RINTIHAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Susahnya mau pujuk diri sendiri.. Bermula awal 2012 sehinggalah ke hari ini.. Pujukan yang aku utus pada hati bertali arus, namun tidak kambuh jua.. Semalam, perbualan alam maya yang pada awalnya biasa-biasa sahaja berubah emosi bila aku disuntik dengan beberapa fakta dan kebenaran yang sukar untuk dirungkai.. Cuba untuk melawan arus yang semakin deras.. Namun aku kalah bila Tsunami rindu terus mengaum tanpa terbendung.. Banyak soalan, penuh kenyataan namun.. Jalan pemisah itu kelihatan semakin mendekati..

Ndak tau sampai bila keadaan ini akan berlaku.. Dan sekali lagi, tuduhan itu bertaut erat di hati bersama kesedihan yang kian parah.. Letih melalui semua ini.. Terasa bagai nak mati.. Berdosa memohon untuk mati lebih awal.. Apa lagi membunuh diri..


Aku sedar aku belum sempurna dan tak akan sempurna.. Dosa semalam yang semakin kuat menujah menyebabkan luka yang masih berdarah terus berdarah.. Mata ini tidak henti menyuakan air jernih yang diharap mampu membuatkan aku kuat dan tabah.. Kepala ini tidak henti memikirkan cara khusus untuk membuang segala duka yang menyerang seluruh anggota.. Aku lemah! dan aku kalah!! Aku bangun, tapi aku tidak gah macam dulu.. Parkinson menyerang tidak mengira masa dan ketika..

Bergegar seluruh tubuh menahan sebak yang terus menyalak dari dalam.. Bertahanlah selagi mampu wahai Saat.. Terfikir untuk lari dari semua ini.. Namun kemana arahnya? Di mana letak laluannya? Dan bagaimana pengakhirannya?? 

Aku budak miskin yang sering menyusahkan. Aku budak kampung yang menaruh hati pada satu perhubungan mewah yang jauh dari jangkauan tangan.. Aku cuba dan terus mencuba.. Kerana aku sayang mereka.. Ternyata sayang aku tidak cukup untuk membahagiakan.. Sayang aku mungkin tidak bernilai langsung pada mereka. Pujuk hati dengan sebuah ungkapan "Biarlah.." nyamun, nyata itu tidak membawa aku kemana-mana melainkan terus berlegar di daerah sepi yang penuh dengan duri tajam yang tidak terlihat..

Hina terasa diri bila mengetahu punca perpisahan.. Love Bite yang langsung tidak diinginkan.. Yeah! Apa lagi bahasa yang perlu di ungkapkan untuk mempertahankan diri jika di sana mereka sudah menutup segala telinga dan mata untuk memandang keikhlasan dan mendengar kejujuran.. Mata mereka telah di tutup oleh sekeping gambar yang aku post.. Menunjukkan keihlasan aku, kejujuran aku dengan tidak menyembunyikan semua itu daripada mereka.. Namun, kehinaan dan bahasa keji terus terlontar kepada aku.. Apa? Apa? 

Hukumlah aku dengan apa pun hukuman yang ada di dunia.. Doalah pada Tuhan agar aku diberi hukuman yang setimpal agar rasa hina ini terbuang jauh.. Pedulikan dan biarkan.. Jangan kisah dengan rintihan yang sedang mengalung erat tangkai jantung.. Kerana satu saat, aku akan pergi.. Dan masa itu nanti aku harap semua kamu sudah tiba di kemuncak kebahagiaan yang diimpikan selama ini..

Maaf!! Aku cuma membahasakan kesedihan hati.. Tapi TIDAK LANGSUNG memohon untuk dikasihani.. TIDAK LANGSUNG!! Pergilah jauh.. Pergilah jauh!! Pergilah.. Ambil lah dia balik.. Jangan biar dia terus menghantui insan seperti aku.. Kerana aku bukan siapa-siapa melainkan sampah yang kian berlalat dan menanti mereka yang sudi untuk mengutip dan melupuskan aku..

No comments: