I HATE THIS PART

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Malam ini tiba-tiba perasaan itu datang lagi.. Aku ndak jemput pun dia datang jugak.. Seriously, AKU BENCI PERASAAN INI.. Ndak tau lah.. Aku ndak boleh elak.. Sampai satu tahap, aku terpaksa buat pilihan untuk DEACTIVE kan akaun FB ku untuk sementara..

Arhgh.. Mudah2an benda ini ndakkan mengganggu kehidupanku.. Maklumlah.. ia melibatkan diri ku.. Bingung jugak bah bila datang perkara sebegini.. terus buruk MOOD di buatnya..

Apa perlu aku lakukan lagi?? Sebab aku tau, ianya tidak akan datang JIKA bukan AKU yang memulakannya.. tapi tidak bermakna aku MENJEMPUTNYA.. Yayyy!! Help.. My Name Is SAAT :(

DIA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sekarang ni aku tengah lepak di Restoran Singgah Selalu sambil mendengar ERA.FM Online. Cara terbaik untuk menenangkan fikiran.. Lepak sama kawan dan bergumbiraa.. :)

Emmm.. Aku ada buka DUA BLOG dari kawan2 aku.. Menyedihkan.. Membingungkan.. Tapi aku ndak mau memusingkan kepala memikirkan semua itu.. sebab aku juga ada masalah yang turut membingungkan. Supaya fikiran tidak bercelaru, aku cuba untuk mengambil jalan mudah.. Let's they solve it togather.

Sedar tak sedar aku dah hampir dua tahun menjawat jawatan sebgaai Penerbit Rancangan di Opis aku tuh. Sibuk? Memang sibuk. Gembira?? Kenapa perlu persoalkan perasaan gembira ku sedangkan aku sedang berjalan di atas cita-cita aku?? Dan aku yakin, mesti kamu tau jawapannya.. Kompomnya aku GEMBIRA!! Hahaha

Exam untuk memastikan diri berada pada posisi "selamat" di opis sudah aku jalani. Dan masanya aku redho dan tawakkal dengan keputusan yang bakal diumumkan.. Adakah akan berwarna MERAH untuk kesekian kalinya? Atau memunculkan warna HIJAU yang sentiasa dialu-alukan?? emmm...

Beberapa hari ini aku asyik fikir pasal SCANDAL ku yang mana lepas ini akan aku umpamakan sebagai "DIA". Hehehe.. Ntah lah.. mau cakap rindu bertandang lagi.. memang pun.. mau cakap aku mabuk cinta... endak jugak.. cuma mungkin perasaan ini berbeza daripada biasa. Kalau sebelum ini perasaan RINDU itu menandakan sayang.. tapi aku yakin kali ini, perasaan rindu pada DIA hanya sebagai seorang kawan. Aku teringin untuk melihat mukanya, menatap matanya, memegang tangannya.. hahahaha.. macam aku di dukun-dukun pulak kan.. tapi yang pasti, aku tidak akan menjilat semula ludah yang telah aku ludahkan.

DIA. Terkejut bila aku melihat dia bersama orang yang dia sayang. Sebelum ni memang ada pun juga dia bercerita mengenai si dia yang DIA sayang. Aku macam biasa. Cuba untuk menjadi pendengar yang baik. Tapi, aku ndak pernah mau tahu, siapak si dia yang DIA sayang tu sebenarnya. Dan pada satu hari, aku TERnampak DIA bergambar dengan si dianya.. Alhamdulillah... Semoga mereka bahagia.. sweet jak ku nampak :)

Jelous?? TIDAK!!! aku TIDAK Jelous.. My Name Is SAAT :)

EXAM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari demi hari aku lalui dengan penuh cita-cita.. Setiap hari kita cuba untuk mencapai setiap matlamat.. dan kadang kala kita alapa untuk melakukan sesuatu demi mencapai cita-cita sehingga hari yang seterusnya berkunjung tiba..

Pada 04 Okt 2010, aku mencuba nasib sekali lagi untuk menghadiri Peperiksaan oleh SPA yang kesekian kalinya aku hadiri.. Dan seperti biasanya, aku datang dengan penuh azam dan cita-cita untuk memenuhi segala impian. Dan yang pasti aku kelam kabut. Itu tandanya, belum cukup persediaan aku lakukan, tetapi tidak bermakna aku tidak bersungguh-sungguh..

Hari itu, aku terlupa untuk menyediakan resume dengan lengkap.. Fail yang sepatutnya aku binding, aku lupa siapkan. Nasib baik ada makcik yang terchenta.. meskipun kena bebel.. hahaha...

Sampai di pusat vtemuduga di Ba-Zhong tu, aku teringat, bahawa aku terlupa untuk membawa necktie bersama.. hahaha.. Nasib baik ada abg Zhaf.. Thankz a lot to him :)

Dan alhamdulillah, aku berjaya mengharunyi meskipun ada sedikit kekecewaan yang di khabarkan oleh pegawai SPA kepada ku.. Nak wat apa kan?? Huhuhuhu... Satu jak yang aku yakin, kalau dah rezeki ndak akan kemana.. My Name Is SAAT :)

SUNYI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari menjelang bersilih ganti.. Dan aku masih seperti dulu.. Entah mengapa tiba-tiba hati ini terfikir untuk melakarkan satu tajuk yang sudah sekian lama aku rasai. SENDIRI.. SUNYI.. emm

Kadang kala terfikir, betapa diri ini rugi kerana tidak mampu untuk menerima cinta vyang diberikan oleh seseorang.. Yang pasti, keadaan ini terdorong kerana aku bukan lah seorang yang mudah untuk menerima cinta selepas perkara2 yang telah berlaku kepada ku beberapa hari yang telah lalu..

Setiap kejadian pasti akan memberikan satu pengalaman. Dan, pengalaman itu telah mewujudkan satu trauma dalam hati yang mengkin telah menyebabkan aku menolak semua cinta yang datang kepada aku. Cuma yang pasti, aku kini hanya ingin menumpukan cintaku pada diri dan keluargaku serta mereka yang mengharagi aku.. Tidak bermaksud, mereka yang mencintai aku, perlu aku layan sebagaimana mereka mencintai aku.. Kerana aku tau, cinta yang tidak ikhlas akan membuatkan mereka yang menerimanya akan merasai satu perasaan yang pedih.. Kenapa?? Sebab aku dah melaluinya.. hehehe

Betul lah.. Aku merasa sungguh sunyi.. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan aku menerima ramai pelawaan untuk bercinta.. Dan bukanlah satu tingkah yang elok jika aku menolak tanpa menerangkan kepada mereka. Dan yang pasti, aku masih belum siap untuk melaluinya.. atau lebih jelas, untuk melukai hati yang masih terasa pedihnya..

Dan tingak aku ini terasa seolah2 aku tidak berusaha untuk mencarinya.. Namun, aku redho.. Biar apa yang datang lepas ini mampu mengajarku.. kerana cinta itu buta.. dan cinta boleh membawa kita ke satu laluan yang hilang dan gelap jika kita tidak boleh memandunya..

Meski sepi dan sunyi meruntun jiwa, aku yakin, dengan adanya kawan dan keluarga, kesedihan itu tidak akan bertapak lama.. Kerana cinta mereka sentiasa mekar dengan gelak tawa dan senda gurau yang mudah-mudahan tidak akan pernah kering..

Setiap cinta yang bertapak dalam hati perlu diurus dengan penuh hemah.. Jika anda sudah bersedia, hadapilah ia dengan hati-hati.. kerana cinta itu memang bahagia.. namun, adakah anda yakin, kebahagian adalah selamanya?? My Name Is SAAT :)