AKHIRNYA...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Emm.. Malam ini aku sendiri lagi.. Sangat sunyi rasanya bila tidak ditemani sesiapa.. dan mungkinkah aku harus menerima kenyataan bahawa aku akan terus bersendiri?? Adakah aku perlu belajar untuk hidup sendiri atas sikapku yang tidak tahu menghargai mereka yang berada di sekelilingku?? emmm.. semuanya memerlukan jawapan.. dan sekarang ini, aku harus menyatakan IYA... Benar.. Aku perlu memulakan langkah sendiri..

Sebelum ini, aku hanya mengharap kepada keberadaan seseorang di samping aku untuk menolak aku agar mampu untuk bergerak. Namun kini, aku telah kehilangannya.. Sebelum ini aku mempunyai kekuatan, kerana mereka selalu menyalurkan kekuatan mereka bersama2 aku. Namun kini, aku harus menjana kekuatan itu sendiri.. Sebelum ini, aku sering mengharapkan sesuatu daripada mereka. Namun kali ini, aku harus bersyukur dengan apa yang aku ada, dan usaha kalau ingin memiliki sesuatu..

Akhirnya aku sedar, betapa susahnya sebuah persahabatan itu untuk dibina.. namun begitu mudah ia untuk dilenyapkan.. diruntuhkan.. Akhirnya,aku sedar, aku sekadar mempergunakan mereka.. sedangkan aku langsung tidak memberi apa2 kepada mereka.. Aku menyesal kerana tidak dapat menjadi seorang kawan yang baik. Terfikir oleh benak, kenapa aku begini? Menyesal?? memang sungguh menyesal.. Namun apa gunanya?? Aku yang memulakan, jadi aku juga harus mengharunginya.. Sabar.. Hanya itu yang mampu aku lakukan kini..

AKhirnya, titisan itu keluar tatkala aku menerima sms... Aku seolah2 melukut di tepian gantang.. mengharapkan sesuatu untuk kunjung tiba.. Namun sehingga kini, aku masih menanti.. dan adakah aku telah berputus asa?? Mungkin.. Tapi tidak akan.. Kerana mereka sahaja yang aku ada.. Tapi mereka bukan memiliki aku sahaja.. Mereka ada ramai.. dan aku?? Perlu belajar lebih lagi..

Aku cuma ada "teman" yang paling setia. Yang tidak mampu untuk berkata apa.. Hanya mampu untuk melihat dan mungkin juga merasa.. AKu harap dia akan terus setia.. ohh.. Kadang2 aku terasa seperti aku gila.. Hahahahaha.. Aku berasa menyesal.. aku banyak terhutang budi.. tapi kenapa mesti aku yang merosakkan segalanya??

Aku mesti kuat.. Aku mesti kuat.. aku mesti kuat.. sekuat mana aku mesti?? Sekuat ombak menghempas pantai? Angin menghambur kota? atau mungkin petir menyambar bumi? Terfikir juga.. Mampukah aku?? Akhirnya...

Hari ini aku bertugas.. Ambil alih tugas bro yang bercuti.. Kalau ikutkan mood, aku memang tiada mood. Tapi, aku mesti ikutkan janji.. sebuah janji yang pernah aku ungkapkan terlebih dahulu sebelum ini.. Ndak silap aku, perkara seperti ini jugak yang berlaku.. dan aku cuba bermain emosi ketika bertugas sehingga mereka mengata aku.. Tidak Profesional.. dan sejak hari itu, aku cuba untuk tidak mengikut rentak mood aku.. Cuba untuk senyum walaupun berair mata.. Hahaha.. Jiwaku ni memang lembut bha.. kadang2 bikin panas jugak.. adoiii..

Buat pertama kalinya aku berbuka puasa di Tempat kerja.. Berbuka dengan air putih dan dua biji kurma yang aku bawa. Kawan seofice mempelawa aku menjamah karipap yang dia beli. Aku tolak, bukan sombong, cuma tak lalu.. Thankz Bahar :) Balik rumah terus mandi.. sebab mau cepat2 pegi Masjid Bandar.. Mau sembahyang Isya' dan Sunat Tarawih berjemaah.. Lepas tu lepak bersama si Comel.. dan Akhirnya.. "ia" berlangsung.. aku cukup merasakan kesunyian.. Aku melihat beberapa mereka lalu lalang bersama teman mereka.. Namun aku? Harus gembira kerana si Comel masih mau menemani aku.. Alhamdulillah :)

Akhirnya.. aku di rumah sahaja.. Makcik aku ke Lahad Datu.. dan esok, aku akan pulang kampung.. begitu juga menjelang hari Isnin petang hingga jumaat.. aku akan habiskan masa aku di kampung.. bersma keluarga.. Mungkin aku akanmendapat inspirasi bila bersama keluarga.. especially bersama Ibu tercinta..

Aku sedar, hidup ini tidak semudah yang disangka.. Amat sukar untuk aku mengukirkan senyuman untuk tempoh masa yang lama.. Sombong.. Bongkak dan bikin orang menyampah.. adalah mood aku sejak kebelakangan ini.. Aku ndak kisah hati orang, sebab durang ndak tau jugak hati aku bagaimana.. patutkah?? Mungkin.. atau mungkin juga tidak.. emmm.. Semua Antara dua.. semua perlu jawapan.. tapi jawapan aku mana?? Oh.. Plzz...

Sejauh manakah ketabahan hati
Menempuhi dunia
Walaupun kau jauh
Kau tetap di hati
Temanku.. Percayalah

Begitu tulusnya perhatian kamu
Kepada diriku
Hidupku berombak
Namun kau selalu ada kuatkanku

Mengapa
Dunia ini begini
Ku cuma manusia biasa
Yang hanya inginkan hidup
Seperti yang lain
Mengapa harus begini

Sejak hari itu hatiku terluka
Namun ku sembunyi
Ku juga mengerti
Walaupun terselindung
Kau teman
Aku fahami

Tuhan
Tunjukkanlah jalanMu
Padaku untuk bahagia
Selamanya

Kuatkanlah diri menjalani semua ini


Dan Akhirnya.. aku akan terus menanti perkhabaran gembira.. My Name Is SAAT :(

No comments: