PUTARAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Setelah sekian lama membisu di lama ini, aku kembali untuk menceritakan sedikit pasal diri aku yang telah'hilang'.. Satu ketika dulu, aku begitu suka untuk bercerita dan berkongsi rasa di sini.. Namun, sekarang ini, faktor tolakan itu terasa begitu kuat.. Ah!! Terpulang pada aku sebenarnya.. As usual, suka sangat melayan perasaan.

Hari ini sudah masuk 30 Oktober 2012 (14 Zulhijjah). Bebaru umat Islam seluruh dunia meraikan Raya Aidiladha. Raya Korban. Best mendengar cerita kengkawan. Meski ramai yang mengatakan Raya Haji ni tidak begitu hapening macam Aidilfitri, namun keseronokan dia masih ada. Kengkawan sibuk bercuti especially mereka yang tak cuti tyme Raya Aidilfitri yang lepas. Aku?? Duk umah saja dan tidak kemana-mana..

ESOK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hujan saja hari ini.. Apa pun tak bley.. Sedih gak lah sebab shooting kene tangguh.. So, esok kene lah reshoot balik.. Mencik tol lah gini.. First tyme terkena.. Hurmm..

Terasa lama benar aku ndak menggatalkan diri menekat bebutang huruf dekat lappy aku nih.. Bukanlah aku sibuk sehingga semua pun ndak sempat. Cuma malas yang menghalang untuk aku melakukan semuanya.. Penyakit malas yang semakin membimbangkan kiranya.. Ah! Janji aku ndak nyusahkan hidup orang sudah. Yang penting skrg, aku hanya perlu fokus pada kehidupan sendiri dan memikirkan masa depan.. Ntah! Buat masa skung ni, aku masih lagi BUTA.. yeapzz.. BUTA!

RINTIHAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Susahnya mau pujuk diri sendiri.. Bermula awal 2012 sehinggalah ke hari ini.. Pujukan yang aku utus pada hati bertali arus, namun tidak kambuh jua.. Semalam, perbualan alam maya yang pada awalnya biasa-biasa sahaja berubah emosi bila aku disuntik dengan beberapa fakta dan kebenaran yang sukar untuk dirungkai.. Cuba untuk melawan arus yang semakin deras.. Namun aku kalah bila Tsunami rindu terus mengaum tanpa terbendung.. Banyak soalan, penuh kenyataan namun.. Jalan pemisah itu kelihatan semakin mendekati..

Ndak tau sampai bila keadaan ini akan berlaku.. Dan sekali lagi, tuduhan itu bertaut erat di hati bersama kesedihan yang kian parah.. Letih melalui semua ini.. Terasa bagai nak mati.. Berdosa memohon untuk mati lebih awal.. Apa lagi membunuh diri..

GELORA


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopp!!
Sangat bermalas-malasan aku ni hari.. Kenapa tidak, setelah semalam balik lewat sebab bertapa di tepi laot, bangun dalam jam 7 pagi.. As usual aku tidor di situ ruang tamu.. Uhuk~~ Di luar sudah terang benderang.. Namun ada mendung yang semakin berlabuh di pagi hari.. Memandang jam yang setia melekat pada dinding.. Tidak puas dengan itu, ku capai HP yang tidak jauh dari kepala aku.. Masa yang lebih 15 minit terpapar.. Hurmm..

Tangan aku mencapai remote tv dan menekan butang 'ON'.. Mineral water yang tersedia aku teguk perlahan.. Menarik nafas dalam-dalam.. Sesak di dada masih belum kambuh.. Sesaknya semakin menusuk.. Rokok yang masih bersisa sejak semalam aku capai dan ku sedut dalam-dalam sambil mula menggerakkan otak memikirkan hal yang aku sendiri tidak pasti.. Dan masa terus berlalu..

02-10-2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Uhuu~~
Ni hari aku ndak kerja.. Tapi nda bermaksud aku duduk umah saja.. Hari ni setenaghari dekat binaan yang menjadi kekaguman masyarakat negeri di bawah bayu ni.. Bangunan Yayasan Sabah yang juga dikenali sebagai Menara Tun Mustapha.. Mula jam 9 pagi sampailah jam 4 petang..

Kebetulan dekat sana ada Majlis Konvokesyen Pelajar Kolej Yayasan Sabah.. Agak meriah jugak lah.. Actually kali kedua aku ke sana.. First, tyme recce, dan skung ni kali kedua lax.. Minggu ni siaran dekat Kudat.. Minggu depan kot baru siaran kat situ di played kat tv.. uhuhuhu

DOUBLE P

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Uhuu~~
Penat dan Puas!! Tu yang dapat aku simpulkan setelah sibuk mengemas, membasuh dan mengelap disamping memberus.. Kemas umah. Basuh Cadar dan Gebor, Mengelap Latai dan Memberus lantai dan dinding bilik mandi... Sikit masa lagi, timbul lah muscle nih.. Hahaha.. Alhamdulillah.. semuanya aku lakukan sebagai salah satu teknik orang malas nak keluar bersenam.. Esok-esok jak lah baru jogging.. Kasut dah koyak laa.. Beli 2nd hand kat bundle.. Masuk 2 tahun dah.. Hehehe..

Hari ni bertugas konti ngan Sofea sempena dengan Hari Warga Emas yang disambut serentak di seluruh dunia hari ni.. Sibuk bergosip kami berdua.. Tapi, mata aku tak telepas dari hupdate FB yang dah lama aku nda buka.. Hanya kekadang menjenguk Page rasmi aku menerusi FB kawan.. Aku dah 'lantik' dia jadi admin sementara FB aku deactivate.. terpandang ngan update si kazen.. Dia jolok tekak selepas memakan beberapa keping biskot kering.. Dan 3 minggu tak makan nasik.. Goshh!! Tak tunggu langsung, aku capai HP dan terus whatsapp beliau.. 

MENGUSIK KENANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Aku baru ja sampai umah lepas dari amik Kak Mas dekat Airport dan antar dia ke ohpiz.. Sebab keta dia park kat ohpiz lol.. Kebetulan aku teda buat apa-apa, so aku iyakan saja permintaan dia bila dia call aku petang tadik.. Hujan renyai ku redah menuju ke Tanjung Aru dalam jam 8 malam.. Suram dan sunyi dalam keta.. Malas nak pasang bunyik radio bagai.. Tetiba aku melayan keinginan hati yang mahukan ketenangan..

Sampai saja di Tanjung Aru, aku mengambil tempat parking dan berjalan di sepanjang pantai.. Malam ni tak lah ramai sangat orang. Ada pun sibuk menyalakan tang long untuk di terbangkan.. Walaupun keadaan cuaca malam tu hujan rerintik.. Namun, aktiviti itu terus berjalan dengan meriah..