GELORA


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopp!!
Sangat bermalas-malasan aku ni hari.. Kenapa tidak, setelah semalam balik lewat sebab bertapa di tepi laot, bangun dalam jam 7 pagi.. As usual aku tidor di situ ruang tamu.. Uhuk~~ Di luar sudah terang benderang.. Namun ada mendung yang semakin berlabuh di pagi hari.. Memandang jam yang setia melekat pada dinding.. Tidak puas dengan itu, ku capai HP yang tidak jauh dari kepala aku.. Masa yang lebih 15 minit terpapar.. Hurmm..

Tangan aku mencapai remote tv dan menekan butang 'ON'.. Mineral water yang tersedia aku teguk perlahan.. Menarik nafas dalam-dalam.. Sesak di dada masih belum kambuh.. Sesaknya semakin menusuk.. Rokok yang masih bersisa sejak semalam aku capai dan ku sedut dalam-dalam sambil mula menggerakkan otak memikirkan hal yang aku sendiri tidak pasti.. Dan masa terus berlalu..


Jam sudah menunjukkan angka 10 pagi.. Aku masih juga di situ.. Kalau ikutkan hati, mau saja aku terus berada di situ.. Namun, aku teringat akan pesanan menerusi sms kawan aku.. Hari ni ada rakaman Carta seperti biasa.. Hurmm.. Dengan malas, aku melangkah mempersiapkan diri.. Dalam jam 11 aku sampai di ohpiz.. Cuba untuk menyembunyikan mood sebenar macam biasa.. Persetan dengan hal hati seketika.. berdalih seolah aku sedang gembira sama seperti yang lain.. Padahal, hati aku sedang melukis gurisan yang ntah bila akan berhenti.. Bodoh ja aku rasa.. 

Berabis aku cuba untuk memujuk hati.. Berabis juga hati membentak degil enggan berganjak.. Ntah apa yang di nanti.. Ntah apa hebatnya menunggu.. Sakit di kepala semakin berkurangan.. Ulser di perut pun sudah tidak sepedis biasa.. Harus disiplin makan ubat.. Kalaulah ada ubat yang biasa buat aku normal macam dulu balik.. Hahaha!! Mimpi kali..

Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, uncle aku ada call bebaru.. Dia suh aku duplicate kunci untuk anak buah aunty aku.. Ilul nama dia.. Tapi, aku just tau nama dia ja.. Muka dan perangai dia langsung aku ndak tau.. Ingatkan akan stay sorang selamanya since si Usin dan kengkawan dia dah ada komitment masing-masing di luar KK.. Hurmm.. Hari Isnin ni kot baru dia masuk.. Sebab esok aku akan bergerak ke Kundasang untuk Mt. Kinabalu International Climbathon 2012.. Itu lagi satu hal.. Adehh.. belum apa-apa, aku sudah merasakan keletihan yang teramat!!

Hari ini aku menerima khabar yang kurang enak di dengar.. Dan keadaan itu juga menyebabkan segala tugas aku sedikit terbantut.. Banyak habiskan masa memandang langit dari tangga sebelah ohpiz aku.. Yang kini ku panggil sebagai hot-spot aku yang baharu.. Aku cuba singkirkan 'hinaan' mereka yang menujah.. Oh!! Cabaran sungguh.. Semakin aku fikir, semakin aku rasa rindu dengan family aku.. AKu perlukan semangat diorang.. Mak Abah aku.. AKu rindu benar.. Menagis di situ sehingga sengaja meninggalkan solat Jumaat hari ini.. AKu tidak kuat bah..

Dan sekarang, aku sudah semakin ok.. Baru ja pulang dari tepi laot lagik.. Terus mandi dan update blog macam biasa.. Jap lagi mau makan tu Oat yang sudah 'kembang'. Then, kemas beg untuk ku bawa ke Kundasang esok.. Akan berada di sana semalaman sebelum pulang lewat Ahad.. Actually, aku sudah membayangkan bagaimana cemberutnya muka aku bila terpaksa tidor dalam keadaan suhu yang sejuk nanti.. Huh!! Hebat betol percaturan bos aku.. Bongek!! 

Hurmmm.. Merenung bulan.. Dan terus layan lagu itu.. Rindu & Kerna Ku Sanggup by Agnes Monica.. Meruntun hati yang kian berkocak gelora.. 

No comments: