FULL DAY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Help!!
Sekarang ni aku di serang sakit perot yang teramat dahsyat.. Dan keberadaan aku di konti memaksa aku untuk menahan segalanya.. Seketika belajar teknik hipokrit yang berkesan seolah tiada apa yang berlaku.. Pedih!! Uhuhuhuhu..

Yang pasti, hari ini aku berkerja seawal jam 6 pagi hinggalah kini.. Sebab tu lah entry hari ini bertajuk Full Day.. Bukan atas kehendak aku.. Tapi, inilah yang dinamakan sebagai tugas dan tanggung jawab.. Walau bagaimanapun, harus terus bersyukur kerana ini semua namanya rezeki.. Bukan semua orang di luar sana memiliki pekerjaan idaman seperti aku.. Dan bukan semua yang memiliki pekerjaan yang sama dengan cita-cita dia.. Alhamdulillah..


Sepatutnya, malam ini aku tidak berkerja.. Namun, memikirkan hubungan sebagai seorang Kawan, maka aku iyakan sahaja.. Betul.. Mungkin hari ini dia memerlukan tenaga aku, dan aku pula ndak tau bila memerlukan tenaga dia.. As usual, tidak salah berkorban demi kengkawan yang baek dengan kita kan?

Agak tragis juga kejadian hari ini.. Seawal 7 pagi aku dan krew penerbitan Sioknya Bayu meninggalkan Bandaraya Kota Kinabalu menuju ke Kudat. Memilih Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai 'Tip Of Borneo' sebagai lokasi rasmi penggambaran episod kali ini.. Entah bila siarannya.. Namun yang pasti, kami masih ada 2 stok lagi bahan untuk disiarkan.. Penggambaran berlangsung sehingga pukul 6 petang.. 

Lewat pukul 4 petang, Niza menghubungi aku.. Katanya dia memerlukan khidmat aku sebagai rakan penyampai untuk Pertandingan Akhir Bintang Remaja yang berlangsung malam ini. Aku menolak secara baik memandangkan pertandingan itu akan berlangsung MALAM INI (22-09-2012) kerana tiada persiapan. Tapi, sebab yang paling kukuh adalah, aku kini berada di Kudat dan agak mustahil untuk sampai sebelum pukul 8 malam. Memandangkan jarak KK dan Kudat adalah 160KM. Masa lebih kurang 2jam 30minit diperlukan. Akhirnya, dia mendapat keputusan, rakan kami yang sepatutnya bertugas malam ini, akan menemani Niza, dan aku akan mengambil tugas konti dia. Aku iyakan saja.. Tapi dengan syarat, meminta dia agar berbincang dengan penyampai sebelum aku, supaya terus berada di Konti sehingga aku sampai meskipun tugas dia sudah berakhir.. Persetujuan dicapai..

Sepatutnya sampai dalam jam 9.00 malam. Namun, akibat keadaan cuaca yang hujan, dan keletah krew yang tidak memahami, maka aku redho dengan semua yang terjadi.. Aku bersedia untuk menanggung semua risiko.. Risau!! Rasa mau nagis pun ada.. Dalam hati, sibuk berzikir dan bertahmid seperti yang di ajar oleh kawan saya.. Supaya aku lebih tenanag.. Kengkawan yang lain sangat perasan dengan perubahan aku.. Tetiba van itu menjadi sangat senyap.. Terus meluncur menuju ke ohpiz kami.. Akhirnya, 10.05 malam baru sampai..

Apapun, ucapan setinggi-tinggi maaf kerana menyusahkan ku ucapkan berkali-kali kepada Kak Mas.. Dia menolong aku untuk memastikan lagu terus keudara sejam semasa ketiadaan aku.. Huhuhuhu.. Sedih sangat!! Apapun, Kak Mas memahami situasi aku.. Huhuhu.. Dia ok jugak.. Tapi, as usual, bukan mudah untuk aku untuk membuang rasa bersalah ini.. Huhuhuhu~~ Dan akhirnya sekarang ini, aku masih berada di sini dan akan terus berada di sini sehingga jam 12 tengah malam.. Perot aku masih sakit.. Uhuhuhu~~

No comments: