BILA SUSAH HENDAK SENYUM

Assalamualaukim dan Salam 1 Malaysia..

Hari-hari aku lalui dengan penuh tabah.. Susah sebenarnya bila kita memiliki sesuatu untuk di jaga. Di kenak lagi dengan aku yang lalai dan sentiasa alpa dengan apa yang aku ada. Bila semuanya sudah jadi, baru lah masa itu aku mula menghargai dan menyesal..

Dua kejadian yang cukup besar berlaku pada aku dalam tempoh 1 minggu. Pantas sungguh masa berlalu. Hari ini, genap 1 minggu aku kehilangan sesuatu benda yang aku sayang. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya bukan apa-apa.. Ianya mungkin sekadar benda yang bernilai rendah. Meskipun begitu, ada unsur sentimental yang susah untuk di nilai dengan wang ringgit pada benda itu. Antara barang yang aku beli dengan gaji terawal ku. Antara benda yang aku sayang.. Dan antara benda yang sentiasa bersama aku meski aku berada di mana pun. Melainkan tandas.. Hahaha..

Kalau aku tidur, dia ada di sampingku. Mengejutkan aku bila masa yang aku mau. Tapi sayangnya, semuanya sudah terlambat untuk aku sesali. Satu pengajaran yang hebat untuk aku alami.

Semalam, aku bermimi aku bersama dengan dia. Aku tersenyum bila aku dikejutkan dengan suara benda yang aku baru dapat menggantikan benda yang aku mimpi itu. Uhuhuhuhu.. Meskipun lebih berteknologi, namun, aku sayang benda yang lama tuh :(

Aku mau kasi hadiah sama mamak ku ba tuh benda. Namun, di curi pulak masa aku sibuk mengubah suai pejabat kami tuh. Sandi betul kejadian. Apapun, aku cuba untuk senyum.. Kerana.. My Name Is SAAT :)

No comments: