SAPU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Olazz~~!
Pa khabar kamu semua? Terasa lama nda bertanya khabar semua pembaca. Meskipun saat ini hanya ada seorang saja yang membaca blog aku nih.. Ya lah.. Kan aku dah tukar add tuh.. Dan secara rasminya, hanya seorang saja yang mengetahui keberadaan blog ini berada.. Seperti yang telah aku utarakan dalam entry yang lalu-lalu, blog ini aku buat sebagai satu catatan yang boleh aku tatap masa depan nanti.. Lebih kurang macam diari jugak lah.. Tapi, di sini tidak lah sedetails dalam hati.. Hihihi

Yupz! Hari ini aku datang awal lagi.. Perlu untuk ucap TAHNIAH?? Ya lah.. Mesti lah perlu.. Tapi, agak malang bagik aku hari ini, dek kerana terlalu gopoh meninggalkan rumah bagi mengelakkan jamp, maka aku tertinggal HP di rumah.. Boleh-boleh kan.. Bukan ja HP, Novel dan Jam pun aku tertinggal.. Kebiasannya, benda-benda ini yang aku rembat paling last sebelum meninggalkan rumah.. Hurmm.. Natijahnya, dekat persimpangan tebobon baru aku teringat.. Goshh!! Ndak kan mau U turn balik?? So, dengan perasaan redho, aku meneruskan perjalanan.. Lagipun, aku ndak rasa ada yang mau sms aku hari ini.. Hurmm..


So, pasal tajuk entry itu.. Tadi, aku ada terbaca kata mutiara bercerita pasal Penyapu.. Tetiba teringat ngan kegiatan aku masa remaja dulu.. Kalau dah pelepah sawit kena pisahkan dari pokoknya, maka berbondong-bondong kami ke lokasi berkenaan untuk mendapatkan Penyapu.. Yupz.. Sapu Lidi.. Kami meraut dekat bawah pokok sawit sambil memasang unggun bagi menghalau nyamuk.. Kalau masa tu musim cendawan, maka sesudah mengumpul lidi dari pelepah tu, maka berjalanlah kami di atas susunan sisa tandan sawit untuk mencari cendawan.. Sodap oh! Buat sup pun masyukk saja..

Tapi, bukan mau cerita pasal penyapu lidi, mau cerita pasal fungsi penyapu.. Penyapu! Ha'ah.. Boleh diibaratkan sebagai pasangan kekasih dalam hidup.. Seseorang akan datang atas dasar cinta dan sayang dan menyapu bersih kekecewaan dan mengisi kekosongan hidup.. Datang bukan saja-saja.. Datang menawarkan khidmat bakti sambil menagih rasa kasih.. Dalam bahasa yang lebih mudah, win win situation.. Harus berbagi..

Kenapa aku cerita pasal penyapu pulak? Hehehe.. Sebab kekadang kita terlalu memandang rendah dengan penyapu yang kita ada.. Di biar usang dan tersisih bila bertemu dengan penyedut hampagas.. Hurmm.. Kesian si penyapu.. Fungsinya masih sama.. Cuma agak cekap dan hanya memerlukan sedikit tenaga untuk mengoperasikannya.. Tapi, walau banyak kelebihan yang penyedut hampagas ni miliki, dia masih kurang dengan sesuatu..

Meaning to say, walau macam mana hebat pun seseorang itu, dia masih tetap kekurangan sesuatu yang barangkali dia sendiri boleh mengesannya tanpa bantuan sesiapa.. Atau juga memerlukan seseorang untuk mengenalpasti persoalan itu.. But please! Jangan sampai terlalu teruja dengan kelebihan diri sehingga memperlekeh kebolehan orang lain.. Kerana bagi aku, itu ada banyak kekurangan yang perlu di baiki..

Penyapu.. Datangnya dia dijemput.. Tapi seseorang yang ingin mengisi ruang hati langsung tidak pernah di jemput.. Tapi, aku ndak nafikan.. Ada juga yang menjemput seseorang untuk menetap di hatinya.. Penyapu.. Datangnya ia membersih kekotoran yang terserlah.. Bagaikan seseorang yang hadir dalam hati untuk membersihkan cinta yang mungkin masih bersisa.. Penyapu.. Dalam menjalankan tanggung jawab terkadang ianya terluka dan meluka.. Sama juga dengan seseorang yang berkunjung ke hati kita.. Itu membawa maksud, kesempurnaan belum singgah atau menjamah..

Tapi, satu sifat yang jarang kita lihat.. Ya! Mungkin kerana benda ini kecil.. Dan mungkin juga tidak berguna.. Penyapu lama dan penyapu baru.. Penyapu baru, mungkin boleh menjalankan tugasnya dengan cekap dan bersungguh-sungguh.. Berbanding penyapu lama yang barangkali sudah semakin usang dan memerlukan perhatian lebih.. TAPI, penyapu lama tahu di mana letakkanya kekotoran yang tersisip di celah-celah atau disebalik sesuatu yang menghalangnya.. Kenapa? Sebab penyapu lama itu sudah lama menjelajah sekitar kawasan yang perlu dibersihkannya.. Faham tak bahasa kiasan ini?? Kalau faham bagus lah.. Aplikasikan dalam kehidupan cinta kamurang pulak.. Bagaimana?? Adakah kamurang setuju? ATau sebaliknya?? Hihihi.. Jangan jawab dengan aku.. Jawab pada hati kamurang lol..

Hurmm.. Sudah jam 8.19 malam dan aku masih lagi berada di ohpiz saat ini.. Nampaknya, aku sudah mula jatuh cinta di sini.. Sekejap lagi kot baru beransur pulang.. Sebab mau tunggu mastering editing carta tu siap.. Sekarang ni dah under progress.. Dan esok, aku akan bergerak ke Kudat sekali lagi.. Ada sesi penggambaran di sana.. Huhuhu.. Dan, aku masih bingung mencari pengganti untuk tugas aku pagi esok! HP tinggal umah.. Macam mana mau kol diorang!! Tadi sudah cakap, cuma belum deal lagik.. Huhuhu.. Boleh tak pinjam kuasa magic?? Supaya badan aku bisa berbahagi dua? Huhuhuhu

Perut sudah ngorok-ngorok minta nasik.. Sebab hari ni langsung nda sentuh nasik.. Makan lauk saja.. Mau gemuk dengan cepat.. Gaji nanti mau carik supliment macam kawan aku cakap.. Protein pun kena jugak.. Hohohoho~~ Lepas tuh, kena rajin sudah jogging nih.. Sebab sekarang ni kengkawan ohpiz aku, especially para kaum ibu, sungguh jelous bila melihat catatan berat badan aku.. 48 KG yang rasanya tidak seimbang dengan BMI aku.. Uhuuu~~ Usaha terusss...

Dan, kamurang tau kah.. Sebenarnya sekarang ni aku sangat merindui Hot SPot aku di ohpiz lama.. Nitez!! :((

No comments: