PIKIR KU PANAS SAMPAI KE PETANG...

Asslamaualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Huwahuwahuwaa.. Bukan aku peramal cuaca. Bukan juga seorang peramal nimtamg. Yang tahu perubahan iklim dan cuaca serta personaliti insan. Cuma aku menggunakan ungkapan sastera Melayu yang sungguh pahit dilambangkan pada maknanya...

Hubungan yang sekejap cuma sudah menampakkan sinar yang cukup membahagiakan. Panasnya tidak terlalu terik. Anginnya tidak terlalu kencang. Suhunya agak menyenagkan. Sentiasa aku memasang cita-cita untuk menjaga hubungan ini agar lebih mesra dan selesa. Tapi tidak ku sangka, gurauan yang selama ini aku lampiaskan ketika kita semua bersama telah mengakibatkan aku sendiri terluka. Mau buat apa lagi?? Sabar aja laaa..

Setiap malam, aku terfikir, mengapa ko bisa merubah perwatakan mu dari seorang yang gembira.. tiba-tiba mengencang. Tiba-tiba bercerita mengenai sesuatu yang melibatkan privacy dan buku Psycologi. Apa ko punya MOTIF yang sebenar??

Sebelum ini, aku ndak pernah terfikir untuk melaluinya begini. Aku sentiasa bercita-cita untuk mencipta lebih banyak peluang untuk kita semua bersama. Agar kita semua menjadi lebih mesra. Jadi sumpama sekeluarga. Namun, aku ndak sangka.. Begini akhirnya.. Tiada lain yang bisa aku lskuksn melainkan REDHO.. My Name Is SAAT :)

RUPANYA BEGITU..

Asslamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Entry kali ini memang amat menyayat hati. Bila seseorang mempersoalkan menganai sesuatu yang kita sendiri tidak berhak ntuk mempertikaikannya. Yang pasti, aku bangga dengan diri ku sendiri. Sebab, meskipun orang itu menyatakan begini dan begitu, namun aku masih boleh terus kukuh dan kuat.. berlari segagah yang mungkin tanpa menghiraukan sebarang provokasi.. kerana aku yakin, jika aku mengendahkan segala provokasi itu, keadaan ini PASTI akan di manipulasi.. Dan lantas itu juga, akan terpapar segala kebodohan dan kehinaan aku.

Mak aku pernah cakap "Bila seseorang mengatakan kepada kau mengenai sesuatu perkara, dan kau marah, ada kemungkinan perkara itu BETUL". Aku tidak mengiyakan, tetapi aku berfikir, kalau betul aku insan seumpama yang dia fikirkan, kenapa perlu aku menjadi SAAT yang sekarang? Kalau bukan seperti yang dia cakapkan, wajarkah aku mengambil tindkaan negatif semata-mata untuk kepuasan untuk satu perkara yang sia-sia?? "Ingat, qhisas ndak di bawa mati". Terngiang ungkapan itu di telinga seketika.

Tidak! Aku ndak akan meminta sesuatu yang tidak baik semata-mata kerana perasaan marah yang membuak-buak kala ini. Perasaan malu yang teramat sangat. Berfikir juga, bagaimana aku ingin berdrama di hadapan beliau untuk seketika dalam menyelesaikan hal-hal yang berkenaan?? Bagaimana aku harus menjadi pelakon agar segala kebencian dalam hati ini tidak terluah? Besarnya dugaan ini..

Meskipun begitu, kita harus yakin, setiap yang berlaku kepada kita adalah satu proses pembelajaran. Bagaimana kita belajar untuk menjadi seorang yang matang agar lebih bersyukur. Bagaimana kita harus mencari dan menjelajah, agar kita tidak sesat. Bagaimana kita harus menilai agar kita tidak terperangkap.

Aku akan terus bersandiwara. Kerana, bagi aku, biarlah.. Biarlah ko tidak tahu, bahawasanya aku sudah pun mengetahu ko TIDAK SUKA berkawan dengan aku. Biarlah aku tahu sendiri. Selagi aku mampu, akan aku jaga "persahabatan" ini.. My Name Is SAAT :(

HARI INI...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Aku lah kan, sudah agak biasa melakukan aktiviti melepak di tengah malam.. Bersama kawan-kawan yang di sayangi. Namun, malam ini endak.. Disebabkan banyak kerja yang mau di buat. Sambil-sambil tu updating Blog lol..

Hari ini (25 Nov) ada beberapa perkara yang berlaku. Kawan aku, si Azizan Abd. Rahman menghadiri temuduga perjawatan SPA. APapun, semoga berjaya ku ucapakan kepada beliau.. Boleh la tumpang menumpang kejayaan kan.. Hehehe.. Amin~~. Hari ini jugak, aku membawa kakak kepada kawan aku pegi Hospital. Membuka jahitan setelah melahirkan seorang bayi comel. Hari ini juga aku merasakan sesuatu perasaan yang aneh, bila aku mendukung bayi kecil yang belumpun mencapai usia 1 bulan, perasaan ingin menjadi bapak tiba-tiba melonjak. Hari ini juga, aku dan si BUDAK BETIS BESAR keluar makan diam-diam. Memang puas hati la..

Hari ini jugak, aku kerja sampai jam 7 malam. Hari ini, aku menyaksikan wang di dalam akaun semakin sikit. Sebab ada tragedi malang menipa Raya Korba ke-2 hari itu. Tapi, ndak pa.. Sebab aku percaya, "Kalau kita memberi, Insya-Allah, Allah pasti membalas LEBIH" Itu kata Abg Zhafrin yang sampai hari ini aku akui kebenarannya. Hari ini jugak, aku pigi ke Highway, menyelidiki diri 'Bahagian ke-2' untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu yang bisa di perbaiki. Hari ini jugak, Aku dan si BUDAK BESAR BETIS memulaukan seketika si KAWAN yang BETISNYA KECIK. Kikikikiki

Hari ini, Aku menjadi kontraktor BUGIS yang berjaya di opis apabila menyiapkan rumah mainan si Aziyan. Kekekeke... Hari ini jugak, aku menolak pelawaan Kak Zee dan Kak Lang untuk pigi ke Chocolate Heaven sebab aku kenyang. Kalau aku lapar?? Hahaha.. Hari ini, aku mengesan sesuatu kesalahan yang aku buat. Tapi aku ndak tau apa. Hari ini jugak, aku ploksot itu KUIZ dan kasi kawanku menang. Hari ini aku menerima panggilan dari seorang pelanggan yang mau aku jadi Emcee hari perkahwinan dorang. Hari ini jugak aku JATUH CINTA dengan SPAGETHI. Dan HARI INI aku sudah melakukan semua yang aku SUKA.. Tapi, aku merasakan sesuatu yang aku NDAK SUKA!! APA?? Hari ini aku belum jumpa beloved Pwendz Ku.. :)

Hari ini, aku lalui dengan senyuman.. Tapi sedikit pahit. Aku takut itu perkara datang balik. Mungkin tidak hari ini.. Tapi, siapa tahu, BESOK, LUSA atau TULAT?? Yang pasti HARI INI, pasti akan menjadi KELMARIN, TEMPOH HARI, MINGGU LALU, BULAN LALU, TAHUN LALU.. dan semua itu SEJARAH yang paling bernilai di masa hadapan. Sebab, ianya tidak dimiliki oleh orang lain. Hanya KAU sak yang ada. Kenapa?? Sebab OTAK manusia tiada USB untuk mentrasfer data.. Hahaha.. My Name Is SAAT :)

AKU DAN TUALA WANITA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm.. Sudah lama aku mau buat ini cerita sebagai satu entry dalam blog ku ini, Namun, kesibukan sering menghalang untuk aku melakukannya. Tapi tidak hari ini..

Hari itu, aku menerima panggilan telefon daripada makcik aku.. Mengatakan dia memerlukan aku untuk membelikannya tuala wanita. Aku mula2 agak malu.. Namun, setelah memikirkan hal keselesaan makcik aku, tanpa berfikir panjang, aku pigi sak la. Lagi pun, sebelum ini aku pernah membeli benda yang sama untuk budak kecik aku.. Hehehe..

Setibanya di kedai, aku membeli barang itu. Seperti yang diarahkan, aku mencari tuala wanita yang extra long, bersayap, dan sesuai untuk kegunaan malam. Untuk memastikannya, aku bertelefon dengan makcik aku. Dia mengiyakan semua usul ku. Lantas, aku menuju ke kaunter untuk membayar. Ada seorang pekerja lelaki dan seorang lagi perempuan. Perwatakan lelaki itu agak relax bila melihat aku meletakkan pad with wings itu di atas kaunter. Tapi tidak si perempuan. Aku mula merasakan sesuatu. Tapi buat-buat cool saja. Kelihatan si perempuan tersegih-sengih.. Aku ndak tau apa maksudnya. Tapi yang pasti, perasaan yang muncul sebentar tadi terus menebal. Sejurus selesai membayar, aku terus keluar tapi, sempat juga aku melirik ke wajah petugas kaunter perempuan itu. Dia senyum.. Namun aku paham betul dengan maksud senyuman itu..

Aku begegas ke kereta. Ndak jauh pun aku parking. Dekat saja, cuma mungkin kerana beg plastik yang diberikan berwarna cerah sehingga membenarkan orang lain melihat dengan jelas benda yang aku beli. Hahaha.. Dalam kereta, aku meluahkan rasa MALU pada diri ku sendiri. Aduhai.. Ini sebenarnya bukan pengalaman pertama, namun, aku tidak pernah merasa malu yang teramat sangat seperti itu.

Namun persoalannya, kenapa perempuan itu senyum-senyum seolah mengejek kearahku ketika aku membeli tuala wanita itu?? Mungkin ada yang tahui jawapannya. Dan aku mengkhabarkan perkara ini kepada seorang rakan ku. Dan katanya, "Begitu juga perasaan seorang wanita apabila di suruh membeli sekotak Rokok"

Yang pernah lalui pengalaman ini, paham la tu. Yang ndak pernah, orang kata.. Ndak Salah Mencuba.. Hahaha.. My Name Is SAAT :P

AKU BUAT SALAH??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhayy.. Lama ndak menulis. Dan kalau menulis, mesti aku akan post 1 atau lebih cerita untuk perkongsian bersama. Dan, macam biasa, tiada yang lain aku mau kongsi melainkan sesuatu mengenai AKU dan AKU jugak..

Sejak malam itu, aku merasakan sesuatu perasaan yang aku sendiri jarang merasainya.. Ia akan datang bila aku melakukan sesuatu kesalahan. Tapi aku ndak tau apa.. Mungkin sebab aku ni telampau banyak mulut, telampau sensitip atau mungkin telampau bebas melepaskan sesuatu, menyebabkan adayang terasa dengan tingkah yang aku lakukan. Sedangkan pada asalnya aku berniat bergurau, tetapi di salah ertikan sebagai satu perlakuan yang melampaui batasan. Huhayy.. Bunyiknya macam serius kan geng?? Iya bha.. Memang seriuss.. Tapi, sampai ini hari, aku masih ndak tau APA kesalahan yang aku buat itu.

Hilang punca seketika aku untuk menyiasat apakah kesalahan yang telah ku lakukan. Meskipun begitu, selaku insan yang sedar akan kesalahan yang dia lakukan, dengan penuh rendah diri, aku minta maaf kepada SESIAPA SAHAJA yang pernah terluka dengan insan ini. Insan yang memang tidak sempurna dan belajar untuk menjadi sempurna.. Sehinggakan tidak sedar, dalam penjelajahan mencari kesempurnaan, insan ini telah melukai banyak hati orang disekitarnya.. Sedih bha bila menganagkan hal ini. Sebelum ini aku ada post sesuatu berkenaan dengan perasaan seumpama ini. Ingatkan ia ndakkan datang lagik.. Rupanya.. Hahaha..

Apabila aku menyedari yang aku buat salah, aku boleh tangkap daripada beberapa tanda. Namun, aku sering berdoa, semoga semua sangkaan aku adalah salah.. Betul-betul salah.. Namun, sehingga kini, aku masih belum menemui dimanakah salahnya itu.. Aku redha saja.. Tapi seriusly, aku ndak mau ia berlaku.. Tapi, dek kerana sifatku sendiri, aku telah tidak sengaja menjemput perasaan ini untuk datang menakluki.. Aduii.. Sedih bha..

Aku ni jenis yang manja. Betul. Aku jenis yang manja, namun, aku boleh berdiri meskipun tiada sesiapa di sisi. Namun, keberdirianku itu sememangnya tidak seimbang dan masih memerlukan insan untuk membantu aku.. Kerana aku percaya, mata kita sendiri juga terkadang menipu dengan kita. Oleh itu, kita mesti memikirkan untuk percaya pada mata insan yang lain. Sebab itu, kita perlu menghargaiu sesiapa sahaja di sekeliling kita. Dan iya.. IYA.. Aku masih perlu banyak belajar. Masih perlu banyak meneliti dan menilai.. Kerana aku masih mentah dalam hal ini. Kesalahan yang dibuat secara tidak sedar sehingga mengguris hati sang dicinta menyebabkan mereka tidak selesa untuk melakukan perkara seumpamanya yang pernah dilalui bersama. Sekali lagi, jika aku pernah melakukan salah kepada kamu wahai pembaca.. Tiada apa melainkan MAAF. Tiada apa melainkan MAAF. Mungkin tidak mudah untuk di terima. Namun, aku hanya mampu meminta MAAF.. Aku tiada apa-apa melainkan Ungkapan MAAF.. My Name Is SAAT :(

THE PRICE OF YOU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Today, Im was introduced by someone to his Asignment Editor blog's. And this what i found..

"A father wanted to teach his teenage children a lesson about self value. He started by holding up a RM50 note. "Who would like to have this RM50?" he asked. Hands started going up.
He said, "I am going to give it to one of you but first, let me do this." He proceeded to crumple the RM50 note up. He then asked, "Who still wants it?" Still the hands were up in the air. "Well", he replied, "What if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. "Now who still wants it?" Still the hands went into the air. "Guys, we have all learned a very valuable lesson", he said, "No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth RM50.

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are still priceless.... and especially to those who love you..." My Name Is SAAT :)

HABIS DUIT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhayy.. Bila aku terpikir untuk buat tajuk ini, aku rasa sedikit lucu.. Sebab Duit memang kita cari untuk kita habiskan pun. Tapi, aku rasa sedih sebab duit yang baru 'bermalam' untuk beberapa hari di Bank terpaksa aku keluarkan untuk ku guna demi membaiki sesuatu yang telah dirosakkan oleh sang pemabuk, i guess.

Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Nilainya, RM 500. Dan hari ini, aku kasi up lagi RM 100 untuk memastikan aku kurang merasai haba dari depan ketika bersama si comel. Ahaaaa.. Aku berdoa, semoga aku makin murah rezeki dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.. Amin.. Maklum lah, doa orang di aniaya tu kan manjurr.. My Name Is SAAT :)

BILA SUSAH HENDAK SENYUM

Assalamualaukim dan Salam 1 Malaysia..

Hari-hari aku lalui dengan penuh tabah.. Susah sebenarnya bila kita memiliki sesuatu untuk di jaga. Di kenak lagi dengan aku yang lalai dan sentiasa alpa dengan apa yang aku ada. Bila semuanya sudah jadi, baru lah masa itu aku mula menghargai dan menyesal..

Dua kejadian yang cukup besar berlaku pada aku dalam tempoh 1 minggu. Pantas sungguh masa berlalu. Hari ini, genap 1 minggu aku kehilangan sesuatu benda yang aku sayang. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya bukan apa-apa.. Ianya mungkin sekadar benda yang bernilai rendah. Meskipun begitu, ada unsur sentimental yang susah untuk di nilai dengan wang ringgit pada benda itu. Antara barang yang aku beli dengan gaji terawal ku. Antara benda yang aku sayang.. Dan antara benda yang sentiasa bersama aku meski aku berada di mana pun. Melainkan tandas.. Hahaha..

Kalau aku tidur, dia ada di sampingku. Mengejutkan aku bila masa yang aku mau. Tapi sayangnya, semuanya sudah terlambat untuk aku sesali. Satu pengajaran yang hebat untuk aku alami.

Semalam, aku bermimi aku bersama dengan dia. Aku tersenyum bila aku dikejutkan dengan suara benda yang aku baru dapat menggantikan benda yang aku mimpi itu. Uhuhuhuhu.. Meskipun lebih berteknologi, namun, aku sayang benda yang lama tuh :(

Aku mau kasi hadiah sama mamak ku ba tuh benda. Namun, di curi pulak masa aku sibuk mengubah suai pejabat kami tuh. Sandi betul kejadian. Apapun, aku cuba untuk senyum.. Kerana.. My Name Is SAAT :)

BEN ASHAARI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Uwaaa... nama lelaki.. Siapakah itu?? Siapakah punya kekasih itu?? Uhuhu.. Aku pun ndak kenal.. Buat pertama kalinya aku memasukkan nama seseorang ke dalam Blog aku ini. Aku kenal beliau dari kawan aku..

ndak banyak aku tau pasal dia neh.. Cuma yang aku boleh simpulkan, dia seorang yang blogholic dan menjadikan kehidupan sehariannya banyak diluahkan menerusi blog peribadinya. Aku tertarik untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.. Sebab mukanya macam NORMAN HAKIM.. iya meh?? Ada laa sikit-sikit..

Kawan aku, namanya Pida .. Dia yang kasi kenal aku sama ini orang. Sebelum ni ada juak aku teropong-teropong beliau di facebook. Tapi sekadar lawatan biasa. Tapi ndak tau pulak kenapa tiba-tiba terasa macam mau add pulak. Tapi kita tunggu lah ya.. Aku memang suka bikin suspen.. Ahahahaha

Yang pasti, aku masih baru dalam bloging ni.. Dan aku perlukan banyak tunjuk ajar dan aku harap DIA mampu memberikan sedikit tips supaya aku boleh melambung jumlah kawan si Pida yang sudah mencecah 30 orang.. Kakakaka :)

Kepada si ABG Ben, sory lah, kalau entry ini menganggu gugat ketenteraman jiwamu.. Ndak jugak aku berniat untuk mengurat mu.. Saja jak.. Mau mengasi tau.. Bahawa aku sudah menjadi salah seorang FOLLOWers Mu yang ke 4111.. glad to know u bro.. My Name Is SAAt :)

KOI-MIL-GAYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Olaaa.. Huhayy.. Beberapa hari yang cukup mencabar aku lalui semuanya dengan senyuman. Meskipun ada sikit-sikit bikin jellek muka.. Kakakaka.. Bermula dengan keadaan ku di opis yang memang mengasi panas.

Sekarang ni, selain rumah, Opis adalah tempat yang paling Outstanding bagi aku. Boleh bersama kawan-kawan. Beketawak.. Beprojek.. banyak misi dilancar bermula di opis. Ada kalanya jugak mengasi baccat. Sebelum ni ada beberapa isu yang juga aku kasi masuk dalam opis ni. Satu orang di opisku tu pun pernah rasa benci kalau mau datang p opis. Sebab?? Ada musuh.. Aku?? Memang teda musuh. Sebab aku sudah temui caranya. Malas mau menghabut perkara-perkara ndak penting. Setakat ingin tahu saja dan cukup bagi aku. Tapi, kalau mau terjun dalam itu masalah, bermakna aku memang mencari masalah..

Kemarin, aku datang pigi opis dengan rasa yang sunggu gumbira. Macam biasa, dengan tekad dan semangat untuk berkongsikan sesuatu yang berguna kepada pendengar, aku datang ke opis dengan persediaan yang hebat! Namun, setibanya di opis, aku di hujani dengan kata-kata sindiran yang pedih. Aku rasa apa yang aku buat bukanlah satu kesalahan. Cuma mungkin kerana aku tidak mengikuti 'undang-undang' dengan cara yang sepatutnya. Kalau di dengar, memang satu kesaahan. Tapi, kalau di lalui, memang BUKAN satu kesalahan pun. Sebab aku masih melakukan perkara yang sama, cuba aku ingin mencipta kelainan. Dan, kelainan yang aku BUAT menyebabkan aku di hujani dengan kata-kata yang mengasi down. Kononnya aku mau menjadi yang lain daripada yang lain. Adusss.. Adakah??

Ndak salah pun kalau aku bercita-cita seperti itu. Sebab memang itu adalah misi kita. Dalam menyampaikan sesuatu kepada pendengar, kaedah yang dgunakan hendaklah kreatif dan TIDAK MEMBOSANKAN agar maklumat MUDAH diterima dan DIFAHAMI oleh pendengar. JANJI tidak bercanggah dengan DASAR dan PERLEMBAGAAN Negara. Aku pegang itu.

Tapi, aku sedar aku tidak layak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, kerana aku jug perlu untuk menjaga periuk nasi aku. Sikit ja aku di TIUP, maka tumbanglah aku. Dek keran kedudukan sekarang yang tidak begitu menjamin. Yang pasti, ku akan terus menanti dengan penuh debaran keputusan temuduga SPA. Huwahuwahuwa..

Masa bertuga.. Memang terasa kelainannya. Aku sukar untuk menyatakan kegembiraan dan keceriaan ku menerusi nada suara. Semua yang keluar adalah kesedihan dan kehampaan. Malas.. Sampai aku terasa mood untuk berkerja pasa masa itu serta merta HILANG.. Meskipun ini adalah satu pekerjaan yang paling aku MINAT. INI CITA-CITA KU!!!.. Seolah aku ndak menghargainya pulak kan??

Emm.. Yang pasti, semuanya akhirnya HILANG apabila aku mengambil peluang untuk bersukan semalam. Hari isnin adalah HARI BADIMNTON ku yang sentiasa aku nantikan. Sejurus selepas bermain dengan penuh aksi, aku diajak pula oleh kawan-kawan untuk memeriahkan aktiviti berkaraoke. MTV menjadi VENUE yang sungguh hangat pada malam itu. Bermula jam 9 lebih sampai jam 12 lebih.. Memang HEBAT!!.. thankz kepada penaja kami Abg Zhaf.. Ihihihihi..

Lagu AKU DIA DAN LAGU serta KOI MIL GAYA sekali lagi mencetus pelbagai INSPIRASI TARIAN daripada kami.. G-JAN, RIEN, MAI dan JURU KAMERA ABG ZHAF.. Hahaha.. Sakit pinggang.. dan pembakaran Lemak sangat lancar!!

Sejurus selepas bernyanyi, perut mula melolong.. LAPAR.. Ahaha.. Thankz kepada SPONSOR, Abg Zhaf.. Nasi LALAP menjadi menu utama di meja kami. Alhamdulillah, semuanya selesai lebih kurang jam 2 pagi. Balik rumah, Mandi, Irob baju, Bilas Jaket dan TITUN..

Yang pasti, kita hendaklah menghargai sesiapa sahaja yanga da di sekitar kita. Ini adalah sebahagian kisah yang pelu aku lalui. Dan aku bersyukur, kerana, ada lagi orang lain yang mungkin menghdapi masalah yang lebih buruk daripada ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sering bersama aku. Dan MESTI berhati-hati dengan orang yang suka mengambil kesempatan dan orang yang suka TIKAM BELAKANG.. kerana mereka mungkin muncul dalam golongan yang kita percayai.. My Name Is SAT :)

KU BERJANJI KERANA CINTA



"ANUAR ZAIN"

Kumenunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
'Tuk bersama selamanya
Kita berdua

Kau slalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

reff:

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Kurasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

bridge:
Meraihmu...menggapaimu

(Kuberjanji karna cintaku)
Karna cinta
(Kuberharap karna kasihmu)
Karna kasih
Kuberjanji karna cintaku
Kuberharap karna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti

Pernah berpisah

Lagu/Lirik : Nico Ajie Bandy
Vokal : Anuar Zain

KEDAI MAKAN "RAHSIA"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Baru ja aku menjejakkan kaki di rumah ni setelah lebih kurang 1 jam melepak di kedai Rahsia.. Memang Misteri itu kedai.. Dan, oleh kerana keMisteriannya itu, aku dah pigi dua kali termasuk hari ini.. Pigi dengan kawan-kawan jugak la.. Sebelum ni pigi ngan si Fifi, Nuzul dan si Kiki.. Kali ini aku pigi dengan si Pida dan si Aziyan.. Misteri oo itu kedai..

Macam tyme sebelumnya, aku order benda yang sama. Minuman pebret ku ada jugak la.. Iced Lemon Tea... Tapi, agak2 la kalau aku pigi di kedai misteri itu semata-mata mau minum tu Iced Lemon Tea kan?? Banyak lagi di kedai lain.. Aku minum lah sesuatu yang sukar di dapati di kedai lain. Ada di kedai Misteri itu sak. Ndak sangka, minuman itu memang ENAK! Pahitnya ngam dan tetap juak pahit walau aku menambahkan gula di dalamnya. Hehehe.. Ada krim2 lagi di atasnya. Syok la.. Harganya ndak jugak la mahal.. Berapa?? Owh.. Secret.. Hehehe

Di samping minuman itu, aku dan kawan-kawan yang lain juga makan sepotong kek setiap seorang. Ada Blueberry, Marbel dan NY Cheese. Bekongsi dan saling merasa antara satu dengan yang lain. Enak sungguh.. Harganya?? Secret.. Hehehe

Kawan-kawan aku yang dua orang tu mengOder lagi Pasta dan Nasi Goreng. Presentation memang mantop. Rasanya pun agak-agak ok lah. Ada pokok misteri sebagai hiasan dan bola-bola besar umpama "Golf" lima bijik. Lembut, Padat dan penuh dengan rasa.. Namanya?? Owhh.. sekali lagi.. Secret..

Sambil menanti ketibaan abang si Aziyan, kami makan-makan sambil mengambik gambar.. Gembira jugak la.. Meskipun kali ke-2 aku pigi di kedai Rahsia ini. Hehehe.. Dorang si Aziyan dan si Pida, aku tengok teruja.. Sebab ini kali pertama dorang pigi ni kedai, meskipun hampir 5 Bulan sudah beroperasi di Tawau ni.. Lokasinya?? Ada tuh RUMAH yang di ubahsuai menjadi RESTORAN.. di sebelah Sabah Chicken Rice. Dekat ngan Kampus UiTM Cawangan Tawau. Warna merah bangunan tu.. Decorationnya memang cantik dan sukar bersaing dengan kedai-kedai lain. Sebab yang datang sana semua inginkan sesuatu yang Rahisa. Hehehe..

Beberapa minit kemudian, abg si Aziyan dan bakal isterinya datang. Mau lagi membawak kami pi makan di Perdana Club. Di belanja.. Tapi, aku rasa kenyang sudah. Jadi aku menolak.. Sebab aku teringat nasik di rumah yang masih banyak. Sayang kalau basi lagik. Lagipula, malam ni aku akan keluar lepak, seperti biasa dengan kawan-kawan ku yang di sayangi sampai jam 1 ke jam 2 pagi.

Tyme mo bayar, kami bertiga bebaris di Kaunter. Masing-masing suspen dengan jumlah bayaran makanan kami. Hehehe.. Kedai rahsia pulak ni. Mana tau jumlahnya pun rahsia kan?? Owhh.. Tidak.. 3 Orang makan. Jumlah terkumpul, lebih RM 90. Lebih kurang RM 30 setiap seorang. Nasib ndak bejuling mataku menengok. Hahaha.. dan NASIB bukan aku yang belanja. Kami membelanja diri sendiri.. Secret memang secret..

Jadi kalau ada masa.. Datanglah melawat ke kedai Rahsia itu. Secret Recepie.. Pastikan bawak banyak duit. DAN, kalau kamu mau di belanja.. Bawaklah orang yang ingin membelanja kamu ke kedai ini. Kompom, lepas ni dorang ndak akan berniat mau belanja korang MELAINKAN, orang tu sayang dengan kamu. ATAU orang itu MEMANG ANAK ORANG KAYA.. hehehe.. My Name Is SAAT :)

ULANG TAHUN KE-2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Cepat betul masa berlalu kan? Sedar ndak sedar, aku sudah dua tahun menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di Radio Malaysia Tawau Fm. Sesuatu yang mengujakan aku untuk terus berada dalam laluan cita-citaku ini. AKu ndak pernah bosan melakukannya. Semua ini aku percaya aku lakukan kerana aku minat.

Mulanya muncul apabila aku terlalu suka mendengar radio. Bapak aku membawakan sebuah radio yang buruk pulang ke rumah. Rosak.. Dia baiki. Dan kaset yang pertama adalah daripada kumpulan Exist (Masih lagi Mamat vokalisnya tyme tuh) Nora dan juga Kumpulan UK's album pertama dorang. Samapi Kalau aku mau tidur, aku pastikan aku akan tidur di depan radio atau speaker radio itu. Dan aku akan pastikan aku meletakkan bunyi pada jumlah yang paling minimum. Pasal mamakku selalu merungut, ndak boleh tidur.. Hehehe..

Cita-cita itu semakin terserlah apabila aku menyedari yang aku suka mendengar Muzik.Fm. Masa tu masih lagi bersiaran dalam dwi-bahasa, English-Malay. Dan, aku selalu mengulangi percakapan Dj-nya. Ingat lagi masa tu ada Mohd Shah Musa, Shanaz, Masnah Abdul, dan ada beberapa lagi yang aku ndak ingat nama durang. Smapi terbawa-bawa.. Kalau aku berjalan bersendirian, kompomnya becakap sendirik. Ndak sangka, keadaan itu telah merealisasikan impian aku pada hari ini.

Aku mula menjejakkan kaki di RTM Tawau sebagai pelatih praktikal bermula April 2008. Banyak yang aku belajar. Thankz a Lot kepada Abg Sugiman. Dia banyak ajar aku. Dan, sehinggalah aku di terima untuk bertugas sebagai pegawai Piecemil bermula 1 November 2008, menggantikan kak Niswani Ahwang yang dinaikkan pangkat dari AB ke B 41 di Angkasapuri KL. Alhamdulillah.. Aku tidak sia-siakan peluang ini. Terus ku grab dan kembangkan cita-cita ku itu. Yang pasti, pelabagi dugaan dan cabaran yang aku lalui. ALhamdulillah, semuanya berbaloi kerana aku mampu tersenyum melihat diriku setelah 2tahun berada di RTM ini.

Banyak perkara yang menyeronokkan aku lalui. Ndak jugak aku bilang semua baik kan. Ada jugak yang ndak baiknya. Tapi, malas lah mau cerita yang ndak baik nih.. Bialng si Imran Ajmain "Sayang.. Yang sudah tu sudah.. " kan? kan? kan?

Kehidupan sebagai Dj memang mencabar. Semuanya mesti di jaga. Kalau ikutkan hati, aku mau hidup dalam keadaan yang simple. Ndak suka telampau begayak.. Maklumlah, aku ni pemalu sebenarnya.. Kakaka.. Iya kan jak bha.. Tapi memang pun.. Aku memang pemalu. Tapi, kalau dah lama kenal, otomatik aku akan jadi antara orang yang PALING sabul dan TIDAK TAU MALU.. Hahahha.. Apapun, aku bersyukur sangat. Kehidupan aku begitu baik sekali. Mudah-mudahan akan berterusan sehingga ke akhir hayat ku.

Pada ketika ini, aku masih lagi menanti keputusan untuk temuduga bagi menganggotai sektor awam. Mudah-mudahan lulus lah.. Walau bagaimanapun, aku redho dengan apa jua keputusan yang datang.. Pasrah..

Sebagai akhirnya, Terima kasih yang teramat sangat kepada semua warga RTM Tawau yang banyak memberi dorongan, nasihat dan pertolongan serta tunjuk ajar kepada aku. Pengurus Penyiaran Tawau Fm, Ketua Bahagian Rancangan, dan semua rakan juruhebah dan juruteknik serta pembantu rendah am.. Sekecil-kecil bantuan anda sebenarnya telah meletakkan aku ke ke satu kedudukan yang tidak pernah aku bayangkan satu masa dulu. Di harap agar sokongan, dorongan, tunjuk ajar dan nasihat akan berterusan daripada kamu semua agar aku bisa untuk terus berada di arena yang aku cintai ini..

Kepada semua pendengar.. Teruskanlah menyokong Radio Malaysia Tawau Fm.. Stesen Pilihan Anda.. Dan semoga dengan sokongan anda itu, kami mampu untuk memberikan sesuatu yang lebih baik kepada anda, demi pembangunan Bangsa, Agama dan Negara. My Name Is SAAT :)

SHAN SHUI DAN AYAM PUNYA SAYAP

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huii.. Hari ini sungguh letih.. Sangat letih.. Capek banget.. Tapi yang pasti hebat.. Ndak sangka, meskipun cuaca agak tidak mengizinkan, namun kami mampu mencapai objektif perlaksanaan program untuk bersuka ramai di Shan Shui punya kolam mandi. Huhay.. Hebatt..

Perancangan bermula apabila kawanku si G-Jan mencadangkan untuk berenang. Aku memang teringin. AGak teruja jugak mendengar cadangan beliau. Mau pi mandi laut. Tapi, di tawau ni di mana agaknya lautnya yang bersih?? Macam tiada kan?? Beberapa lokasi dicadangkan untuk dijadikan tapak projek. Tapi, dua jak yang menjadi pilihan tama iaitu Table dan Shan Shui. Tapi akhirnya, meja bulat Singgah Selalu memutuskan untuk kami berBBQ di Shan Shui.

Hampir jam 4 petang, bermulalah perjalanan kami ke sana. Meskipun sudah menetapkan untuk bergerak seawal jam 3 petang, namun, akibat janji melayu, lambat sikit la.. Lagipula, aku yang mengatur sayap ayam. Macam susah la mencari sayap ayam di bandar ni tadik. Efek Deepavali kali kan?? Huwahuwahuwaa..

Suasana mendung tidak menghalang kami untuk sampai ke lokasi. Setelah pendaftaran selesai, (Abg Zhafrin belanja)kami bergerak ke pondok pilihan. Sampai2 ja terus mencari tempat pemanggang. Sekalinya mau lagik di sewa rm 15. Ndak masuk akal bayaran tuh.. Bagi aku lah.. Mahal.. Sekali Abg Zhaf cakap pasal "Otak Bisnis" baru aku redho.. Yang pasti untuk menghidupkan arang pada peringkat awal memanglah susah. Hampi 1 jam jugak kami berusaha. Akhirnya, semuanya selesai..

Sayap yang aku perap dan kukus seketika akhirnya boleh di panggang. Sementara Abg Zhaf memanggang, aku, si Mai dan si G-Jan meloncat-loncat lah di kolam. Hebat eh.. Tapi biasalah kolam, klorin banyak.. Rasa air masin-masin kelat.. Lepas tu macam ramai pulak Cinsek. Habutt.. Mandi sak la.. Janji, gian lepas.. Ahahaha..

Penat mandi, naik la pi menikmati sayap panggang. Sedikit kecewa, sebab aku letak garam telampau sikit. Sampai ndak terasa garamnya tuh. Besalah, last minit punya perancangan. Kelam kabut sikit. Hehehe.. Amik positif jak la.. UNTUK KESIHATAN, KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM :)

Dalam jam 6 begitu, suasana semakin lengang. Ndak banyak sudah orang. Bepulangan sudah dorang. Ndak lama begitu, ada pulak group baru datang dan duduk di sebelah meja kami. Bagus juak dorang ni. Mesraa.. Bikin lawak sak kerja dorang tuh.. Hahaha.. Kalau di ingat-ingat, bisa ketawa aku sendiri.. Khususnya tyme si kawan meneman si kawan menggunakan toilet khas lelaki. "Tiek, ko jagakan orang ya.." "Iya bah.." "Tiek, jagakan orang ya" "Tiek" "Tiek" "Iya ba binatang. Kenapa jugak ko beteriak situ" Hahaha.. Tapi sebenarnya ganas lagi gurauan dorang tuh.. Ndak boleh di tulis sini.. akakaka

Hampir jam 8 si Rien pulak baru sampai. Jadi mandi berempat la kami. Abg Zhaf memang ndak mandi, teda bawak baju. Yang pasti hari ini memang best sangat-sangat. Mandi, Makan, Ketawak, dan Mandi lagi.. Sempat jugak menyaksikan "Tarian Money Boy" oleh si G-Jan. Akakaka.. Kamu rasa aku tergoda ka?? No no no.. Rahsia.. Tettt.. Hahaha.. Ndak la bha.. agak-agak jugak mau mengaku di sini.. kakaka..

Ada ketikanya memang perlu untuk kita melakukan aktiviti sebegini. Salah satu untuk mengurangkan stress dan mengintimkan hubungan dengan kawan-kawan. Tapi memang best lah bha. Aku baru jugak kenal sama durang ni. Semuanya dari Abg Zhaf jugak. Sebab dia, aku rasa macam makin ramai jugak kawan ku ni. Kalau ku ingat dulu-dulu, pigi kerja, balik kerja, tengok tb, tidur.. macam itu sak jadual ku.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan, durang ndak bosan bekawan sama aku..

Ayam lebih 3 Kg, Keropok lebih 3 pek, Minuman 3 Botol dan 1 Kotak, masih lagi bersisa. Bawak pulang laa.. Melainkan ayam, kami kasi singgah di rumah abg si Mai. Aku cadangkan, ambil lah masa untuk melakukan aktiviti seumpama ini. Hebat.. Kamu nampak semua peragai sebenar kawan kamu. Sebab semuanya di lakukan secara tidak sedar.. Hehehe.. Apapun, hari yang cukup hebat untuk meraikan ulang tahun ke-2 aku di RTM. Aku sayang kawan-kawan ku.. My Name Is SAAT :)

G.E.L.A.N.G

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Mesti ramai yang terasa pelik.. Kenapa bha tajuk post ku begitu kan?? Emm.. Aku cuma mau kasi tau kamu.. Aku ada gelang.. Hehehe.. Ada cerita di sebaliknya.. :)

Ketika aku dan kawan-kawanku sibuk melakukan aksi bersama pendengar, tiba-tiba si Amin panggil aku.. Bilangnya "Saat, umumkan dulu, ada kami jumpa gelang ni.." aku membalas.. "Ok".. Jadi aku umumkan lah.. Tapi, semua orang buat donnow jak.. Macam teda satu orang pun yang hilang gelang.. jadi aku pun dengan penuh segan silu.. memakai lah gelang itu.. Ada ukiran Ayam lagik dua ekor.. Akakakaa..

Sambil aku beraksi, aku tidak lupa mengumumkan pasal gelang tu.. Iya lah.. mau di kasi balik pulak sama orangnya.. Tapi, macam jugak aku rasa selesa bila gelang itu aku pakai. Dan mungkin sebab itu jugak, aku semakin lincah beraksi sehingga aku rasa macam aku terover kompiden pulak.. ahakzz..

Setelah hampir kepada jam 3 petang, untuk yang terakhir kalinya aku buat pengumuman.. Pengumumannya lebih kurang berbunyi begini "Perhatian kepada semua pengunjung-pengunjung Karnival Jalur Lebar Sains & Teknologi P.188 Silam, sesiapa yang ada hilang gelang, datang lah sama si saat.. Ada ni di tangannya.. Tapi kalau kamu malu mau mintak, Ikhlaskan lah untuk ku pakai pulang ke Tawau" dengan nada gurauan berbaur serius dalam hati.. akakaka..

Dan sehingga majlis selesai, aku memakai gelang ini.. Dan aku perasan aku betul-betul membawa pulang gelang itu ke Tawau bila berada dalam kereta. Dan aku merasakan kesannya sekali lagi. Dalam kereta tu aku sibuk bercakap. Sampai kawan yang naik keta sama-sama naik bengang, ndak boleh tidur oleh kepetahan mulut ku. Padahal tyme tu kalau di kira, akulah orang yang paling penat sekali. Ajaib kan gelang ni dorang?? macam memang di takdirkan untuk aku sak.. Hahaha :P

Samapi di rumah, aku kasi tau lah macik ku.. "aku ada gelang baru". Dia menengok.. dan di tanyaknya aku "Berapa harganya ni?" Aku dengan selamba berkata.. "PERCUMA.. Pasal di jumpa.." Ahaaa.. Makcikku ketawa.. Bilangnya "Si ASA ndakkan ada gelang kalau dia ndak berjumpa sama ini gelang".. Aku?? Releks laa.. Pasal memang betul pun.. Tapi kan dorang, seriously, gelang ni memang cocok sama aku.. Macam dah di takdirkan pulakk.. :P

Hari itu memang seronok. Dapat berjumpa dan bergambar mesra dengan si tinggi lampai Shawal AF. Meskipun aku ndak sefanatik kawan-kawanku yang perempuan.. Mungkin sebab aku ni lelaki.. Jadi chemistery tu ndak telampau..

Yang pasti, detik itu tidak akan di lupakan. Gelang ini akan mengingatkan aku pada semua detik di sana. Mudah-mudahan dia ndak ilang. Sebab, selain penat berceloteh.. Aku juga penat BERGAMBAR :P.. My Name Is SAAT :)

BELALAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sarang LALAT dan LABAH-LABAH kian menjalar di Blog ku ini.. Mr. Muscle.. HelP.. Iklan la pulekk... Hai kawan-kawan.. Lama ndak bersua muka kan?? Opocott.. Henpon ku BUNYIK.. tertera nama ABG Zhafrin.. Dia ajak Lepak.. Ok Olz.. Tunggu yaa.. Nanti kita SAMBUNG ini story.. ahaaaaaaa.. :) SUKA bikin SUSPEN.. :P