Si SINGLE

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Elopz semua! Apa khabar kamurang? Aku ok saja bah.. Tetiba mood hari ni rasa macam gampang jak.. Mau maki diri sendiri pun ada jugak.. Ntah la.. Aku takut untuk memulakan segalanya.. Huhuhuhu~~~ Hari ini aku membuka accaount FB aku.. Menyelak muka hadapan dan membuat beberapa editing pada ketetapan yang perlu... Status daripada Janda ku tukar kepada Single.. Ramai yang like.. Tidak kurang juga yang mengomen.. Namun, aku tertarik dengan komen si Pet. 'Sebelum ni berpunye ke?' Dan keadaan itu membuat aku sangat sakit hati.. Ntah apa motif dia.. Berjuang aku sendirian di konti untuk meleraikan soalan itu.. Arghhh!!!

Mood yang tidak berapa elok ni sebenarnya bermula daripada semalam.. Bos tidak meluluskan cuti untuk aku. Bukan saja-saja mau cuti... Aku tahu kalau cuti itu bukan untuk aku. Tapi, aku harus juga amik cuti tu sebab aku kena selesaikan banyak perkara.. Tapi, semalam, aku harus belajar menerima kenyataan untuk tidak bercuti.. Ya!! Batalkan niat itu.. Hurmm~~


Beberapa hari yang lepas, aku dah ada kawan bicara waktu malam. Namanya Danny Danial.. Dia selalu call kalau malam.. Ntah kenapa aku pun nda tau.. Dan aku tidak menyesal memberikan no phone aku pada dia. Aku pernah menyesal memberikan no aku dengan dia. Tapi, aku rasa keputusan untuk menyesal itu aku pilih terlalu gopoh.. Kerana buktinya hari ini, dia semakin berusaha untuk membuat aku gembira dan bahagia walaupun hakikatnya, dia masih belum mampu.. 

Naz Ba.. Seorang warga KPKK juga meminati aku dalam diam. Dan dua kali kami berhubung menerusi talian telefon. Agak membahagiakan sehingga membuat jantung aku berdegup kencang. Aku dah mula sayang dia. Dia pun selalu jugak menemani aku dengan sms di tengah malam. Sehingga memaksa aku bangun lewat. Hurmm.. Menyesal?? Tidak! Cuma, aku rasa tidak elok aku meneruskan hubungan dengan dia sebagai perhubungan yang lebih daripada kawan. Memandangkan dia seorang suami kepada seorang wanita yang cantik. Jelous tengok kebahagiaan itu. Namun, aku akui.. Aku harus pergi..

Semalam, membuang masa di rumah menyaksikan drama korea.. Cerita yang bermula dengan kelucuan yang teramat sangat kini semakin sedih.. Huh!! Nagis ja kerja aku.. Oikzz!! Bencik nih.. Macam mana mau semangat macam Sabrina kan?? HUhuhuhu.. Bukan ja semangat, tapi juga cinta macam Sabrina actually.. Huhuhuhu...

Bah! Kesejukan di ohpiz membangkitkan selera aku untuk merokok.. Jom! Jam 2 nanti boleh balik sudah.. Hurmmmm...

No comments: