PERASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Baru ja selesai menjamah KFC sebagai makan sehari hari ini.. Langsung teda semangat mau makan nih.. Baru ja beberapa hari lepas berat aku naik 2 kg.. Rasanya akan jatuh lagi ke nombor asal.. Huikzz..

Tetiba teringat ngan kemeriahan beberapa hari lepas yang menyelubinyi rumah dan kehidupan aku.. Ngam betul ngan tajuk entry semalam tu kan.. Seketika cuma.. Huh! Sengsara aku memaksa mata untuk tidr selepas mengupdate entry.. Huhuhu.. Natijahnya, hari ni teda lain yang aku buat melainkan tidor dan layan tv.. Walau pejam celik pejam celik aku depan tv menengok cerita Hindustan tuh.. Namun, aku masih tetap tahu jalan ceritanya.. Lakonan hebat Saif Ali Khan tyme dia muda.. Skung ni dah agak tua kot.. Namun, badan masih kekar.. Hihihi

SEKETIKA CUMA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Ellopz!!
Asal mata ni tak mo tidor ah.. AKu rasa dah 5 kali 'round' aku baca tu BH edisi hari ni.. Bohsan tol.. Tak tau nak buat apa.. Novel sume dah abis baca.. TV pun sumer asyik cerita pasal Bajet 2013 saja.. Uhuhuhu..

So, aku duk kat beranda sesambil merelaxkan diri dekat ayunan yang menjadi peneman aku.. Baca mesej2 lalu sebelum di delet.. Huhuhu.. Received text dan Sent Item.. Sume aku baca balik.. Tersenyum sensorang bila memikirkan keseronokan saling berbalas mesej especially dengan kawan aku tuh..

Malam ini kira malam kedua aku merasa sedey.. Bebaru mak dan bapak aku, seorang adik dan anak buah aku datang ke KK atas urusan.. Diorang stay kat tempat aku.. Tama perumahan aku ni kira sunyi gak lah.. Macam biasa, dalam rumah ni saja aku leh dengar dengan begitu jelas bunyi keriuk-keriuk kipas yang berputar dekat siling.. Cuba bayangkan kesunyiannya tuh.. Kekadang, bunyik desiran daun ditiup angin pun aku leh dengar dengan jelas sekali even semua tingkap tertutup..

Tapi, bila dah diorang datang sini, laen lax ceritanya.. Kesnyian tu terus hilang serta merta.. Dengan perangai anak buah aku yang semakin petah berbicara.. Semua pun dia komen.. Huhuhu.. Mencik tol ngan dia.. Buat aku tak lekang dari ketawa.. Dia just diam bila dia tidor.. Of coz pada awalnya dia memalu dengan aku.. Ndak mau becakap kunun.. Pemalu.. Acececehh~~ Macam ku mau tempeleng ja.. Hahaha.. Tapi, akhirnya, dialah yang menjadi penyeri dan dialah juga yang memberi kebahagiaan..

Mak aku sibuk kemas umah.. Peti dia cuci, baju dalam bakol yang banyak pun dia cuci.. Huhuhu.. Tyme aku tidor dia buat semua tuh.. Bangun2 jer.. Semua dah ready.. Cian kat mak aku.. Ndak pun aku suh.. Namun, wanita mana yang senang berehat bila melihat banyak pekerjaan yang belum diselesaikan.. Oh! Terasa agak malu.. Kiranya, dah lama gak mak ndak cuci baju aku.. Hehehe.. ANyhow, thankz mak..

Bapak aku ngan adek aku si Ewan sibuk bercerita berdua. ENtah apa yang dibualkan tuh.. Bila aku dah bangun, terus lepak dengan diorang.. Tapi, aku mengambil tempat sambil berbaring dekat diorang.. Bahagia jer rasanya.. Banyak gak soalan bapak yang kena aku jawab. Nasib baik takder soalan cepu emas.. Hahaha.. 

SI PRAMUGARA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Cerita si Pramugara yang aku mau kongsi.. Dan kisah ini sangat membuatkan aku bingung!! Belum membuat keputusan, namun aku sudah merasai kehadiran keputusan yang bakal aku pilih..

Seorang lelaki pangkat abang datang ke pejabat kami.. Ntah bagaimana dia mendapat no telefon aku.. Aku rasa, mak hayam yang kasi. Sebab dia ni teman rapat mak hayam. Datang sini just mau menjeguk mak hayam yang sudah lama dia ndak temui.. Kebetulan, ohpiz baru kami terletak beberapa km saja dengan airport.. Dari ohpiz dah boleh tengok dengan jelas bangunan airport tuh..

INI HARI & ESOK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepzz!!
Sedang melayan Fenomena Dunia Muzik.. Oppa Gangnam by Psy.. Its cool.. ADa cerita menarik di sebaliknya.. Ada yang mengaitaknnya dengan posisi sex seperti Kuda dan ada juga yang mengaitkannya dengan Agama Islam.. Hurmm.. For me yang tak faham mengenai maksud bahasa yang digunakan.. Its just a song!! And we call it Music.. But sometimes music tu boleh membinasakan.. Melalaikan.. Itu yang aku akui.. Macam dekat Kelab Malam tuh.. Melalaikan dan sangat Membazir.. Mungkin baru orang yang kedekut macam aku ni.. Itu sangat tidak berbaloi.. Namun bagi mereka yang tak kesah.. Mungkin ia boleh dikaitkan dengan Kepuasan dan cara mereka menghargai diri sendiri.. Lain padang, lainlah belalang..

Tidak aku lupakan melayan video Asia Wave oleh Shila Amzah yang turut mencipta fenomena bila dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan seantero Asia itu.. Not bad.. And im pround on be half of Malaysian.. Aku kenal dia sebagai seorang penyanyi yang bersuara lunak.. Menjiwai lagu dan mempunyai personaliti sendiri.. Lagu dia berjudul 'Memori Tercipta' telah menambat hati aku sebagai seorang pendengar beberapa tahun yang sudah.. Muncul dengan single 'Patah Seribu' yang tidak kurang hebatnya juga merobek kekusutan dalam hati selain lagu yang juga diminati oleh kawan aku.. Yang dia nyanyikan bersama Jac dan Ning.. 'Beribu Sesalan' turut menarik perhatian ramai termasuk aku..

CEJUK!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopzz~~
Sejuk banget nih.. Hujan pulak di Kota Kinabalu.. Jap lagi mau jalan dengan Bos menuju ke 1B makan nasik penyet dan terus ke Yayasan Sabah untuk berunding pasal shooting place.. Kalau dorang setuju, maka jadilah satu episod di sana.. Hihihi

Semalam tidor kali kedua lewat amat.. Jam 2.30 baru dapat tidor.. Buang masa membaca Berita Harian dan Rokok sambil mengirup Coke.. Weh!! Banyak sangat minom Coke lately.. Sedangkan Susu Soya dalam peti tuh ada jugak. Cuma ndak terusik.. Takut ja expired.. Uhuhuhu~~

DATANG SUDAH!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Tersedar dari mimpi seketika.. Rasa sebak di dada menerpa terus.. Ntah kenapa rasa ini tetiba datang menyerbu masuk ke jiwa.. Sumpah! Ndak pernah aku undang rasa ini.. Kalau dulu, rasa ini bisa membuat aku bahagia dan lena tidur.. Namun kini, rasa ini seolah membunuh aku dari dalam..

Aku sudah mula merindui dia yang dulu.. Rindu ini sangat dalam.. Menusuk pintu hati yang sudah ku tutup rapat. Namun, tidak ada apa yang perlu dirisaukan, aku yakin jika aku terus bertahan, rasa ini pastinya akan menghilang.. Jam sudah 1.34 pagi.. Ingatkan malam ini aku tidak akan mengupdate sebarang entry.. Namun, takdir sudah tertulis kalau malam ini masih memeri ruang dan peluang untuk aku mencoretkan sedikit rasa di dalam hati..

MENUNGGU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepp!
Semoga semua hidup gembira hari ini.. Alhamdulillah masih bernafas.. Semalam sesak nafas lor.. Sejuk sangat lor.. Lepas buat blog tuh terus off tu bed.. Ndak fikir panjang.. I need much rest.. Plus, hari ini aku kerja awal pagi.. Nyaris lagi lewat.. Huhuhu~~ Duty sampai jam 9 pagi sahaja sebelum menyerahkan konti kepada Mak Hayy dan Hani untuk mengendali i-Bagus Bah secara langsung bermula 9.15 hingga 10 pagi..

Berpakaian yang cukup santai aku ni hari.. Takut juga kalau terserempak dengan big bos kami.. Just mengenakan shirt, jeans dan sepatu favurit aku.. Biru turquoise.. Lemah ja ni hari.. Patner aku datang lewat.. Katanya bangun jam 6.02 pagi.. So, dekat 6.30 baru dia sampai.. Lepas tuh agak bad mood jugak bila terpaksa menjelaskan keputusan bos supaya tugas aku esok diambil alih.. Aku pun baru tau.. Aku pun ndak sangka.. Dan yang paling penting, aku tiada pun buat permohonan.. Dan aku OK saja kalau aku di arah untuk menjalankan tugas esok memandangkan aku pun free jugak.. But then, please ask Bos for future action.. Sebab kita ada ketua..

SUN TILL MON

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Sejuk sangat!! Itu yang dapat aku rasa sekarang ni.. Bagi mereka yang berfikiran Negatif, hujan sebegini akan mendatangkan pelbagai masalah dalam kehidupan.. Namun, yang berfikiran positif pulak, hujan itu sebagai satu kurniaan Tuhan yang bukan semua tempat dapat menikmatinya.. Berfikir sejenak.. Di mana tempat anda sekarang ini? Positive or Negative sides? Tiada sapa yang boleh jawab dengan Ikhlas melainkan diri anda..

Semalam langsung ndak mengupdate entry sebab terasa badan sangat penat.. Maka, seharian aku di rumah tanpa melakukan apa-apa kegiatan. Just stay home, tengok tv, layan Novel dan membersih umah sedikit-sedikit.. Walaupun sebenarnya semalam diadakah party sempena ngan birthday kawan aku.. Nama dia si Elban dan popular dalam kalangan kami sebagai Ban-Ban.. Like a girl even she is a boy.. U know what i meant kan? But shes not tronsformed yet.. Hahaha..

FULL DAY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Help!!
Sekarang ni aku di serang sakit perot yang teramat dahsyat.. Dan keberadaan aku di konti memaksa aku untuk menahan segalanya.. Seketika belajar teknik hipokrit yang berkesan seolah tiada apa yang berlaku.. Pedih!! Uhuhuhuhu..

Yang pasti, hari ini aku berkerja seawal jam 6 pagi hinggalah kini.. Sebab tu lah entry hari ini bertajuk Full Day.. Bukan atas kehendak aku.. Tapi, inilah yang dinamakan sebagai tugas dan tanggung jawab.. Walau bagaimanapun, harus terus bersyukur kerana ini semua namanya rezeki.. Bukan semua orang di luar sana memiliki pekerjaan idaman seperti aku.. Dan bukan semua yang memiliki pekerjaan yang sama dengan cita-cita dia.. Alhamdulillah..

SAPU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Olazz~~!
Pa khabar kamu semua? Terasa lama nda bertanya khabar semua pembaca. Meskipun saat ini hanya ada seorang saja yang membaca blog aku nih.. Ya lah.. Kan aku dah tukar add tuh.. Dan secara rasminya, hanya seorang saja yang mengetahui keberadaan blog ini berada.. Seperti yang telah aku utarakan dalam entry yang lalu-lalu, blog ini aku buat sebagai satu catatan yang boleh aku tatap masa depan nanti.. Lebih kurang macam diari jugak lah.. Tapi, di sini tidak lah sedetails dalam hati.. Hihihi

Yupz! Hari ini aku datang awal lagi.. Perlu untuk ucap TAHNIAH?? Ya lah.. Mesti lah perlu.. Tapi, agak malang bagik aku hari ini, dek kerana terlalu gopoh meninggalkan rumah bagi mengelakkan jamp, maka aku tertinggal HP di rumah.. Boleh-boleh kan.. Bukan ja HP, Novel dan Jam pun aku tertinggal.. Kebiasannya, benda-benda ini yang aku rembat paling last sebelum meninggalkan rumah.. Hurmm.. Natijahnya, dekat persimpangan tebobon baru aku teringat.. Goshh!! Ndak kan mau U turn balik?? So, dengan perasaan redho, aku meneruskan perjalanan.. Lagipun, aku ndak rasa ada yang mau sms aku hari ini.. Hurmm..

MANUSIA BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
 
Olaa!!
Hari ni aku mau ucapkan TAHNIAH pada diri aku sebab dengan penuh sabar melalui jamp yang tahap gaban.. Lepas tu mau juga ucap TAHNIAH sebab aku datang awal hari ni.. TAHNIAH jugak sebab untuk pertama kali (kot) datang ke ohpiz awal walaupun bukan waktu untuk aku bersiaran.. Ahahaha.. Ntah semangat apa yang menyerang aku nih.. Tapi, aku BANGGA!! Ngehhhh~~
 
Alhamdulillah, ni hari sudah 20 Sept 2012.. Banyak yang berlaku dalam hidup.. Ini semua takdir dan aku terima dengan baik adanya.. Semua yang berlaku sudah tercatat dan apa jua yang menimpa, walau siapa dan apa pun puncanya.. Itu semua sudah tertulis sebagai satu ujian yang harus kita galas..

KAROK DALAM KETA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Just nak melengkapkan syarat.. Tetiba aku rasa kosong malam ni.. Apapun, hari ni takder banyak yang aku buat.. Dekat ohpiz tadi sembang jer ngan kawan.. Langsung tak buat kije.. Makan, sembang dan tidor.. Ohpiz kami macam peti beku.. Sejok giler.. Dah la aku kecik.. Semua pun kecut kot.. Huhuhu

Hari ni aku just bertugas tv-i saja.. Dalam jam 4 dah gerak balik. Sebelum tuh, sempat burning CD lagu-lagu baru kegemaran aku.. Diterajui oleh tiga lagu kegemaran Black ft Malique - Teman Pengganti, Hafiz AF - Ku Akui, dan Shahir AF - Pendam.. Dan almost lagu yang ada dalam CD ni semua yang berentak slow dan jiwa-jiwa resah punya lagu.. Of coz aku suka. Tadi tyme balik, aku pasang sound agak kuat then nyanyi sepenuh jiwa.. Ada gak org sekeliling tengok.. Tapi, aku yakin diorang tengok samar2 jak.. Pasal, tingkap aku kan bertinted gelap siiiiikit.. Huhuhu.. Siok karoks dalam keta.. Stress sikit ilang..

Oh! DIET

Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia..

Mata lom ngantuk.. Jap lagi lah.. Hari ni (18.09.2012) aku akan muncul dekat tv-i untuk rancangan iBagus Bah jam 9.15  until 10 pagi.. Ulang siar jam 8 malam.. Baju tak ready apa pun. Actually aku menggantikan Saitoh yang tetiba bercuti.. Untuk bulan ni saja, aku mengendali program ni dah dua kali.. first week of Sept dan sekarang ni dah masuk minggu ketiga.. Uhuhuhuhu~~

Okeyzz.. Berbalik pada tajuk entry.. Aku nak wish Best of Luck untuk kawan aku si Pet atau Kheiry nama comel dia yang sempat aku tahu sebelum aku deactivate fb, kerana begitu bersungguh-sungguh untuk berdiet. Firstly aku risau jugak lah kan.. Sebab setau aku, dia ni jenis yang suke makan.. Then suddenly dia diet lax.. Risau lah dengan keadaan dia.. Perot kita ni lain macam sket.. Bila dah tak masuk makanan maka akan masuklah angin.. Bila waktu makan tak terjaga yang mana sebelum ni rutin makan dia sangat teratur, maka risiko untuk gastrik adalah tinggi.. Terus, badan kita perlukan tenaga untuk bertugas.. So, kene lah makan banyak benda yang menghasilkan tenaga..

VICE VERSA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm~~
Ari ni adalah hari yang Vice Versa.. Ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan jugak.. Kamu rasa nak aku tulis yang mana dulu?? Huhuhu.. Baiklah.. Kita mula dengan yang sedey dulu..

Kan semalam aku tertidor awal.. Bangun jam 1 lebey dan tidor dalam jam 2 pagik.. Itu pun rasanya aku memaksa diri untuk tidor.. Telan ubat lagik.. Memang dah sah-sah tak sihat kan.. Yang pasti hari ni (17-09-2012) adalah waktu aku bekerja mula 6 hingga 10 pagi.. SOLO sebab si Jiran menyambung cuti sehingga hujung bulan.. Baby dia blom ada yang nak jaga.. 

AKHIRNYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Mata masih mamai lagik ni.. Walaupun hakikatnya aku sudah basuh muka.. Tapi mengantuk itu masih tabah mendekati.. Namun, aku tidak harus kalah dengan tuntutan nafsu semata. Aku baru bangun dari tidor sebaik tidak menyedarkan diri bermula selepas maghrib tadik.. Kesan ubat itu sungguh kuat.. Mengantuk yang tidak ku duga sehingga aku bisa menidurkan diri di veranda rumah diatas buai yang aku beli ketika dalam perjalanan pulang dari Kudat tempoh hari..

Sebelum itu, aku mohon maaf pada kawan aku kerana dua sms dia langsung tidak berupaya menyedarkan aku yang nyenyak diatas buai.. Maaf sesangat. Dan sekarang, rasa nak membalas sms itu, namun, aku takut nantinya akan menganggu lenamu itu.. As usal, kamu tidak mahu di ganggu ketika tidur dan tidurmu itu susah benar untuk dimulai setelah dikejutkan dengan sesuatu seperti bunyik HP Sony Xperia S menandakan adanya kiriman sms.. Maaf kalau sekali lagi aku memberikan alasan.. Aku cuma berniat untuk tidak menganggu mimpimu..

FACEBOOK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Dah Deactivate accaount pun.. Bukan stakat hari ni, tapi sejak awal tahun lepas.. Aku dah malas sebenarnya dengan Facebook. Bukan dengan cara pengurusan atau pengendalian FB.. Cuma aku.. Aku..!! Feeling aku yang sudah terasa lain. Tidak macam dulu.. Yeapz.. Aku merasakan FB sudah tidak macam dulu.. Kemeriahannya sudah tiada.. Hurmm.. Kalau dulu, aku selalu bergelak ketawa dengan FB.. Kawan-kawan FB semua sporting dan supportive gilak.. Kenak2 lagi dengan kawan aku dekat Pahang tuh.. Walaupun jauh, namun aku sering terasa dekat bila sedang bercanda ria dengan dia di FB.. 

Tapi, sejak belakangan lalu, especially selepas aku ngan kazen dia kapel, dia dah mula menjauh.. Ntah la.. Katanya, aku yang menjauh.. Hurmm.. Bukan saja-saja mau menjauh sebenarnya.. Just remmemmber whe he told me yang kazen dia sudah sering tidak bersama dia walau hakikatnya dia berada di hadapannya.. Lebih selesa kazennya melayan aku di hp sedangkan dia tidak di endahkan langsung.. Sedih jugak kalau aku yang berada di tempat dia.. Thatz y aku cuba untuk memahami.. Hurmm.. Siyes!! Sedih!!

LEPASKAN-LAH!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Masik hari ni dah 3 hari aku off kan blog aku dari pandangan umum.. Teda sesiapa pun yang tau alamat blog aku nih melaikan aku sendiri.. Actually, lama blog ni sangat private dan hanya untuk orang-orang tertentu sahaja.. Means, diorang sangat istimewa kalau blog ni aku revieled untuk bacaan dorang.. So, kalau dah takder yang baca, maksudnya aku teda orang istimewa.. Ihihihi.. Yeah! Menghadapi masa muka dengan title SINGLE.. Ntah sampai bila, tapi, aku rasa aku akan jaga cinta dia nih sampai bila-bila.. Kan dia yang mula ngorat aku hari tuh??

Baru jer balik dari ohpiz jumpa ngan Bos aku.. Dia buat editing untuk rancangan kami edisi Hari Malaysia.. Tapi, aku ndak ikot hari tuh.. Sibuk ngan K.I.K kan.. Dan, hari ini aku duk umah saja.. Ndak kemana-mana.. Amik cuti konon.. Sebenarnya aku ndak berapa sihat.. FLU menyerang aku bah.. Uhuhu.. So, duk umah dan tidor saja.. Jam 7 tadik petang baru keluar umah..

SAKIT-SAKITAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Konvensyen KIK berjalan dengan lancar hari ini. Dan alhamdulillah, akhirnya kesibukan itu berakhir jua.. Kumpulan kami tidak mendapat apa-apa tempat. Tapi, aku cukup berbangga dengan kumpulan dari ohpiz lama aku.. Even ini merupakan percubaan pertama mereka, diorang telah membuktikan itu bukan alasan untuk tidak mendapat tempat. Tahniah atas kemenangan tempat ke-3. Kira satu permulaan yang baguss!

Pergerakan aku hari ini sedikit terbatas. AKu kurang sihat. Serba serbi pun ndak kena.. Dan sepapan panadol aku amik.. Bersama dengan 4 biji activeFast.. Masih jugak begitu.. Namun kesempatan untuk bersama kengkawan dari Tawau tidak akan aku lepaskan. Esok, diorang dah nak fly balik.. Dan selepas itu, kehidupan aku akan kembali seperti selalu.. Penyakit yang bagi aku belum ada ubatnya.. Sindrom Patah Leher.. Mak Hayy dah nekad.. Dia akan maki hamun aku kalau aku dah start buat perangai.. Jahat kan dia?? Uhuhu.. Tedalah tu. Dia sangat baek sebenarnya..

K.I.K

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Penat sungguh hari ni. Baru sampai umah setelah menemankan kengkawan dari Tawau shopping dekat 1Borneo.. Lepas hantar diorang balik ke Hotel, aku terus drive pulang dan sekarang tengah meniarap keletihan sambil mengupdate blog. Lepas ni kompom terus tido.. Mandi? Sudah bah!!

Rata-rata kawan aku yang aku jumpa dari Tawau Fm dan Sandakan Fm memberi komen yang sama.. AKu semakin kurus. Ndak sama macam tyme raya dulu.. Sedikit berisi jugak la.. Namun, baru 2 minggu berada di KK.. Perubahan yang cukup ketara dapat diorang lihat. Kata mereka paling ketara muka aku yang semakin cekung dan memanjang disamping lengan aku yang menampakkan urat-urat tangan.. Uhuhuhu.. Memang aku kurus sangat kah? Aduhai..

KUDAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Urghh~~
Penat betol rasanya badan ini.. Baru ja sampai umah setelah bergegas ke ohpiz petang tadik selepas sejam sampai dari Kudat.. Yeah!! Hari ini untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kaki di pekan Kudat. Untuk lebih tepat lagi, aku sampai Kudat petang semalam setelah memandu hampir 3 jam dari Kota Kinabalu.. Alhamdulillah.. Seperti yang diinginkan, kami selamat pergi dan selamat juga kembali..

Pergi ke sana atas jemputan oleh Persatuan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM) atas program Karnival Pendidikan Hari Malaysia 2012 yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Sri Panglima Shafie Haji Apdal.. Yang pigi, Aku, Mak Hayy dan Kak Mas.. Kami bertiga stay di Rumah Rehat Kerajaan yang macam nak runtuh tu.. Uhuhuhu.. Hotel budget penoh.. Nasib baik aku ni budak kampong.. Bawah jambatan pun boleh idop.. Uhuhuhu..

MENUTUP MATA

Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia..

Aikzz!!
Hari ni hari sabtu dan aku tidak bekerja.. Boleh rehat-rehat jap.. Tapi yang pasti, petang ini akan bergerak ke Kudat pulak untuk Ging Bubut punya program. Aku akan bermalam di sana dan akan kembali ke KK esok hari..

Kalau kamurang perasan, entry ini seolah berlawanan dengan satu entry sebelum ini yang bercerita mengenai Membuka Mata.. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara dua hubungan yang dipisahkan dengan Laut China Selatan.. Tapi, ternyata keadaan itu tidak mudah bila aku terpandang dengan banyak benda. Banyak ketakutan yang semakin terserlah.. Aku minta maaf! Ya.. Memang aku bukan berani untuk berhadapan dengan risiko.. Dan risiko yang paling besar aku hadap sebelum ini adalah bersetuju untuk menyayangi kamu sedangkan kita tidak pernah bersua.. Tidak tahu perihal kehidupan seharian secara jelas.. Dan aku hanya bertunjangkan rasa percaya aku dengan cinta dan tulusmu..

KU AKUI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aii~~
Kepala dizzy sangat!! Dah bergolek beratus kali atas tilam nih.. Tapi mata ndak jugak mau tertutup.. Maka, sekarang sudah jam 2.43 pagi.. Dah amik 2 pil active fast tadik.. Hopefuly akan ok lah.. Huhuhuu~~

Ari ni, kerja aku banyak termenung dan mengelamun.. Fikiran sering melayang dan terbang.. Mencari satu daerah yang boleh aku singgah untuk mencari kekuatan diri.. Hati ini masih terus di rundum resah.. Dan aku masih berusaha untuk menangis! Dada ini sudah terlalu sesak.. Dan tiap kali air mata ingin mengalir, seolah ada yang menghalang aku daripada melakukannya.. Dan aku tau, sesak ini tidak akan reda jika aku tidak menangis.. Begitulah selalunya..

HARAPAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Akibat kecelakaan mood yang sangat meresahkan.. Aku bercuti hari ini.. Meskipun tidak mengambil cuti secara rasmi.. Kira escaping la bah aku ni hari. Namun, ada aku kesah?? Uhuhu.. Kebetulan juga ni hari akan menjadi MC untuk majlis Rumah Terbuka Setiausaha Persekutuan bersama TYT.. So, kira ok lah tu.. Preparation kunun..

Semalam, lepak sampai jam 4 pgi di tepi laut sensorang.. Damai dan dunia ini terasa begitu luas. Masalah itu terus datang menghimpit.. Dan aku berjaya serakkan sedikit ke aliran laut yang kelihatan rata seolah tanah yang tandus.. Takut juga kalau ada apa-apa.. Tapi aku nekad.. Perasaan sedey dan lonely yang menghukum aku sejak dua hari lepas betul-betul menyesakkan dada.. Sehingga apa yang aku buat semua serba tidak kena.. Sehingga apa yang orang cakap semuanya terasa bagai menghiris hati nurani aku.. Dan sehingga Kak Mas pun bisa memarahi aku.. Adui~~ Ya lah.. Kalau sudah mesyuarat KIK aku ndak ikot..

