22 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

HARI INI BUDAK COMEL LAHIR KE DUNIA.. Budak yang lahir itu ndak cukup bulan.. jadi di kasi masuk dalam Incubuter untuk beberapa minggu.. dan menurut cerita orang tua di sekelilingnya yang masa itu masih muda, bapanya yang berulang alik ke Hospital Besar Tawau untuk mengambil pulang Lampin dan Baju yang telah dipakainya selma berada di Hospital.. Budak Comel itu diberi nama oleh atuknya dan dipunyai oleh Aminah Binti Yupe dan Acho Bin Bolle. Berbangsa Bugis Bone dan budak itu dibesarkan dalam suasana kampung di Ladang SUngai Kawa.

Khabarnya, budak itu banyak berhijrah bersama keluarganya.. Maklum sajalah, bapanya seorang Pemandu Lori dan akan bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain untuk membawa muatan atau mengiku arahan bos.. Pernah tinggal di Felda Sahabat, di Brumas, dan kembali semula ke Ladang Sungai Kawa, dan terus membesar menjadi seorang budak kampung yang agak manja dan aktif..

Budak tu, sekarang ni Alhamdulillah, dah besar dah.. dan kini, dah berkerja pun.. Berkat nasihat, usaha dan bantuan dari pelbagai pihak, kini budak itu menjadi seorang yang boleh berbangga dengan keadaan dirinya.. hehehe.. Aku Lah tu yang perasan.. :P

Sedar tak sedar, sudah 25 tahun aku hidup di dunia ini.. Dan setakat ini, aku belum mampu untuk mengurus kehidupanku sendiri dengan Yakin,. dan sebab itu aku masih lagi mengharapkan bantuan daripada keluarga dan kawan2 untuk menasihat atau memberi apa2 saja yang perlu.. AKu terima syak tu.. janji FREE.. kekeke

Ada beberapa perkara yang terjadi, dan membuatkan aku menghargai orang di sekeliling ku.. Abg Zhafrin, si Mai dan si Andi Chyril (kembang2 kunu).. Durang la ni perancang segala aktiviti yang jarang aku lakukan.. meniup lilin dan memotong kek.. setau aku itu kali pertama aku melakukannya dengan bersungguh2 sebab hari jadi aku.. huhayy.. ndak selesa.. tapi macam suka ni.. ehehehe

AKu betul2 terharu dengan kawan2 aku tiga orang ni.. sayang kamoo bha.. aku ndak tau suda apa mau cakap.. banyak betul sudah di tolong.. sampai aku ndak mampu sudah membalas.. mudah2an persahabatan kita ni berpanjangan lah.. dan jika aku melakukan kesalahan satu masa nanti, jangan biar ia berlarutan.. tegurlah aku.. sedarkan aku dari terus melakukan kesilapan.. dan semoga, semuanya bahagia dan mengecapi cita2 dan misi kehidupan masing2.. k. I LOVE YOU GUYS..

Dan, aku terima mesej dari orang yang pernah aku sayang.. Yang pernah menyakitkan hati aku satu ketika dulu.. tetiba rasa rindu bertandang.. dan tiba2 semua memori silam terpapar di kotak fikiran satu persatu.. Orang yang pernah aku sayang.. dan pernah menyakitkan hati ini dengan meletakkan aku sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.. AKu dah lupa pasal dia.. tapi, kenapa dia muncul?? Dan kenapa kemunculannya itu membawa bersama perasaan rindu yang membuak2 di dada?? Adakah itu petanda aku sedang membuka pintu hatiku untuk menerimanya buat kali yang kedua?? emmmm..

Sekilas aku tersenyum melihat mesej yang di hantarnya..Nyata dia ndak pernah lupa dengan tarikh lahirku.. ahhh.... Cairnya aku.. Rasa macam mau berkejar ke lokasinya dan menatap matanya puas2.. adusss.. Rindu itu menyelubungiku..

Yang pasti, usia ini memperlihatkan betapa aku perlu untuk merancang sesuatu.. merancang untuk memiliki kehidupan yang lebih baik, merancang untuk memiliki persekitaran yang lebih baik dan merancang untuk mendapatkan matlamat hidup yang sebelum ini hanya menjadi impian.. Masanya untuk mengatur langkah, masanya untuk merungkai strategi yang telah dicanang sekian lama.. dan masanya untuk merealisasikan segalanya.. hari ini akan menjadi satu kenangan indah buatku.. dan diharapkan ianya akan terus bersemi di lubuk hati yang paling dalam.. Untuk yang kesekian kalinya.. Aku SAYANG Mohd. ZHafrin Bin Nordin, Al-Umar Syarif dan Andi ST 12.. SAYANG SANGAT-SANGAT.. Jangan Pernah Berubah yaaa.. My Name Is SAAT :)

19 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Mata dah mengantu dah ni.. tapi kene jugak gagahi untuk emnulis sesuatu di Blog terchenta ku ini.. Hari semakin berlalu dan diri semakin mengerti..meskipun amat berat untuk di hdapai, tapi gagahi jua dengan kenyataan-kenyataan yang sebenarnya..

ESOK, 20 Jun 2010.. Hari yang cukup membahagiakan untuk semua mereka yang bergelar bapa.. Hari yang mengangkat Martabat seorang lelaki yang menjadi tulang belakang kepada keluarga.. Seorang lelaki yang di bahunya terpikul segala beban dan tanggungan, kemana ia pergi, kesitu jua ia jinjing.. Tidak cukup sekadar tanggung jawab.. malah disemai dan dibajai dengan kasih sayang, belas kasihan dan kadang kala nasihat yang keras.. semuanya untuk memastikan bahawa kita mengerti, apa yang perlu kita lakukan di dunia ini..

Hari ini, aku mau bercerita mengenai bapa aku.. Acho Bin Bolle.. seorang pemandu lori yang telah mengabdikan dirinya dengan kerja itu sejak aku kecil lagi.. membesarkan kami dengan penuh dedikasi.. ada 8 orang adik beradik aku ni.. meskipun bapak ndak ada pelajaran (dengar cerita dulu2 di suruh g sekolah bapak lebih sukap sawah) tapi bapak tidak pernah mensia2kan masa depan pendidikan kami adik cberadik.. Alhamdulillah, berkat rezeki yang cukup2 makan, aku berjaya menjejakkan kaki ke menera gading

Bapak seorang yang sedikit pendiam dan kadang-kadang kelakar.. apa lagi kalau dah kena tune berguraunya.. hihihihi.. lawak bapak aku ni.. tapi, kalau kena timing seriusnya, besalah kalau orang tua menasihat kan.. rasa macam panas ja telinga.. tapi yang pasti, semua itu ada hikmah dan kelebihannya.. AKu bangga dengan bapak.. Bapa kuat berusaha.. meski[pun bapak tidak se[perti bapak kepada kawan2 ku yang ada jadi cikgu, lowyer, pernah masuk universiti,, dan macam2 lagi laaa.. tapi aku tetap bangga dengan bapak.. sebab bapak tetap sama macam bapak orang lain.. tetap mengutamakan kami anak2nya..

Sangat bersukur sebenarnya aku di lahirkan dalam kalangan keluarga yang sederhana ini.. meskipun kami tiada apa2 tapi kami masih tetap bersama.. tak seperti yang lain, aku ada beberapa kawan yang hidup terumbang a,bing dek kerana tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada orang tua.. tidur malam di kaki lima.. bertilamkan bumi, beratapkan langit.. kalau hujan, tidur tak lena.. kalau panas, tetap juga tak lena... tekak pulak dahaga.. hehehe.. aku mau minum jap :)

Lain kepada mereka yang masih mempunyai ayah tetapi tak dipedulikan, ada juga kisah di sebalik kegembiraan hidup berkeluarga, bapaknya terpaksa pulak diredhakan kepergiannya bagi menyambut panggilan Allah.. Takdir yang sungguh perit untuk di rasa, tetapi mesti jua ditempuhi..

Yang pastinya, tanpa bapak, aku tidak ada di sini, tanpa mamak, aku juga ndak akan membesar begini, tanpa adik-adik, aku tidak akan sebahagia kini, dan tanpa kawan-kawan, aku tidak mungkin kecapi kegembiraan di sepanjang hari.. Selamat Hari Bapa 2010.. I Love You Dad.. My Name Is SAAT :)

18 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhayy.. AKU DAH TAU KENAPA AKU SEDIH.. huhuhuhu.. semuanya berlaku apabila aku mendengar lagu di Muzik.Fm lagu daipada kumpulan TEJA : Kau Yang Tak Mengerti..

Dan, hanya bait2 lirik ini yang betul2 membuatkan aku tersentuh:

"Sayangku.. SUngguh Pedihnya Hati Ini,
Bila Ku Mengenang Dirimu,
Membuat Diriku terguris Pilu,
bagai DI Tusuk Sembilu Pilu.."

Ini lah sebenarnya apa yang aku rasakan setiap kali aku menatap wajahnya.. Rasa menyesal yang teramat sangat.. Merasakn diri begitu bodoh kerana terlalu cepat meletakkan harapan, terlalu cepat terpengaruh dengan perlakuan yang rasanya begitu manis untuk dikenang, tetapi pahit untuk di telan, dan terasa diri begitu hina kerana terlalu mudah untuk mengiyakan segalanya tanpa memikirkan impak di belakangnya..

Aku sudah mengalami penyesalan dua kali untuk dua tahun ini. Tahun lepas.. Aku ingat lagi, dia buat perkara yang sama kepada aku.. dan Tahun ini, aku tidak menyangka perkara yang sama juga datang betul-betul di hadapan mata ku.. Sesuatu perkara itu tidak akan dapat di selesaikan secara total jika kita takut untuk menghadapinya.. dan begitu juga aku yang sering takut dengan bayangan silam untuk terus mengorak langkah untuk mencari haluan cinta.. aisehhh.. Jiwangs lax.. fuhh..

Kala ini aku berfikir, aku masih belum layak untuk menerima cinta, kerana hati dan perasaan yang begitu mudah jatuh cinta.. dan agak mudah di permain dan diperkotak katikkan.. umpama demam bola kini.. Macam abg Zhaf cakap, Kalau diinginkan, Bola itu akan di kejar.. Jika tak di perlukan.. Bola itu akan di tendang, untuk mencapai kepuasan maksimum.. semsetinya tendangan yang paling kencang akan diarahkan pada sebiji bola yang pastinya Redho dan tidak mampu melakukan apa-apa.. Itu yang aku rasa...

Kadang-kadang, terasa diri ini macam budak-budak.. Mau merasa bagaimana manisnya dan enaknya gula-gula, sehingga alpa, ia bakal merosakkan gigi dan mendatangkan musibah.. meskipun ibu atau ayah menasihati dengan pelbagai cara, namun keenakan dan kenikmatan mengunyah gula-gula memadamkan semua nasihat-nasihat itu.. Begitu jua diumpamakan dengan Cinta.. sehingga aku semakin bersetuju.. betapa Cinta itu buta..

Hahahaha.. Malam ini cerita pasal cinta.. adoiii.. Ndak pernah-pernah..

Ada beberapa kejadian menarik yang berlaku dalam kehidupanku hari ini.. yang pertama, aku dah kenalpasti masalah aku sebenarnya.. yang membuatkan aku murung beberapa ketika kebelakangan.. Yang kedua, makcik aku dari LD datang ke Tawau, setelah 6 bulan meninggalkan biliknya di sebelah ni.. Porak peranda seketika rumah ini dengan hiruk pikuk teriakan anak-anaknya.. memang aku rindu situasi itu.. Seterusnya, aku tidak melakukan Solat Jumaat hari ini dek kerana terlalu LEKA mengambil gambar2 kebakaran di Block belakang yang menerima musibah kebakaran.. Kelmarin menerima sms dari ntah siapa tu, yang pasti merubah mood aku.. SMSnya menimbulkan tanda tanya.. dan aku rasa aku boleh teka siapa dia.. Untuk makluman, aku dah bagi nama istimewa untuk beliau.., dan selagi dia ndak kasi tau sapa dirinya.. aku akan IGNORE aja sms itu.. meskipun macam mau tambling2 jak baca smsnya tuh.. Hari ini, setelah sehari, aku OK balik dengan makcikku.. huhayyy.. salah ku sendiri yang terlalu asyik membuat tugasan kerja (Jingle) sampai lupa dengan syarat2 perjanjian yang aku persetujui dengan makcikku... biar aku jak la tau kan.. kalau sempat jumpa, boleh la tanya.. :)

Yang pasti, aku cukup bersyukur, sebab banyak p[erkara yang berlaku membuaka mata dan fikiran aku untuk menginsafi kejadian dan mencoba untuk mengerti apa makna kehidupan yang sebenar.. Mebcoba untuk mengerti, makna di sebalik pengorbanan.. di sebalik CINTA dan di sebalik JANJI yang perlu untuk di tunaikan.. Kesilapan hari ini pastinya menjadi pengajaran untuk tidak diulangi.. meskipun kesilapan mengenai Konflik Cinta dalam hati telah menjadi kesilapan kedua yang aku lalui.. AKu berdoa untuk tidak ada yang ketiga.. dan tidak bermakna, aku menutup pintu hati untuk menerima orang lain..

yang penting aku pasrah, yang penting aku telah berusaha, yang penting aku kini redho.. dan mudah2an, ada rahmat untuk aku di setaip kesilapan.. Tapi, aku ndak boleh tengok mukanya sudah?? macam mana tu arr.. AKu Baccat.. Aku macam mau tambling.. dan Aku BENCI sudah.. huhayy... Sebagai manusia yang sama seperti sang SELINGKUH itu.. aku cuba untuk menerimanya kembali sebagai teman biasa.. tidak lebih dari itu.. My Name Is SAAT :)

16 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

HARI SEDIH KU.. itu jak yang boleh ku gambarkan betapa aku diselimuti dengan perasaan sedih.. Banyak sangat perkara yang membuatkan aku sedih hari ini.. semuanya berkecamuk.. sehingga aku sendiri tidak tahu untuk mengenalpasti di manakah masalah yang patut aku selesaikan dulu.. ahhh.. aku benci perasaan ini

si COMEL.. hurmmm.. AKu sayang si COMEL.. huh.. tatkala aku memikirkan harta yang aku sayang ini, titisan kecil mula menerpa jatuh ke pipi.. huhayyy.. tidak tertahan.. hati sebak.. kadang-kadang aku terfikir, betapa aku gopoh mengejar dan mencari SEMUANYA.. andai aku boleh miliki semula semalam.. adakah aku akan sealpa hari ini??

Aku akui, aku memang seorang lelaki yang sensitif.. kadang-kadang, rasa hati ini macam hati perempuan.. tapi sebagai lelaki, aku jua tahu yang aku mesti kuat.. dan kadang-kadang suaraku tidak selantang suara hatiku.. sehingga aku melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas.. jadi maksudnya, benda tu tidak sungguh-sungguh.. kan bagus kalau Ikhlas?

Adoi.. Aku Benci Perasaan Ini.. Datang tanpa diundang, Pergi tanpa di suruh.. Tidak mengenal masa, tempat, apatah lagi situasi.. huhayyy.. kenapa yaa?? Dushh~~

AKu sendiri pun bingung juaa.. Tengah lepak ngan kawan2.. terus sedih.. dan malam ni aku Ignore ajakan kawan aku untuk lepak.. sebab aku ndak mau rosakkan mood durang.. nanti durang nampak lagi mukaku ketika jellek.. ahahaha.. namauuu

Ndak sukanya AKu Perasaan Ini.. Baccat woo.. huh.. Bingung..

Kalau di Biarkan.. pun ndak boleh.. ada yang suggest, "Jangan Fikir" tapi, aku memang ndak boleh.. sebab aku ndak mau fikir pun dia datang jugak.. ahhhh.. Aku Ndak Suka Perasaan Ini..

APapun, Inilah kehidupan.. Banyak yang dibelajar.. dan banyak pelajaran memerlukan pengorbanan.. dan mungkin perasaan GEMBIRA yang aku cari perlu aku korbankan untuk merasai apa itu KESEDIHAN.. hurmm.. My Name Is SAAT :(

13 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.. Sakit Perut ehh.. Sangat sakit.. berapa kali dah aku menapakan diri ku di Bilik Kecil itu.. uhuhuhuhu.. Salahkan diri jua sebab makan ndak menjaga kebersihan.. Lupa cuci tangan atau lupa Bismillah kali :).. Insya-Allah menjadi pengajaran..

Emm.. Semalam kawan aku kawen.. di bt15.. nama dia Noor Azizah Mustafa.. Lama dah kami kawan.. sejak di SK Bukit Quoin lagik.. Sampailah skung ni.. Kami masih tetap kawan.. Semalam masa attend majlis kawin dia tu, aku sendiri jak.. Punyalah aku kering.. teda teman bicara.. nasib ndak ramai dah orang situ.. uhuhuhuhu

Sejak 2 malam lepas, aku bermalam di rum,ah Abg Zhafrin.. Tido sana lah.. Bab Makcik aku yang terchenta tiada di sini.. di LD dia menghabiskan masa cutinya.. macam biasa lah tu..

Esok, Genap seminggu aku meninggalkan Ujian B 27.. ntah macam mana lah nasib aku kali ini.. Mudah2an lulus lah kan.. lepas tu boleh ke stage yang seterusnya.. Yang pasti, kesilapan semalam banyak mengajarku erti "USAHA".. bukan sekadar kata-kata, tetapi diikuti dengan langkah penuh cita-cita..

Hari ini aku ndak dapat joint kawan2 aku buat reunion di salah sebuah restoran eksklusip di Bha Zhong.. aku kerja.. huhuhuhu.. tapi, ndak sangka plak, tengah aku isi minyak si COMEL, tetiba aku dapat panggilan tepon dari si Zilla, ajak ketemu di Giant.. pada mulanya malass mau U Turn balik.. dek kerana dah di pujuk rayu, aku OK kan ajee.. so berjumpalah kami di KFC Giant Tawau tuu.. heheh aku Zilla dan Harny.. memang teda yang berubah melainkan aku yang semakin hensem.. hahahah :P.. ABis budak KFC tu amik gambar kami.. hehehe

Yang pasti, beberapa hari tidak menulis blog membuatkan hati aku rindu.. hehehe.. Bukan berjanji selalu untuk memperbaharui cerita, cuma berdoa agar dikuatkan semangat, agar Blog ku ini tidak seperti blog2 ku sebelum ini yang Hangat-Hangat Tahi Ayam.. My Name Is Saat :)

07 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Alooohaaa.. hehehe.. Penat sangat lah hari ini.. banyak yang berlaku dan mudah2an membawa seribu pengertian kepada diriku untuk hari ini dan selamanya.. Harap2 juga, hari ini bakal membentuk satu jaringan masa hadapan yang lebih gemerlapan dengan cahaya kegemilangan dan kecemerlangan.. peweeettt..

Hari ini, seperti biasa, aku g kerja awal lah.. spesel skit hari ini, Abg Zhaf yang amik aku.. dia bwa pulang si COMEL ku yang terSintakk.. dan Hari ini juga aku telah menduduki Ujian Amali untuk jawatan B27 di RTM sebagai penjawat awam yang tetap.. Ini merupakan percubaan kali ke-2 dan mudah2an, ianya tidak akan menjadi sekadar percubaan.. Permulaan yang agak mengecewakan jua apabila aku masih tidak mampu untuk mengatasi GEMURUH yang berkocak di dada saat aku menanti giliran untuk menunjukkan bakat yang ada.. dimulakan dengan Teksa Berita Bahasa Melayu, disusuli dengan Teks Bahasa Inggeris dan seterusnya Teks Berita yang diolah sendiri berdasarkan soalan dan keyataan yang diberi, dan yang terakhir adalah aksi lincah aku menayang bakat menjadi penyampai Radio.. Secara keseluruhan, aku menilai diriku masih berada di tahan yang membimbangkan.. Bahasa Inggeris masih belum lancar dan tersekat2.. membaca dalam keadaan Laju dan Gopoh.. emmm.. aku berharap agar aku tidak mengulangi kesilapan silam..

Selepas itu, aku bertugas seperti yang telah aku janjikan dengan Kak Lang, aku amik tugas beliau hari ini, dan Sabtu akan datang, dia bakal menggantikan tempat aku.. Ayok Bah bersama DJ Tamrin dan mengetengahkan tajuk mengenai BEKAL.. hihihihi.. Lawak jugak laa.. dan yang pasti tajuk ini BERJAYA kami sampaikan kepada pendengar :) sukaaa sangat..

Sebelum aku terlupa, cerita pasal 6 JUN 2010, aku pegi jugak ke tempat si Azza tu.. dan ada dua peristiwa penting berlaku di sana.. Yang pertama, di sanalah tempatnya kawan aku (yang sebelum ini meminta masa kepada aku) telah menghulurkan tangan kepadaku secara tiba2.. Aku cukup terharu.. dan sesungghnya, perlakuan itu amat sukar untuk di lakukan melainkan mereka yang Ikhlas.. Apapun, TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT kerana masih ingin menerima diriku.. walaupun bukan sebagai "suami" tapi itu sudah cukup membuatkan aku gembira sepanjang perjalanan pulang.. Yang kedua pulak, aku terjumpa dengan salah seorang rakan FB di sama.. DIa mengambil gambar aku.. dan aku mula perasan dengan mukanya apabila dia memanggil namaku.. aha.. tekejut jugak sebenarnya.. fikir punya fikir.. rupanyaaa.. tapi yang pasti AKU MALU untuk bertegur sapa.. mungkin terlalu awal bagi aku :) dan pada tanggal ini juga, Patner aku Ramat Kaparang, menyambut hari jadinya yang ntah keberapa tahun.. hehhe.. Selamat Hari jadi Patner ku.. dan yang pasti kita sudah di senarai pendek untuk mewakili RTM menentang Rakan @ Tawau.Fm dalam perlawanan Badminton Tertutup Rakan@Tawau.Fm nanti.. Gud Luck untuk kita okiess...

OK.. kembali ke hari ini punya cerita, setelah beberapa minggu aku berehat dariarena Badminton, aku mula menjejakkan kaki ke Gelanggang dengan pasukan yang lkama.. tapi dengan PENGURUS PASUKAN yang baru.. Tahniah la kepada Encik Baharuddin Abdul Rashid atas kesudian untuk memikul komitmen ini.. Harap2 lepas ni, tedalah lagi pergaduhan atau seumoamanya yang boleh meragut semangat setiakawan dan kesukana terclar lagik.. Dek kerana aku kerja sampai jam 7 malam, jadi aku lewat sket sampai.. Dalamn jam 8.00 malam baru aku sampai ke lokasi latihan.. agak Publast jugak main.. mana taknya, gelanggang ada 2 sementara pemain adda 8 orang.. memang hebatt.. hehehe

Malam ni, aku ndak lepak dengan abg Zhaf.. sebab dia rasa ndak enak badan.. Terasa rindu seketika dengan mereka meskipu baruu aja jumpa pagi tadi.. Satu lagi peristiwa paling menakutkan, apabila aku terlupa membawa dompet ke lokais latihan badminton.. sampai di lokasi baru aku perasan.. punyalah cuak.. bayangkan, dalam dompet tu ada IC dan Lesen.. sedangkan ketika itu aku sedang memandu?? nasib baik teda apa yang berlaku.. Alhamdulillah..

Hari ini.. merupakan hari yang paling memenatkan, paling membahagiakan, paling mendebarkan dan Hari yang banaykpelajaran yang perlu di teliti dan perhatikan.. yang pasti, CITA-CITA tanpa USAHA, namanya ANGAN-ANGAN.. My Name Is SAAT :)

04 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari yang sedikit suram dan penuh dengan aktiviti TIDUR sahaja.. Banyak perkara yang aku lupa lakukan hari ini seperti MEMOTONG KUKU.. heheh Panjang suda weii..

Sekarang ni sedang menyaksikan rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 bersama ustaz Mohd. Zamri Zainuldin.. Tak sangka, Ustaz ni merupakan abang kepada kawan saya di UMS dulu.. ndak perasan sehingga melihat FULL Name ustaz ni.. Bin Zainuldin :)

Semalam adalah hari yang banyak buat aku berfikir bagaimana nak mengurus kehidupan dan kewangan untuk masa depan yang kian menyerlah.. Dan hari ini, aku masih lagi belum insaf dan masih lagi melakukan sesuatu di takuk lama.. emm Bila agaknya aku akan berubah erk??

Hari ini aku sampai di pejabat dalam jam 2.15 petang.. Sepatutnya cuti, tapi dek kerana kami ada Fokus Mingguan, jadi, kene jugak la turun.. Pelbagai yang dikupaskan dan pelbagai jua yang di putuskan.. Banyak komen yang pedas, dan ada jugak yang menyentuh tugas dan tanggung jawab aku.. macam biasalah.. SIndiran yang sinis dan tepat.. Kita punya kesalahan, jadi kita mesti redho dan aku akan cuba untuk memperbaikinya..

Sebelum pulang, aku sempat jugak bercerita dengan Kak Zee.. Esok (5 Jun 2010) dia ajak untuk pegi rumah bekas penyampai suara Felda di RTM, si Muazzawati Daud.. AKu masih berbelah bahagi lagi mo p.. Pegi ka ndak ni.. emm.. Jawapannya Esok laaa

Dan sebelum jam 12.00 tadi, Abg Mann ada call.. dia cakap si Rosdy dapat tawaran untuk jadi Artis Budaya.. dan Kemungkinan Besar, jawatan Piacemil akan kosong bagi 1 post di Sandakan.. Dia offer aku, dan aku bebas untuk memilih sama ada mau tetap di sini atau move.. Tapi sekarang ni, aku rasa aku nak stay la di sini.. Banyak perkara yang aku kena fikir kalau aku di sana.. kalu di sini semua ada.. paling penting Keluarga dan Kawan2.. :)

Hari ini hari jadi kawan aku.. dan yang pasti, aku masih belum berani untuk menyapanya sebagaimana dulu.. Sebab mungkin dia masih memerlukan masa yang pernah dia minta daripada aku.. Dan aku masih beri dia masa.. Ndak mau tekan-tekan.. nanti lain pula jadinya..

Sesuatu yang aku belajar hari ini adalah mengenai dengan Tanggung jawab yang ndak boleh di biarkan.. mesti di tanggung dengan baik.. sebab, segala persoalan berkenaan tanggungan kita itu perlu di jawab bila di persoal.. ndak boleh lepas tangan.. Hari ini juga merupakan hari yang banyak teka teki yang menuntut jawapan dari pada aku.. dan jawapannya adalah antara ENTAH JADI atau ENTAH TIDAK.. My Name Is Saat :)

03 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysai..

Wah, macam di Radio plak rasanya.. Apa yang di harapkan semoga semua bahagia di samping keluarga dan urusan yang sentiasa ada dan ada dan ada dan akan terus ada.. Macam biasa, hari ini aku pegi opis.. macam biasa juga, aku berjumpa dengan kawan2 seopis aku yang aku rasa semakin hari semakin berkurang.. dalam erti kata yang lain, semakin jauh dengan aku.. adakah sebab aku Ego?? Atau aku ni memang penggaduh?? emmm

Hari ini aku kerja shift tengahari.. bermula 11 pagi sampai jam 15 petang.. Ntah kenapa aku rasa boring sangat kerja hari ini.. Mungkin sebab teda sambungan internet.. itu la pasal, tak dapat bukak Facebook.. Dan berkongsi ceritera dengan kawan-kawan..

Hari ini, aku dah ada DUA Follower dalam Blog.. Thankz to you guyz.. kalu ada apa2 yang nak di tanya, boleh ja utarakan k.. Misti di Respond punya.. hehehe.. Dan hari ini juga, aku bahagia menjadi seorang kawan.. Kawan kepada kawan yang mungkin cuba untuk melupakan kawan di sebabkan satu perkataan yang keluar daripada mulut si kawan, sehingga sang kawan terasa hati dengan si kawan.. Aku masih ingat segala perlakuan itu.. dan aku cuba untuk menjernihkan semula suasana.. sebab, aku sayang si kawan..

Hari semakin berlalu.. Jam semakin rakus memamah sisa waktu.. Aku masih jua seperti dulu.. Masi di takuk lama.. Ntah bila mau berubah.. Kadang2 diri terpanggil untuk membuat sesuatu pembaharuan.. Terkadang diri terpanggil untuk mengubah sesutau dalam diri dalam keadaan semasa yang semakin mendesak.. Tapi, semua itu terbantut bila aku gagal memaksa diri aku.. terlalu manja.. Terlalu ingin relax.. Dan terlalu mengikut rentak jiwa muda yang masih bergendang rancak.. Tanpa memikir masa tua yang semakin kunjung tiba..

Hari ini sempat lepak seketika berama Kak Tija, Abg Zaf, Adik Mai dan Adik Andi Chryl (wakakakka) di satu sudut cafe di Kubota Square.. Banyak isu yang di bincangkan.. dari kes Kecurian.. sehingga membawa kepada isu serangan Tentera Israel kepada pasukan aktivis yang yang semakin mendekati Gaza.. tapi, dalam banyak-banyak siri perbincangan hari ini, ada satu isi yang betul-betul membuatkan aku terfikir.. PERBELANJAAN MELEBIHI PENDAPATAN.. ahaaa..

Iya.. itulah yang sedang aku alami.. Perbelanjaan aku sedang melebihi pendapatan.. Biasalah, Nasib Pegawai Piacemil.. huhayy.. Kagum seketika mendengar bagaimana insan yang ada di depan mata ketika itu cuba untuk memberikan nasihat dan panduan kejayaan.. Terkelu lidah berbicara tatkala mendengar kini dia dah ada 5 buah Rumah dan 5 Buah Kereta di saat diri masih muda.. Benar kata Abg Zhaf, "kita mesti strugle sebelum usiamencecah 30 tahun.. Selepas 30 tahun, segala-galanya akan terlambat.."

Dan kesimpulan daripada perbincangan yang bermula awal pukul 5 petang dan berakhir lewat pukul 6, aku tiada matlamat hidup.. Aku tiada Disiplin hidup dan Aku tiada PERANCANGAN untuk HIDUP BERJAYA.. Mungkin aku ada.. Namu ianya Tidak Kemas dan masih tunggang langgang..

Hari ini adalah Hari Lahir kepada Rakan seangkatan saya, Andi Nurhayati Nurdin.. Selamat hari Jadi ok.. dan semoga apa jua impian akan dapat terlaksana.. Sekarang ni ( 11.29 malam) saya menanti detik 12.00 tengah malam.. Sebab saya nak jadi org pertama yang wish Hari Lahir pada Rafidah Gafar.. hehehe.. Selamat Hari Jadi Pwend.. semoga apa jua yang kau impikan akan menjadi kenyataan.. Dan semoga apa jua yang engkau lakukan, akan mendapat keberkahan.. Aku berdoa kepada Allah, supaya ko di murahkan rezeki, diberikan kehidupan yang baik dan paling penting, berjaya di Dunia dan Akhirat.. Amin~~

Untuk kesekian kalinya malam ni aku ndak lepak.. Ehee.. sebab makcik aku dah bising.. dah berapa malam dia asyik tersedar ja bila masa aku balik.. misti Jam 2 pagi.. adesss.. Tapi dia marah tak lama.. Sekejap ajee.. Lagipun, aku sampai rumah dalam jam 8 malam tadi, terus makan.. lepas tu tinguk berita samoai tertidur sekejap.. dalam jam 10, makcik kasi bangun, suh g mandi.. lepas tu.. emm Layan Blog laa.. hehehe

Yang pastinya, hari ini merupakan satu hari yang menuntuk aku banyak berfikir mengenai strategi.. Strategi untuk ber[erang dengan Emosi sendiri.. Perlua Kuat dan Gagah untuk melangkah.. bagi memastikan sesuatu yang membahagiakan dpaat di kecapi dalam beberapa tempoh matang ke hadapan.. My Name Is Saat :)

01 JUN 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Semoga semuanya sihat dan berada dalam Track yang telah ditentukan.. Hari ini mo kongsi sikit apa yang berlaku dalam kehidupan.. hehehe.. ndak salah kalau mo bekongsi bha kan?? Ndak jua di bayar.. :P

Hari ini aku balik kampung.. 24 Batu dari Bandar Tawau.. Sepatutnya ndak mau bali, tapi dek kerana Aunty aku mo balik, so terpaksa lah balik meskipun aku dah balik 1 hari lebih awal..

Macam biasa drive safely.. Teringat pada yang di sayangi kan?? sampai di kampung dalam jam 11 lebih gitu.. dan perkara pertama di cari adalah AIS KRIM.. Panas woo.. Semua adik beradik ada di rumah melainkan Aziana Acho, adik aku no 4 yang skung ada di Lahad Datu, menjaga anak makcik aku la di sana kan.. kebetulan hari ini hari cuti..

Peristiwa hari ini yang best.. Satu Keluarga (Lelaki Sahaja) telah membotakkan kepala.. hehehe.. start dari My Beloved Father, pastu AKU, si Ewan, si Azam dan si Azmie (Anak Buah Aku).. semua pun kasi botak kepala.. sebelum tu, bapak aku kasi bagus tu mesin rambut yang rosak.. atas ilmu dan kekreatifan bapakku itu, 3 buah mesin rambut yang rosak (pelbagai punca) di jadikan 1 mesin rambut yang berfungsi dengan baik.. hehehe.. bangga dia.. :)

Malam, makan malam lah.. makan ramai-ramai dan kami pun makan laaa.. lauknya biasa sahaja, Nasi Putih + Sayur Kangkung yang di buat macam Pecal + Ikan Masak Kunyit dan Air Putih.. itu jak laaa.. makanan kampung yang kadang-kadang membuatkan aku puas menikmatinya.. apalagi kalau makan bersama keluarga.. kan?

Dalam bulan Jun ini, banyak sungguh undangan yang perlu di penuhi.. tapi ndak tau lah ni.. pigi atau endak ni.. ahakzz.. ko paham-paham la kalau orang kawen kan.. hahahaha.. Walau bagaimanapun, usaha jugak la untuk pigi..

Dalam jam 8.30 malam gituw, aku dan Makcik aku gerak balik ke Bandar.. kami kan tinggal di bandar.. stay di Flat Sabindo yang disewa oleh makcik aku.. Aku menumpang sambil membayar lah sama dia kan.. itupun kadang-kadang jugak.. maklumlah, Gaji ndak ketentuan jumlahnya.. Nasib Pegawai Kontrak kan.. Redho..

Sampai ja di bandar, aku kasi singgah dulu Makcik aku betul-betul di bawak flat tempat kami menyewa tu.. Lepas tu, aku gerak pi tempat kawan-kawan aku lepak.. Malam ni kami lepak di Hafizah Catering di Atap Biru.. Banyak juga tempat lepak kami ni.. Kadang kala di Gerai Panjang, Singgah Selalu, Tenda Biru dan itulah dia.. gerai-gerai biasa yang kadang-kadang makanannya memang luar biasa.. Enak bha.. Berbanding sama KFC atau Pizza.. Mc D?? Di Tawau ni belum ada pulak.. hehehe

Aku lepak sekejap ja malam ini.. sebab aku Makcik aku tinggal sendirian ja.. Rakan sewaan yang lain cuti.. sempena Kaamatan dan Gawai.. jadi balik awal lah.. selalu balik jam 2 paling awal.. paling LEWAT jam 10 pagi.. hahaha..

Lepas sampai rumah, mandi dan sebagainya.. lepas tu Edit Blog aku ni lah.. dalam jam 12.10 gitu kawan aku nak di antar pulang.. Aku dah pesan dengan durang, kalau mau pulang kasi tau.. sebab kereta durang tu baru ja terlibat dalam kemalangan.. termasuk durang-durang sekali la.. Mujur teda apa-apa yang berlaku.. Yang pasti masa kejadian, aku ada di sana dan sempat tergamam dan menggeletar tulang lutut sambil pegang kepala yang endak sakit.. Alhamdulillah, durang selamat.. Kalau korang mau tau., sebelum aku memiliki benda yang di panggil KERETA, durang banyak menolong.. sehingga aku ada KERETA pun durang masih menolong.. dan aku dah tiada apa-apa yang boleh ku tolong melainkan khidmat si COMEL (Nama kereta ku itu) membawa mereka atau mereka pandu sendiri kemana durang mau p.. Rasa bersalah lagik kalau durang isi minyak.. tapi hakikatnya.. AKU SUKA.. hahahaha :)

Begitulah kisahnya hari ini.. tiada yang spesel melainkan BERBOTAK beramai-ramai.. hehehe.. Rasanya ini jak yang mampu di bingkiskan untuk seketika.. Esok (2 Jun 2010) aku akan bertugas di ruang udara bermula 3 petang hingga 5 petang.. Ntah apa yang bakal di kongsikan.. My Name Is SAAT

DUNIA BARU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari ini dah masuk 1 Jun 2010.. dan hari ini juga mrupakan hari yang pertama aku membuat Blog yang betul-betul punya.. tak mo main2 sudah.. Blog ini merupakan Blog yang kesekian kalinya untuk aku, tapi macam tak pernah plak bertahan lama.. jap lagi tanggal 22 Jun dah masuk 25 Tahun. Jadi, misti serius punya bikin Blog..

Untuk post yang pertama ini biar saya perkenalkan siapa diri saya.. Misti ada yang nak kenal kan? hehehe..

Nama aku Asahad Bin Acho.. Ramai panggil aku Saat.. Sebenarnya aku ni ada banyak nama.. di kampung lain, di rumah lain, di tempat kerja lain.. Daripada ASAHAD jadilah ASA-SAHA-AD-SAAT-CHAT-ACA-AS- apa lagik?? huhuhu.. memang banyak lah tu.. tapi yang pasti, walau banyak nama pun saya ada.. watak dan perwatakan masih tetap sama..

Seorang yang Lawak.. orang cakap la.. tapi kadang2 Emosi lebih.. ini saya cakap.. Berperwatakan lembut sikit.. tapi "Berazam" mau jadik keras jua bha.. seorang yang cerewet dan sungguh kreatif.. Banyak bakat terpendam.. memang banyak mulut.. suka becakap.. kadang-kadang, sendiri pun boleh becakap jua.. tapi TIDAK dalam tidur wokey.. hehehe..

Aku anak pertama daripada 9 orang adik beradik.. semua kerja aku boleh buat.. kerja pompuan laa.. hahaha.. kerja lelaki pun boleh jua.. yang penting DI AJAR.. Menjadi seorang anak Sulung memang memenatkan dan memberi peluang kepada aku untuk belajar banyak perkara.. daripada hal mengurus rumah sampailah mengurus adik-adik semua dah saya expert.. insya-Allah.. boleh bha kalau mau test kan? hehehe..

Aku bukan seorang yang lahir dari keluarga yang senang, yang berada.. lahir dalam kalangan keluarga yang cukup-cukup makan syak.. Tapi, Alhamdulillah, semua itu tidak menghalang kedua ibu bapa saya untuk mendidik saya menjadi seorang anak yang ingin berusaha meningkatkan taraf kehidupan keluarga.. Semua orang pun memang begitu.. Masing-masing ingin memperbaiki kehidupan masing-masing.. Aku percaya kepada USAHA dan DOA.. Kalau nakkan sesuatu, mesti berUSAHA.. yang pipih takkan datang terbang, yang bulat takkan datang begolek kalau kita tak tolak.. hehehe..

Menerima pendidikan awal di SK Bukit Quoin Tawau, dan terus menyambung pendidikan ke peringkat menengah di SMK Balung Tawau dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan ALhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan bantuan PTPTN.. dapatlah saya Grade pada tahun 2008 dan mendapat Kepujian Kelas II Atas Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi Kewartawanan dan Penyiaran)

Sekarang ni (Setakan JUN 2010) dah masuk 1 Tahun 6 Bulan berkhidmat sebagai Penyampai Radio di RTM sebagai pegawai Piecemil (Berjawatan Kontrak).. Memang cita-cita mo jadi Penyampai Radio dan Stesen Idaman adalah Hot Fm.. hehehe.. mudah2an lah kan kalau ada rezeki.. janji, YAKIN..

Dalam dunia ni memang banyak cabaran dan dugaan.. Tak kira dalam apa jua situasi, Persahabatan, Kekeluargaan, Konflik dalaman, Pekerjaan, dan sebagainya.. Yang pasti, KALAU ADA MASA, aku akan luahkan semua dalam Blog ini.. Kerana ini adalah medan untuk aku luahkan apa jua benda yang aku rasa macam boleh aku kongsi dengan anda.. itupun KALAU ADA MASA laa..

Selain daripada Blog ini, saya juga ada akaun lama sosial seperti Facebook, Tagged, My Space (kureng aktif sket) dan Friendster.. boleh la share something kalau berminat.. Apapun, sesiapa sahaja di DUNIA ini amat sukar untuk memuaskan hati sendiri.. Apa lagi hati orang lain.. Kalau rasa tak boleh puaskan hati orang lain, cukuplajh di jaga dengan baik.. tapi jangan terlalu RAPI pulak jagaannya.. nanti menimbulkan ketiadakselesaan yang keterlaluan plak.. hehehe..

Rasanya cukup sebagai permulaan.. Cerita lebih-lebih plak nanti terbongkar plak Dunia Sisi gelapku kan? Hahaha.. Akhir kata buat masa ini.. Aku budak baru.. sila tunjuk dengan SOPAN jika ada yang ndak betul okiess.. My Name Is Saat :)