MISS-ing

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

4 Hari 3 Malam aku di kampung.. dan hari ini, aku kembali semula ke kota yang tidak sibuk seperti kebanyakan kota di dunia. Tawau Bumi Bertuah, kerana memiliki aku.. ayat itu salah! dan perlu di tulis begini "Saya bertuah kerana berada di Tawau". hurmm.. hehehe

Olaaaa.. kangen banget sama FB dan juga Blog ni. Lama ndak menulis. Tiap2 malam rasanya tangan ini gatal untuk menulis sesuatu. Namun, apakan daya, teda internet connection di kampung tu.. Makcik aku guna Broadband.. :)

Di kampung, aku lebih banyak menghabiskan masa di rumah saja. Misi untuk menenagkan fikiran dan jiwa sedikit tercapai walaupun tidak 100% berjaya. Namun aku gembira dapat berkumpul lagi dengan keluarga tercinta. Sahur bersama, berbuka bersama dan semuanya bersama.. Tidur pun di ruangan yang sama.. Ruang Tamu.. hihihihi.. Orang susah memang begitu..

Alhamdulillah, setelah apa yang berlaku kepada aku belakangan ini, aku banyak belajar. Belajar erti kesabaran, erti persahabatan, erti kesantunan, belajar erti pengorbanan.. dan yang paling penting, aku belajar bagaimana untuk mengasingkan masalah dengan memanipulasikan persekitaran yang ada. Aku katakan bahawa aku BELAJAR.. bukan EXPERT.. jadi, tidak bermakna aku bebas daripada melakukan kesalahan yang berulang.. dan tidak juga bermakna aku mempunyai cita2 untuk mengulangi kesilapan yang sama. Aku sebagai manusia biasa juga akan berusaha untuk menjauhinya, kerana aku sudah rasa natijahnya. Tapi, kalau DIA mahu aku merasakan keadaaan yang sama untuk kali kedua.. aku yakin, ada pelajaran baru tersedia untuk aku di dalamnya.

Sepanjang aku di kampung, aku banyak menghabiskan masa dengan ibuku. Bercerita mengenai banyak perkara.. Daripada yang remeh temeh, sehinggalah kepada sesuatu yang perlu untuk aku pertimbangkan. Di kampung juga, aku melakukan banyak perkara yang bagi aku sudah aku tinggalkan sejak bergelar graduan. Sebelum ini, aku yang melakukan semuanya sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ketika itu. Dan bermula selasa yang lepas (17 Ogos 2010) aku melakukannya semula. Langsung tidak merasa kekok melakukan aktiviti yang sudah lama aku tinggalkan. Langsung tidak kekok, tetapi sedikit keliru.. hihihihi..

Semasa aku di Kampung, aku tidak langsung berfikir mengenai apa sahaja mengenai kerja. Hanya yang aku fikirkan mengenai kehidupan aku 10 tahun akan datang. Adakah aku mampu untuk tinggal di dalam rumah kediaman atas nama aku sendiri? Atau akan terus menumpang di rumah yang sudah aku duduki puluhan tahun itu? Emmm.. Apapun, aku bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal free disitu dn berdoa semoga ada sesuatu yang membahagiakan menanti di jalan2 kehidupanku ke hadapan.

Memang seronok balik kampung. Menyaksikan timbulnya matahari dan terbenamnya matahari seolah2 membawa aku kepada zaman kecilku. Zaman yang aku keluar ke sekolah ketika mentari memunculkan dirinya.. dan pulang dari bermain ketika matahari semakin tenggelam di ufuk. Hebat sangat2. Melakukan solat sunat tarawih di kampung, membawa aku melihat betapa anak2 kampung yang dulu menjadi teman sepermainanku sudah besar panjang. sama seperti aku. Cuma mungkin aku agak sombong, kerana langsung tidak menegur atau menyapa mereka. Hanya mampu ku lemparkan senyuman yang paling menawan.. itupun antara malu dan ragu.. hurmmm.. kalau ku ingat.. hahaha.. memang gila kalau ada sesiapa yang tidak merindui zaman kanak2nya.. melainkan mereka yang selalu di buli masa kecik.. oh!, aku tidak :)

Hari ini, aku pulang ke bandar. Esok aku kerja pagi. Terasa rindu ingin keudara dengan mood yang lebih ceria. Tapi, mampukan aku?? My Name Is SAAT :)

CORETAN RASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hai Olzz.. Sekarang saya cuti panjang.. di Kampung halaman laa.. Bermula hari ini sehingga Jumaat baru balik bandar Tawau.. Mencari ketenangan seketika.. Maklum sajalah, sejak akhir2 ini hatiku diruntun sepi dan kecewa terus. Jadi aku ambil keputusan untuk merehatkan minda dan perasaan seketika di kampung yang aku rasa lebih tenang untuk aku.. :)

Aku dah mendapatkan jawapan yang aku inginkan daripada mereka yang berkenaan.. Alhamdulillah.. jawapannya itu mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Tapi yang pasti, aku masih memiliki sekelumit rasa sedih kerana lubang lama yang telah aku timbus dengan tanah kini menghasilkan lubang baru. Lubang itu wujud daripada Blog kesayanganku ini. Entah darimana kawan aku yang satu itu mengetahui keberadaan Blog aku ini. kerana sebelum ini aku memang tidak pernah menceritakan mengenai perihal blogku kepada sesiapa di Ofice melainkan kepada seorang, yang tidak sengaja aku beritahu melalui Facebook. Tapi ndak kisah la.. Hal sudah terjadi. Apa yang pasti, kejadian demi kejadian membuatkan aku mejadi lebih matang..

Esok 7 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan hari Selasa (17 Ogos 2010) Bos Besar kami dari KK akan turun ke Tawau untuk menghadiri majlis penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada kakitangan di Ofice aku. Juga akan diadakan Majlis berbuka puasa bersama beliau. Seterusnya ada majlis rakaman hari raya bersama2 staf tempat aku berkerja. Tapi aku? Melarikan diri ke kampung dan tidak mau joint itu program. Kenapa?? Sebab aku malu..

Bercakap pasal Malu ini, banyak sebenarnya yang membuatkan aku bergelumang dengan perasaan malu di pejabat. Ndak tau lah, kalau sebelum ini aku rasa bersemangat dan bangga bila berada di pejabat. tapi, sejak akhir2 ini, setelah aku menyingkap kembali kamar realiti.. ndak tau kenapa dan dimana perlunya aku berasa malu dengan keberadaanku di pejabat itu. yang pasti, aku rindu dengan keadaan aku yang dulu. Tadi, aku tengok muka abg Akhiey senyum depanku.. Macam mau nangis.. Ikhlas betul senyuman itu.. Macam aku rasa aku rindu dengan senyuman itu.. Kak Zee.. Aku rindu mau beketawak besar dengan dia.. Kak Mas.. aku rindu mau bergurau "Pesanan Makcik" dengan dia.. uhuhuhuhu.. kalau ku ingat balik keadaan sebelum ini.. urmm.. Aku tau, aku balik ke kampung ni aku ndak mengasi tau sama bos.. biarlah.. aku rela menanggung apa juga risiko.. dan yang pasti, aku tidak menyesal.. nampak macam kenyataan ku ini berbaur ego sikit kan? ermm...

Nak tau? AKu di pelawa untuk menjadi pengacara untuk program raya bersama kawan2 sekerja. Tapi aku tolak.. Alasan yang paling baik aku boleh bagi sekarang, sebab emosi aku ni belum stabil lagik. Aku takut, rakaman itu menjadi hambar dek kerana aku yang telampau beremosi dan aku ndak mau di salahkan lagi... cukuplah atas kesalahan yang telah aku lakukan belakangan ini..

Mau tau lagi?? Ada kawan yang menyapa aku dengan persoalan yang aku sendiri bingung mau jawab.. bilangnya "Saat, aku macam ndak kenal sudah dengan kau..." dan yang pasti, aku tidak mempunyai jawapan kepada persoalan itu.. Kalau ko tidak kenal aku sudah.. bermaksud ada dua kemungkinan. Pertama, ko menjauh dari aku.. atau aku yang menjauh dari kau.. ATAU ko ndak mau kisah pasal aku atau aku memang tak kisah pasal apa2pun tentang kau.. AKu berfikir, dalam hal ini sapa yang patut di persalahkan?? Satu orang? Dua orang? Atau mungkin semua orang?? Aku lebih suka menggunakan ungkapan popular Ahmad Nabil, pelawak Malaysia "Lu Pikirlah Sendiri"

Dalam meniti perjalanan hidup sebagai seorang manusia, kita memang ndak boleh lari dari sebarang masalah.. perlu diingat, sebesar2 masalah yang kita hadapi, ada lagi insan yang memiliki masalah lebih dahsyat lagi daripada kita. Keadaan persekitaran telah membuktikan, ada ramai anak2 muda di Tawau ini, atau mungkin juga di Dunia memiliki masalah yang lebih dahsyat daripada aku.. e.g: tiada surat, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, tiada orang ambil berat.. tapi yang perlu dicontohi.. mereka ini tidak sekalipun mengeluh.. malah bibir mereka ndak pernah lekang dengan senyuman.. dan ini wajar di contohi oleh diri yang bergelar AKU.. yaa.. AKU..

Tapi, masalahnya kita ni kadang2 cakap ndak sama dengan bikin.. itu yang menjadi masalah.. Apa yang pasti, setiap langkah yang kita ambil hari ini menentukan masa depan dan corak kehidupan akan datang.. Aku yakin dengan potensi dalaman.. yang sememangnya di miliki oleh setiap insan. Kalau berjaya serlahkan, maka dia akan menjadi seorang yang dipandang.. Kalau berjaya di serlahkan tapi strateginya yang luntang lanting, dia juga akan di pandang.. tapi dengan pandangan yang jijik dan menjjengkelkan.. Tepuk Dada Tanya??? Selera?? Minda?? Atau mungkin Iman??? Pilih laa yang mana berkenan.. My Name Is SAAT :)

AKHIRNYA...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Emm.. Malam ini aku sendiri lagi.. Sangat sunyi rasanya bila tidak ditemani sesiapa.. dan mungkinkah aku harus menerima kenyataan bahawa aku akan terus bersendiri?? Adakah aku perlu belajar untuk hidup sendiri atas sikapku yang tidak tahu menghargai mereka yang berada di sekelilingku?? emmm.. semuanya memerlukan jawapan.. dan sekarang ini, aku harus menyatakan IYA... Benar.. Aku perlu memulakan langkah sendiri..

Sebelum ini, aku hanya mengharap kepada keberadaan seseorang di samping aku untuk menolak aku agar mampu untuk bergerak. Namun kini, aku telah kehilangannya.. Sebelum ini aku mempunyai kekuatan, kerana mereka selalu menyalurkan kekuatan mereka bersama2 aku. Namun kini, aku harus menjana kekuatan itu sendiri.. Sebelum ini, aku sering mengharapkan sesuatu daripada mereka. Namun kali ini, aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada, dan usaha kalau ingin memiliki sesuatu..

Akhirnya aku sedar, betapa susahnya sebuah persahabatan itu untuk dibina.. namun begitu mudah ia untuk dilenyapkan.. diruntuhkan.. Akhirnya,aku sedar, aku sekadar mempergunakan mereka.. sedangkan aku langsung tidak memberi apa2 kepada mereka.. Aku menyesal kerana tidak dapat menjadi seorang kawan yang baik. Terfikir oleh benak, kenapa aku begini? Menyesal?? memang sungguh menyesal.. Namun apa gunanya?? Aku yang memulakan, jadi aku juga harus mengharunginya.. Sabar.. Hanya itu yang mampu aku lakukan kini..

AKhirnya, titisan itu keluar tatkala aku menerima sms... Aku seolah2 melukut di tepian gantang.. mengharapkan sesuatu untuk kunjung tiba.. Namun sehingga kini, aku masih menanti.. dan adakah aku telah berputus asa?? Mungkin.. Tapi tidak akan.. Kerana mereka sahaja yang aku ada.. Tapi mereka bukan memiliki aku sahaja.. Mereka ada ramai.. dan aku?? Perlu belajar lebih lagi..

Aku cuma ada "teman" yang paling setia. Yang tidak mampu untuk berkata apa.. Hanya mampu untuk melihat dan mungkin juga merasa.. AKu harap dia akan terus setia.. ohh.. Kadang2 aku terasa seperti aku gila.. Hahahahaha.. Aku berasa menyesal.. aku banyak terhutang budi.. tapi kenapa mesti aku yang merosakkan segalanya??

Aku mesti kuat.. Aku mesti kuat.. aku mesti kuat.. sekuat mana aku mesti?? Sekuat ombak menghempas pantai? Angin menghambur kota? atau mungkin petir menyambar bumi? Terfikir juga.. Mampukah aku?? Akhirnya...

Hari ini aku bertugas.. Ambil alih tugas bro yang bercuti.. Kalau ikutkan mood, aku memang tiada mood. Tapi, aku mesti ikutkan janji.. sebuah janji yang pernah aku ungkapkan terlebih dahulu sebelum ini.. Ndak silap aku, perkara seperti ini jugak yang berlaku.. dan aku cuba bermain emosi ketika bertugas sehingga mereka mengata aku.. Tidak Profesional.. dan sejak hari itu, aku cuba untuk tidak mengikut rentak mood aku.. Cuba untuk senyum walaupun berair mata.. Hahaha.. Jiwaku ni memang lembut bha.. kadang2 bikin panas jugak.. adoiii..

Buat pertama kalinya aku berbuka puasa di Tempat kerja.. Berbuka dengan air putih dan dua biji kurma yang aku bawa. Kawan seofice mempelawa aku menjamah karipap yang dia beli. Aku tolak, bukan sombong, cuma tak lalu.. Thankz Bahar :) Balik rumah terus mandi.. sebab mau cepat2 pegi Masjid Bandar.. Mau sembahyang Isya' dan Sunat Tarawih berjemaah.. Lepas tu lepak bersama si Comel.. dan Akhirnya.. "ia" berlangsung.. aku cukup merasakan kesunyian.. Aku melihat beberapa mereka lalu lalang bersama teman mereka.. Namun aku? Harus gembira kerana si Comel masih mau menemani aku.. Alhamdulillah :)

Akhirnya.. aku di rumah sahaja.. Makcik aku ke Lahad Datu.. dan esok, aku akan pulang kampung.. begitu juga menjelang hari Isnin petang hingga jumaat.. aku akan habiskan masa aku di kampung.. bersma keluarga.. Mungkin aku akanmendapat inspirasi bila bersama keluarga.. especially bersama Ibu tercinta..

Aku sedar, hidup ini tidak semudah yang disangka.. Amat sukar untuk aku mengukirkan senyuman untuk tempoh masa yang lama.. Sombong.. Bongkak dan bikin orang menyampah.. adalah mood aku sejak kebelakangan ini.. Aku ndak kisah hati orang, sebab durang ndak tau jugak hati aku bagaimana.. patutkah?? Mungkin.. atau mungkin juga tidak.. emmm.. Semua Antara dua.. semua perlu jawapan.. tapi jawapan aku mana?? Oh.. Plzz...

Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku.. Percayalah

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku

Mengapa
Dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain
Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi
Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman
Aku fahami

Tuhan
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya

Kuatkanlah diri menjalani semua ini


Dan Akhirnya.. aku akan terus menanti perkhabaran gembira.. My Name Is SAAT :(

TIDAK SESEMPURNA BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hai.. Bersua untuk edisi yang kesekian kalinya.. cuma bezanya malam ni, aku menulis awal betul.. ndak macam selalu, jam 12 atau jam 1 begitu baru aku update aku punya Blog.. Emmm.. Tajuk hari ini, menunjukkan betapa ada kekurangan dalam kehidupan aku.. dah masuk hari yang kedua.. Kita berpuasa.. dan aku begini.. beginilah dia.. huwaa

Setiap kali aku mengingati detik itu, seolah2 air mata ni mau mengalir jak.. cuma terhenti apabila aku merasa perlu untuk aku mencuba untuk tabah dan terima hukuman ini atas kesalahan yang aku ciptakan sendiri.. acap kali keadaan ini melanda diri aku.. termasuk ketika aku bertugas hari ini.. memutarkan beberapa genre lagu yang bercerita mengenai RINDU dan TEMAN..

Hari ini, aku berterawih secara jemaah di Masjid Pantai untuk kali pertamanya dalam tahun 1431 H ini. Semalam balik kampung, jadi tak dapat terawih berjemaah dan sebelum ini pula aku ndak dapat berterawih kerana menempuhi perjalanan pulang dari KK ke Tawau setelah mengharungi cabaran untuk bergelar penjawat tetap. Mudah2an semuanya berjalan lancar.. Yang pasti, aku tidak menolak sebarang kemungkinan dan aku mengakui ada satu perasaan bimbang.. emmm

Selepas berterawih, seperti semalam, aku ditemani si "Comel" melepak di tepi laut.. kami berdua saja.. mengenangkan kisah gembira yang pernah aku kecapi sebelum ini di lokasi itu membuatkan aku tidak sanggup untuk terus berada lama.. Jam 9 aku bertolak pulang.. ahh.. Sampai bila agaknya ia akan berakhir..

Seperti biasa, aku cuba menghantar sms kepada dia yang sedang marah.. Ntah la.. dia baca atau tidak. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kalau ada orang yang buat dia marah, memang dia akan ignore saja sms itu.. dan aku merasakn aku menerima nasib yang sama. Tapi, aku tidak akan berputus asa.. Kerana aku sayang akan hubungan persahabatan yang pernah kami garab bersama sebelum ini..

Sejenak aku melihat nota hari lahir yang dikirimkan sebelum ini. Sempena hari lahirku yang ke-25 Tahun.. "Take this small gift as a token of friendship" Ahhh.. Kesedihan itu menerpa kembali.. Betapa aku merasakan kerugian ketika ini kerana telah melukai hati seorang insan yang begitu baik pada aku..

"Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa".. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk aku kala ini.. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, Tidak berguna.. Tiada ungkapan lain yang wajar aku ngkapkan melainkan MAAF.. Ndak tau sudah.. Aku Blur... My Name Is SAAT :(

TANYA SAMA HATI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Susahnya mau tido malam ni.. Jdi sambil2 tu buka Facebook dan Email.. Sambil2 tu jugak aku typing somthing di Blog aku ni.. Lama ya ndak bercurhat sama blog.. hihihihi..

Esok dah masuk Puasa yang kedua.. Pagi tadi aku ndak makan Sahur sebab makcik aku ndak masak.. pening kepala dia sampai dia tidur dengan enak sekali.. hihihihi.. ndakpalah.. kebetulan aku ndak kerja jugak, jadi most of the day aku di rumah sak.. kurang pendedahan dengan matahari, jadi kuranglah terasa laparnya...

Untuk kali ini aku ndak bersahur bersama keluarga.. Ingat masa study dulu.. Sahur dengan kawan2.. beli makanan di Cafe.. Malas mau bersahur di Cafe tu sebab bauk makanan.. jadi bersahur di bilik.. kadang2 bersahur dengan megi saja.. berbuka pun kadang2 dengan megi jugak.. tapi yang best, kami semua sama2.. huhuhu rindu pulak dengan keadaan itu..

Untuk Ramadhan kali ini, aku belum sempat untuk menunaikan terawih secara berjemaah.. sedangkana ku mau berterawih Full untuk kali ini.. mudah2an aku masih sempat sampai ke ramadhan yang berikutnya.. Namun, Ramadhan kali ini jangan di sia2kan pulak yeaa..

semalam, aku ada terasa hati sikit dengan kawan.. dia cakap pasal kedudukan aku di pejabat tu sebagai pegawai piacemil yang berjawatan kontrak.. tapi mau sombing2 sama dorang.. ahh.. memang gterasa hati.. tapi, aku mesti jugak terima.. sebab itu memang keadaannya.. memang itu realitinya.. Yang pasti keadaan itu menguatkan kembali semangat untuk terus berjuang untuk memperolehi jawatan tetap di jabatan "itu".. Insya-Allah.. aku yakin dengan rezeki tuhan.. kalau IYA rezeki aku di sana.. ia tidak akan kemana2 dengan izin-Nya, dan sekarang ini aku sedang di BLOCK di FBnya :)

Esok aku kerja pagi.. bermula 6.45 sampai jam 11 pagi.. dan minggu hadapan, aku mau BALIK KAMPUNG.. aku rasa aku mau berpuasa di sana.. dengan keadaanku sekarang ini.. aku YAKIN, untuk seketika, aku akan menjalani kehidupan seperti dulu.. Back To basic.. OPIS>RUMAH>OPIS>RUMAH dan begitulah seterusnya.. Bila agaknya masa untuk aku melepak seperti dulu akan berulang kembali?? Huhayy.. mudah2an ndak lama ini keadaan..

Hahahahaaa.. Cuba untuk ketawa.. namun hati sentiasa mengingatkan tasa sekelumit rasa sepi dan kosong yang ia miliki.. mau cerita pasal cinta.. sebelum aku bertolak ke KK hari itu, aku ada berjumpa dengan si DIA.. dan sempat dia meninggalkan PARUT dikawasan strategik (hehehhee) sebelum dia pulang.. tapi yang pasti, itu adalah kali yang terakhir.. aku mengaku, aku memang cinta dan sayang dengan dia.. namun, aku tau, hubungan ini tidak akan sampai kemana sebab dia mempunyai seseorang yang lebih dia cinta.. walau manis manapun bicaranya, aku mampu mengesan ada sesuatu di hatinya.. jdi, selepas ini kita adalah KAWAN.. aku JANJI!!!

Hari semakin larut.. esok mau bangun lagi untuk sahur.. masa untuk menutup mata.. apajua yang berlaku hari ini adalah satu pengajaran yang cukup besar.. dan apa jugak dugaan yang aku alami hari ini merupakan satu luka yang aku cipta sendiri dan aku hanya mampu menantikan ubat daripada mereka yang kini aku gelar sebagai "UPIN DAN IPIN" My Name Is SAAT :(

OH DUGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hellow olzz.. Lamanya aku ndak mengupdate blog aku ni.. dulu masa aku awal2 buka bukan main lagi semangat.. rupanya semangat taik ayam jak.. hehehe.. Semoga semuanya sedang sihat dan akan terus sihat.. semoga semuanya sedang bahagia dan akan kekal bahagia.. Itu adalah doa yang senantiasa kita mintak dari yang maha Esa.. Tapi kadang-kadang, bukan semua permintaan hati kita tu ndak di tunaikan.. bukan bermaksud doa kita ndak di dengar.. cuma mungkin sedikit ujian agar kita lebih kerap untuk meminta dan memohon kepadanya..

Tabiat manusia.. Kalau dah susah, baru ingat kepada yang maha Esa.. sering alpa dan leka dengan setiap kegembiraan yang dianugerahkan kepada kita.. emmm..

Ini kali pertama aku membuat tajuk untuk post aku.. selalunya aku letak tarikh jak kan.. konon2 mau buat pembaharuan.. ndak tau sampai bila.. tinguk syak laa.. hehehe..

Cabaran bermula apabila aku menerima tawaran daripada SPA untuk menduduki peperiksaan B17 di Kota Kinabalu.. terasa aku akan menempuhi satu pengalaman yang mencabar kerana buat kali pertamanya aku akan menduduki ujian di luar daerah Tawau untuk jawatan ini.. terasa tercabar lagi apabila duit poket ketika itu cukup2 makan syak.. huwahuwahuwa.. sadis sungguh kalau di ingat.. tapi, Thankz to Mr. Zhafrin sebab banyak membantu.. dia pun pegi jugak.. kami sama2 di sana.. dan untuk kesekian kalinya setelah 10 Tahun.. dia pigi KK melalui darat.. waaaaa... sapa bawak? Si Saat laa.. hihihihii.. dek kerana ndakda duit mo nek bilon.. seret jugak kawan.. sepanjang perjalanan, besalah kan, lenguh seluruh badan.. aku pun risau jugak dengan keberadaan Abg Zhaf.. iyalah.. 10 Tahun naik bilon syak pigi KK.. tetiba naik Bas pulak.. dari satu keadaan yang selesa, kepada satu keadaan yang keurang sikit selesanya.. apapun, thankz to him sebab sama2 mau pigi naik bas pulak tu.. huhuhu

Cabaran yang pertama kami tempuhi dengan baik.. alhamdulillah.. walaupun penat, tapi, demi untuk bergelar penjawat kerajaan, aku dan abg zhaf pegi jugak.. tapi best laa.. sebab kalau kami lulus ujian suara ini, kami ndak akan menduduki ujian bertulis.. terus saja pegi Interview.. itu yang dikhabarkan oleh pegawai yang menjaga kami sepanjang ujian itu berlangsung..

Cabaran demi cabaran berlaku dalam hidup seharian aku.. balik dari KK, makcik aku tanya pasal kesan kemek di belakang si "Comel". Aku tersentak seketika.. huhayyy.. konon2 baru perasan.. padahal, lamaaa sudah ku tau.. Alhamdulillah, isu itu ndaklah di cerita lama2.. sekejap saja.. Nasib Baik ndak pecah rahsia.. hihihihi

Cabaran seterusnya aku buka.. Pergerakan ke KK untuk kali kedua bagi menghadiri ujian bertulis B 27.. Terasa tertekan apabila isu "Orang Luar" menjadi isu hangat di pejabat. Mood aku untuk kerja terus hilang bila dua orang rakan setugas menyergah aku dengan soalan berkenaan "Orang Luar". Terkejut, terkesima, tersentak,"isnap" hahaha.. semua ada masa itu.. adussss.. keliru seketika aku dibuatnya.. terfikir aku sejenak bagaimana insan yang dibilang KAWAN itu dianggap sebagai ORANG LUAR?? uhuuuuu... tapi yang pasti, aku mengesan kesalahanku disitu apabila aku seolah2 bertindak sewenang-wenangnya apabila memanggil mereka untuk join-in tapi tidak mengusulkan perkara ini kepada yang berwajib.. yaa.. sedar diri laa.. Piecemil pulak.. kontrakan lagi tuh.. huh..

Cabaran untuk menahan kemarahan semakin kuat apabila aku masuk ke ofis, rakan sekerja itu cuba untuk menekan2 atas keputusan yang aku buat. Aku semakin terkejut apabila dia memberitahu kawan aku yang sorang itu akan pegi ke KK menaiki bas semata2 inginkan keselesaan.. huhayy.. aku terus call orang yang dah aku anggap Abang.. kami kensel ikut kereta Jabatan.. Yang hebatnya lagik, kebetulan kawan kepada si Abang ini mau pigi KK.. Alhamdulillah.. sekurang2nya kami masih bertuah walaupun last minit sudah ni.. Thankz to AZIZAN :)

Masa di KK.. Kami semua begitu gembira.. especially aku lah.. sebab, bajet boleh save lagi sebab tinggal di hotel Free.. Thankz to "the MAN" and credit to Abg Zhafrin.. kalau bukan sebab dia, ndaklah aku merasa nikmatnya tinggal di Hotel Free dua malam.. Katil empuk, besar pulak.. huwahuwahuwaa..

Isu "Orang Luar" terus popular dalam kalangan kami.. masing2 ndak puas hati.. kalau betul durang di larang untuk ikut ke KK.. kenapa sebelum ini mereka bebas menumpang ke News Function?? Timbul persoalan itu tiba2 setelah mendengar penjelasan panjang lebar... kenapa menggunakan ungkapan "Orang Luar" Aduhhh.. makin panas isu ini..

Exam berlangsung dengan penuh harmonis dengan pelbagai gelagat dan kisah lucu.. Alhamdulillah, soalannya tidak sesukar mana.. Thankz to Abg Zhaf sebab mengasi pinjam Nota dan memberi tunjuk ajar khususnya dalam English.. Terasa diri begitu tidak berguna seketika bila asyik bergantung kepada usaha orang lain untuk kepentingan diri.. terasa diri sangat tidak bersedia sedangkan mempunyai visi tinggi iaitu mau lulus ujian ini.. terasa diri begitu bangga kerana ada insan seperti abg Zhaf.. Thankz a lot to you my dearest Brother..

Pulang ke Tawau pada jam 8.20 malam dengan menaiki Flight.. sisa duit yang ada ku korbankan untuk pulang dengan lebih selesa dan lebih awal.. tapi duit masih dalam bajet.. meskipun tersasar sedikit jumlahnya.. apapun. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang di rancangkan..

Dan kini, aku mengalami satu lagi cabaran yang cukup besar.. kali ini merupakan kali yang kedua.. dan yang pasti, aku jugak puncanya.. akibat situasi yang dianggap sebagai "Miss-Understanding" aku menerima hukuman daripada insan yang sentiasa berada disebelahku tatkala aku senang mahupun susah.. orang yang sering berada bersama aku ketika dia sedih atau dia gembira.. orang yang sentiasa menolongku ketika aku susah meskipun aku tidak meminta.. Ndakda sudah kata2 yang boleh aku garab untuk menunjukkan betapa dia sungguh baik hati.. aku mendefinisikan dirinya begini.. Kalau dia BAIK, dialah yang paling BAIK DI MATA.. Kalau dia MARAH, dialah yang PALING JAHAT DI MATA.. aku umpamakan dia begitu.. aku dah nampak beberapa orang.. malah aku sendiri sudah merasakannya.. dan kini, untuk kali yang kedua.. aku tersilap melakukan sesuatu yang dia tidak suka..

Cabaran ini cukup getir untuk aku laluinya.. sedangkan kini, aku hanya ada mereka sebagai SAHABAT ku di Dunia dan Akhirat Insya-Allah.. hurmm.. Kalau ini adalah hukuman yang perlu aku tempuh untuk merawat luka yang dicalari oleh aku.. Aku redho.. Tapi ku harap, semoga keadaan ini tidak terlalu lama.. ahhhhhh.. Aku Benciii Perasaan Ini..

1 Ramadhan.. Aku sempurnakan tanpa keberadaan mereka.. Mizz You My Beloved Frend.. Aku Minta Maaf.. "UPIN DAN IPIN".. My Name Is SAAT :(