Olaaa ViVa La Vida!!
Tetiba mood mau nyanyi terus nih!! AHakzz.. yupzz.. Hari ini adalah besday kedua blog aku.. Ndak sangka kan, sudah dua tahun aku mencoret-coret di sini.. Banyak jugak aku kisahkan.. Banyak jugak aku kongsikan.. Sekadar berkongsi rasa jak bah.. Bila hati rasa mau bercerita, maka jarai aku ligat menari atas papan kekunci ini.. Pantas dan tangkas.. Thatz 'Y' kamurang akan terbaca perkataan yang asing.. Banyak sangat typo lorr..

Hurmm.. Ndak sangka.. Pantas sungguh masa berlalu.. Aku ingat lagik, blog ini aku create masa aku di dalam bilik.. Gelap gelita masa tuh.. Di inspirasikan oleh blog kengkawan aku jugak lol.. Tengok macam siok jak diorang kongsi-kongsi kan.. Cuma, blog diorang tuh banyak pasal akademik dan benda-benda pelik.. Aku? Lebih kurang diary lah bah kann.. Sebab, tiap kali aku bohsan, aku suka baca dan senyum sendiri.. Tapi, aku selalu baca yang cerita best jak laa.. Once kalau terbaca part sedih, terus aku pigi next story.. Huhuhuhu~~

Oh! SUMAAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Oikzz Fellaz!!
Hari SUMAAT pulak sudah ni hari kan.. Hihihihi~~ Oh! SUMAAT.. Hari ini datang ohpiz jam 9.. Awal dah tu.. Semalam kan balik lewat.. Mata sembab gilakk~~ Hari ni mau recording carta ngan Fazli Zainal tuh.. Janji jam 10.. Sesampai ja di ohpiz, itu si kawan mengadu kelaparan.. Aiyoo.. Dua hari cuti ko ndak makan kah di rumah?? Alalala.. Bah, kami pun ke kantin menapau makanan.. Aku? Lauk paling simple.. Nasik putih ngan Telur dadar.. Tema gabungan makanan ini adalah 'Rindu Kampung'.. Huwahuwa~~

Baru makan separuh, dah ada panggilan haji.. Fazli Zainal dah berkunjung tibaa.. Maka jam 10.30 baru start recording.. Macam banyak jak yang ndak kena hari ni.. Aku begila ngan Niza as usual.. Fazli Zainal layan jerk k.. Hihihihi.. Rakaman berlangsung melewati jam 11.30 pagi.. Bila dia dah balik, maka aku sambong balik makan.. Tetiba, HP dalam beg aku bunyik.. Sekali bunyik aku ignore.. Dua kali bunyik then baru aku bangon.. Mendengus sensorang.. Oh! Mak Hayamm mau di hantar ke airport.. Hurmm.. Dia mau fly ke Sandakan.. Goshh~~ Maksudnya Sabtu malam ni aku akan amik duty dia lagi lol?? Huwaaa.. HELP!!

JUN 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hillowzz..
1 Jun 2012 aku sambut dengan deraian air mata yang semakin kering di pipi.. Memandang laut yang luas.. Langit hitam.. Sejuk.. Dan sunyi.. Semua pun kelihatan kelam.. Sehingga jam 1 tengah malam aku lepak di tepi laot itu.. Entah aku menunggu apa.. Yang pasti aku merasa sedikit damai di situ.. Mendengar mesej kedamaian dari ombak.. Desiran angin yang membisikkan kata rindu.. Sedikit memberikan ketenangan pada diri yang semakin hilang arah..

1 Jun 2012.. Aku hanya memiliki si Chomel di situ.. Dia teman bicara aku dan dia yang sering membawa aku ke hulu ke hilir sehingga aku puas menjelajah barulah balik ke rumah dan tidor.. Itu antara aktiviti aku kalau bohsan.. Sebelum ni aku sungguh exited untuk mencari kawan.. Ke Library.. Kedai Buku.. Semata-mata untuk mencari kawan.. Namun, semuanya tidak semudah yang aku fikirkan.. Susah bangett.. Dan bila itu terjadi, aku lebih rela duduk sendiri.. Bukan bermaksud aku putus asa.. Tapi, aku rasa selesa begini..