TERUSIK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Uhukk!!~~
Alhamdulillah.. Semua sudah selesai hari ini.. Meskipun aku tidor hanya sejam pagi tadik.. Namun, sehingga kini, mata ini masih terus segar terbuka.. Dan kini aku sudah pun berada di rumah.. Ntah, aku belum betah duduk di pejabat.. Sejak berpindah, sedikit rutin aku berubah.. Tidak seperti dulu.. Mungkin kerana jarak ohpiz baru yang begitu jauh..

Seawal jam 6 pagi aku meninggalkan umah.. Membawa misi ceria untuk mengembalikan semula apa yang telah aku hilangkan.. Semangat ini sungguh kuat.. Dan syukur juga, semuanya berjalan dengan lancar.. Cuma hari ini, akibat ketidak stabilan emosi, aku terlalu cepat sedih dengan semua yang berlaku..

TERBUKANYA MATA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Malam ini agak berasuk aku untuk mengupdate lagi status.. Beberapa perkara yang menyebabkan aku sukar untuk menutup mata meskipun malam semakin larut.. 2.16 pagi.. Dan aku masih berjaga.. Beginilah aku kalau tiada benda yang aku fokus untuk di lakukan.. Lebih banyak mengeluh dan menangis atas kesilapan yang dilakukan diri..

Bermula dengan perginya seorang yang aku hormat sebagai seorang kawan.. Hilangnya dia secara tetiba.. Semua salah aku bila aku memaksa dia untuk melakukan sesuatu.. Aku minta maaf! Dan keadaan itu menyebabkan dia hilang kepercayaan pada aku.. Maaf!! Aku terlalu pentingkan diri.. Dan percayalah.. Aku masih hormat dengan pendirian ko.. Kalau ini yang kau gendang.. Maka 'inilah' yang aku tari..

CEMBURU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata sekadar titik mula pada derita yang tidak bertepi.. Sumpah! Bukan ini yang aku mahu.. Sumpah juga! Aku tidak pernah mahu membuat kamu berasa terseksa atas kemunculanku dalam hidup mu.. Sekadar ingin memberikan kebahagiaan kepada kamu.. Ternyata, aku masih belum mampu.. 

Namun.. Mengapa layanan kamu perlahan-lahan memberi satu tanda tanya di hati ku? Mungkinkah kita merasai satu gelombang rasa yang sama? Atau adakah ini sekadar mainan perasaan yang tidak henti-henti menduga jiwa? Sejak mula.. Sehingga ke hari ini.. Sayang ku pada kamu tidak mungkin akan berubah menjadi benci.. Yakinlah itu..

BERANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepzz!!
Sudah jam 01.32 minit pagi dan aku masih belom tidor. Hari ini baru selesai menghabiskan bacaan Novel berjudul Pergilah Air Mata dengan 858 muka surat.. Bermain dengan emosi, jantung dup dap dup dap.. Dan Novel ini yang membuatkan aku tidak memperdulikan seketika dengan apa yang berlaku di sekeliling ku..

Seketika semua masalah ku lupakan.. Fokus diberikan sepenuhnya pada cerita novel yang betol-betol buat aku gerigitan untuk menghabiskannya secepat mungkin.. Novel ini juga yang memanggil aku pulang lebih awal ke rumah tidak seperti biasa.. Selepas raya ni, belom pernah lagi aku jejakkan kaki ke Pantai.. Ntah! Ini perkembangan yang bagus atau bagaimana.. Tapi yang pasti, novel ni telah membuatkan aku mencipta rekod sendiri.. 3 hari untuk novel setebal itu.. Goshh!! Ndak pernah okey.. Ni la kali pertama aku rasa komited membaca.. Uhuhuhu..