CORETAN RASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hai Olzz.. Sekarang saya cuti panjang.. di Kampung halaman laa.. Bermula hari ini sehingga Jumaat baru balik bandar Tawau.. Mencari ketenangan seketika.. Maklum sajalah, sejak akhir2 ini hatiku diruntun sepi dan kecewa terus. Jadi aku ambil keputusan untuk merehatkan minda dan perasaan seketika di kampung yang aku rasa lebih tenang untuk aku.. :)

Aku dah mendapatkan jawapan yang aku inginkan daripada mereka yang berkenaan.. Alhamdulillah.. jawapannya itu mampu membuatkan aku tersenyum sendiri. Tapi yang pasti, aku masih memiliki sekelumit rasa sedih kerana lubang lama yang telah aku timbus dengan tanah kini menghasilkan lubang baru. Lubang itu wujud daripada Blog kesayanganku ini. Entah darimana kawan aku yang satu itu mengetahui keberadaan Blog aku ini. kerana sebelum ini aku memang tidak pernah menceritakan mengenai perihal blogku kepada sesiapa di Ofice melainkan kepada seorang, yang tidak sengaja aku beritahu melalui Facebook. Tapi ndak kisah la.. Hal sudah terjadi. Apa yang pasti, kejadian demi kejadian membuatkan aku mejadi lebih matang..

Esok 7 Ramadhan 1431 H bersamaan dengan hari Selasa (17 Ogos 2010) Bos Besar kami dari KK akan turun ke Tawau untuk menghadiri majlis penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada kakitangan di Ofice aku. Juga akan diadakan Majlis berbuka puasa bersama beliau. Seterusnya ada majlis rakaman hari raya bersama2 staf tempat aku berkerja. Tapi aku? Melarikan diri ke kampung dan tidak mau joint itu program. Kenapa?? Sebab aku malu..

Bercakap pasal Malu ini, banyak sebenarnya yang membuatkan aku bergelumang dengan perasaan malu di pejabat. Ndak tau lah, kalau sebelum ini aku rasa bersemangat dan bangga bila berada di pejabat. tapi, sejak akhir2 ini, setelah aku menyingkap kembali kamar realiti.. ndak tau kenapa dan dimana perlunya aku berasa malu dengan keberadaanku di pejabat itu. yang pasti, aku rindu dengan keadaan aku yang dulu. Tadi, aku tengok muka abg Akhiey senyum depanku.. Macam mau nangis.. Ikhlas betul senyuman itu.. Macam aku rasa aku rindu dengan senyuman itu.. Kak Zee.. Aku rindu mau beketawak besar dengan dia.. Kak Mas.. aku rindu mau bergurau "Pesanan Makcik" dengan dia.. uhuhuhuhu.. kalau ku ingat balik keadaan sebelum ini.. urmm.. Aku tau, aku balik ke kampung ni aku ndak mengasi tau sama bos.. biarlah.. aku rela menanggung apa juga risiko.. dan yang pasti, aku tidak menyesal.. nampak macam kenyataan ku ini berbaur ego sikit kan? ermm...

Nak tau? AKu di pelawa untuk menjadi pengacara untuk program raya bersama kawan2 sekerja. Tapi aku tolak.. Alasan yang paling baik aku boleh bagi sekarang, sebab emosi aku ni belum stabil lagik. Aku takut, rakaman itu menjadi hambar dek kerana aku yang telampau beremosi dan aku ndak mau di salahkan lagi... cukuplah atas kesalahan yang telah aku lakukan belakangan ini..

Mau tau lagi?? Ada kawan yang menyapa aku dengan persoalan yang aku sendiri bingung mau jawab.. bilangnya "Saat, aku macam ndak kenal sudah dengan kau..." dan yang pasti, aku tidak mempunyai jawapan kepada persoalan itu.. Kalau ko tidak kenal aku sudah.. bermaksud ada dua kemungkinan. Pertama, ko menjauh dari aku.. atau aku yang menjauh dari kau.. ATAU ko ndak mau kisah pasal aku atau aku memang tak kisah pasal apa2pun tentang kau.. AKu berfikir, dalam hal ini sapa yang patut di persalahkan?? Satu orang? Dua orang? Atau mungkin semua orang?? Aku lebih suka menggunakan ungkapan popular Ahmad Nabil, pelawak Malaysia "Lu Pikirlah Sendiri"

Dalam meniti perjalanan hidup sebagai seorang manusia, kita memang ndak boleh lari dari sebarang masalah.. perlu diingat, sebesar2 masalah yang kita hadapi, ada lagi insan yang memiliki masalah lebih dahsyat lagi daripada kita. Keadaan persekitaran telah membuktikan, ada ramai anak2 muda di Tawau ini, atau mungkin juga di Dunia memiliki masalah yang lebih dahsyat daripada aku.. e.g: tiada surat, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, tiada orang ambil berat.. tapi yang perlu dicontohi.. mereka ini tidak sekalipun mengeluh.. malah bibir mereka ndak pernah lekang dengan senyuman.. dan ini wajar di contohi oleh diri yang bergelar AKU.. yaa.. AKU..

Tapi, masalahnya kita ni kadang2 cakap ndak sama dengan bikin.. itu yang menjadi masalah.. Apa yang pasti, setiap langkah yang kita ambil hari ini menentukan masa depan dan corak kehidupan akan datang.. Aku yakin dengan potensi dalaman.. yang sememangnya di miliki oleh setiap insan. Kalau berjaya serlahkan, maka dia akan menjadi seorang yang dipandang.. Kalau berjaya di serlahkan tapi strateginya yang luntang lanting, dia juga akan di pandang.. tapi dengan pandangan yang jijik dan menjjengkelkan.. Tepuk Dada Tanya??? Selera?? Minda?? Atau mungkin Iman??? Pilih laa yang mana berkenan.. My Name Is SAAT :)

No comments: