EMOSI KU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hye..
Sedih sedang membaluti seluruh hati ku. Aku baru ja sampai umah setelah berjimba dengan kengkawan di WaterFront. Menghadap sisha untuk malam yang kedua. Aku seolah ketagih dengan benda beracun itu.. Hurmmm...

Nyata sekali aku semakin jauh daripada kehidupanku yang lalu. Selalu duduk di rumah menghabiskan masa melepak sensorang.. Baca Novel dan menengok Korean Drama.. Di samping mengelamun ntah memikirkan apa..

Aku baru tengok status kawan aku.. Si Pet dekat FB.. Dan dekat situ si Haf ada mengomen. Hurmm.. Sumpah!! Aku rindu betol dengan dia. Tapi, aku mesti kuat! No HP sudah ku padam menunjukkan aku nekad. Namun malam ini, seolah segalanya semakin lemah aku rasa.. Aku harus sedar... Aku ndak mau terus di hina.. Di pandang rendah dan sebagainya.. Dia yang ludah aku.. Dia yang buang aku.. Just mau jadik kawan.. So, aku kena terima kalau benda ini yang akan membuatkan dia bahagia.. Walaupun dalam masa yang sama aku sedang tersiksa..

Si SINGLE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopz semua! Apa khabar kamurang? Aku ok saja bah.. Tetiba mood hari ni rasa macam gampang jak.. Mau maki diri sendiri pun ada jugak.. Ntah la.. Aku takut untuk memulakan segalanya.. Huhuhuhu~~~ Hari ini aku membuka accaount FB aku.. Menyelak muka hadapan dan membuat beberapa editing pada ketetapan yang perlu... Status daripada Janda ku tukar kepada Single.. Ramai yang like.. Tidak kurang juga yang mengomen.. Namun, aku tertarik dengan komen si Pet. 'Sebelum ni berpunye ke?' Dan keadaan itu membuat aku sangat sakit hati.. Ntah apa motif dia.. Berjuang aku sendirian di konti untuk meleraikan soalan itu.. Arghhh!!!

Mood yang tidak berapa elok ni sebenarnya bermula daripada semalam.. Bos tidak meluluskan cuti untuk aku. Bukan saja-saja mau cuti... Aku tahu kalau cuti itu bukan untuk aku. Tapi, aku harus juga amik cuti tu sebab aku kena selesaikan banyak perkara.. Tapi, semalam, aku harus belajar menerima kenyataan untuk tidak bercuti.. Ya!! Batalkan niat itu.. Hurmm~~

21 NOV 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 MNalaysia...

Elopzz!
Masih lagi di ohpiz nih.. Agak sekarang ni sebab mau buat Sasaran Kerja Tahunan (SKT).. Perlu dilengkapkan kerana esok adalah tarikh tutup.. Huhuhuhu.. Suka buat kerja last minutes kan. Bukan sengaja pun. Actually memang system hrmis mengalami gangguan. Semalam dah buat. Dan malam ni nak kena update saja sebelum di hantar kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP)

Alhamdulillah, segalanya sudah selesai... Hari ini? Owh.. teda yang menarik pun. Cuma, aku datang lewat ke ohpiz sebab semalam balik lewat. Dah mandi termenung sambil main HP sampai ndak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. 

MELANGKAH TERUS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopzz!!
Hehehehe.. pa khabar kamurang?? Sihat bah kan? Alhamdulillah.. Bersyukurlah sebab kita masih dilindungi oleh Tuhan yang Maha Esa. Ndak macam beberapa negara di luar yang sedang diuji dengan pelbagai sifat terpuji.. Dan memudahan semua itu memberikan pahala yang berlipat ganda buat mereka.. Kita doakan yang terbaik buat umat Isalm seluruh dunia..

Hari ni aku baca berita jam 10 malam. Dan aku masih di ohpiz lagi saat ini. Petang tadik, berkesempatan bermain badminton bersama rakan-rakan. Seperti biasa setiap hari Isnin dan Selasa. 6-8 malam. Siok gak lah mengeluarkan peluh kan.. Daripada duduk terperap di rumah dan asyik memikirkan kenangan lalu.. Ku rasa teda paedahnya pun.. Hidup kena di teruskan..

MELINGKAR

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Sejok gilakk!!!
Baru habis bverkonti sebenarnya.. Dan aku masih lagi dalam konti yang umpama peti sejok nih.. Adesss... Baju dah sangat tebal.. Tapi masih juga terasa sejoknya.. Bergegar seluruh tubuh aku.. Huii~~~

Hari ni ntah kali keberapa aku akan tido dalam keta.. Malas dah mau balik. Ngantuk sangat. Plus, jam 7 pagi ni akan bergerak ke lokasi shooting lagi.. Huhuhuhu.. Ginilah nasib ku kan.. Huhuhuhu... Sabar jak la... Mau buat macam mana kan.. Hurmmm

FINDING

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Salam Maal Hijrah!
Kiranya hari ini merupakan tahun baharu dalam Kalendar Islam 1434 H. Ndak sedar kan.. Esok lusa pun sudah mau masuk 2013. Aku masih jua begini. Ku rasa teda perubahan langsung. Masih banyak yang kurang dan belum ada sebijik pun yang aku perbaiki...

Lately, aku cuba untuk mencari senyumku yang sudah hilang. Selalu terperok saja di rumah. Kebetulan owner rumah yang aku stay skung ni ada datang, so misi melarikan diri seketika untuk bermanja-manja dengan kengkawan yang sudah lama ndak berjumpa.. Teringat akan ungkapan 'mempergunakan'.. Hurmm.. Tak kot, sebab diorang memang nak sangat jumpa ngan aku. First impression, sangat janda berhias.. Hahaha.. Bisik-bisik nakal mula kedengaran untuk 'menjodohkan' aku dengan seseorang yang memang memendam rasa sejak lama.. Ijam!! What!!!~~ Agak lucu kedengarannya, tapi yang pasti, aku dah buat clarify dengan Ijam supaya kami jadi kawan sajooo.. Malas lah dengan commitment nih kan.. 

SATU KISAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepz!
Jam 2 pagi tadik aku tersedar sehinggalah ke jam ini.. Hampir menunjukkan jam 4 pagi.. Semalam aku tidor awal.. Selepas selesi aktiviti di 1Borneo, ak terus pulang dan berehat dekat rumah.. Stok ubat dah habezz.. Jadik, aku keluar lagik dalam jam 6 petang untuk mencari ubat selsema..

Lepas beli ubat tuh, terus ja balik. Sebab sangat tidak selesa berjalan sambil membawa kotak tisu di tangan dan asyik terbersin. Sangat tidak beradap bagik aku rasanya.. Lepak dalam bilik saja sambil layan DVD Sioknya Bayu.. Review balik rakaman untuk mengenalpasti kelemahan dan perkembangan aku.. Tak banyak sangat perkembangan. Namun, love sangat2 episod dekat Ming Garden dan dekat Magellen Pasific Sutera Ballroom.. Hihihihi.. Transform gila-gila.. Thankz to my bos yang banyak membantu..

ON

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Im on FLU!!!
Adoi~~ Macam arus deras ja hingus keluar dari idong nih.. ndak terkawal betol.. Nasib baik stok tisu banyak dalam laci.. Actually aku masih dekat ohpiz lagi ketika ini.. Baru ja siap editing Carta 20 Terbaik.. Esok akan ke 1Borneo pulak bagi memeriahkan acara Akhir Pertandingan Nyanyi yang dianjurkan oleh jabatan kami.. Uhuuu~~ Aku kena incharge pasal Jingle, dan introduction untuk all contestan.. Fuhh~~ Kerja last minit memang bikin panass.. Kenapa ndak suruh bikin esok saja??

Aku rasa macam berat hati ja mau pigi sana tu esok.. Tawar hati pun ada. But, he told me to be positive in every situations.. So, mungkin ini yang menjadikan aku tabah sedikit hari ini. Redho dan menurut perintah.. SYMP saja.. Ini kali lah kan.. Pagi tadi duty sampai jam 10 pagi.. Lepas tuh buat rakaman VO untuk carta.. Clear Voice sebelum mencantumkan lagu ngan VO.. Adeh.. Ndak sempat siap, kena berlari lagi ke 1B untuk menghantar Jingle dan Introductions CD yang aku siapkan lebih awal pagi ni jugak.. Sangat ASBUN kan.. Namun, inilah natijahnya kalau menyuruh last minutes.. Teda yang sempurna..

ON DUTY

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Ellopzz!!
Sejok giller.. Aku dah sampai dekat konti.. Hehehe.. Jap lagi sharp on 12 midnight aku kene mula beraksi. Dah dua malam berturut-turut neh.. Masa menunggu untuk berkonti, so aku lampiaskan sedikit bahasa rindu menerusi tulisan aku via blog kesayangan aku nih.. Hehehhe..

Penat ging.. Setelah seharian berhadapan dengan DVD Korea yang rusak-rusak tuh, jam 5 petang aku keluar untuk mengeluarkan peloh ngan budak ohpiz aku.. Main badminton.. Fuu.. Siok jugak kan sesekali mengeluarkan peloh.. Kasut sukan aku basah.. Tapi itu ndak menghalang aku untuk beraksi bersemangat hari ni dengan kasut yang aku beli dekat Giant berharga RM 17.90 jer.. Biru terkois okeyy.. Menyerlah konon.. Hahaha..

WINDU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopzz!!
Windu gilak sama blog aku neh.. Ahahahaha~~~ Tetiba aku rasa tidak sendiri lagi.. Riang di hati berlagu meskipun realitinya aku sedih kerana sendiri.. Hoikzz!! Penat masih terasa bah.. Meninggalkan teman rapat aku.. Encik Lappy dan si Chomel.. Alhamdulillah, semua pun sihat saja..

Sampai ja semalam terus cuci baju.. 5 hari perjalanan yang cukup panjang ku rasa.. Mengembara mencari ketenangan hati yang semakin gundah.. Laut adalah teman yang paling setia.. Ihihihi.. Dan hari ini dah kembali semula berkerja.. Masuk ohpiz!! Ternyata banyak yang terjadi. Banyak yang aku tertinggal.. Huhuhuhu.. Bulan NOV ni dah start duty tengah malam.. So, kitorang kena lagi struggle kije sampai lewat pagi. Aku tidak ketinggalan lor.. Ade tersenarai bertugas untuk sesi 12-3 dan 3-6 pagi.. Huhuhuhu.. Exited jugak.. Sebab aku memang takde kije kot..