SUNYI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hari menjelang bersilih ganti.. Dan aku masih seperti dulu.. Entah mengapa tiba-tiba hati ini terfikir untuk melakarkan satu tajuk yang sudah sekian lama aku rasai. SENDIRI.. SUNYI.. emm

Kadang kala terfikir, betapa diri ini rugi kerana tidak mampu untuk menerima cinta vyang diberikan oleh seseorang.. Yang pasti, keadaan ini terdorong kerana aku bukan lah seorang yang mudah untuk menerima cinta selepas perkara2 yang telah berlaku kepada ku beberapa hari yang telah lalu..

Setiap kejadian pasti akan memberikan satu pengalaman. Dan, pengalaman itu telah mewujudkan satu trauma dalam hati yang mengkin telah menyebabkan aku menolak semua cinta yang datang kepada aku. Cuma yang pasti, aku kini hanya ingin menumpukan cintaku pada diri dan keluargaku serta mereka yang mengharagi aku.. Tidak bermaksud, mereka yang mencintai aku, perlu aku layan sebagaimana mereka mencintai aku.. Kerana aku tau, cinta yang tidak ikhlas akan membuatkan mereka yang menerimanya akan merasai satu perasaan yang pedih.. Kenapa?? Sebab aku dah melaluinya.. hehehe

Betul lah.. Aku merasa sungguh sunyi.. Tidak keterlaluan jika aku mengatakan aku menerima ramai pelawaan untuk bercinta.. Dan bukanlah satu tingkah yang elok jika aku menolak tanpa menerangkan kepada mereka. Dan yang pasti, aku masih belum siap untuk melaluinya.. atau lebih jelas, untuk melukai hati yang masih terasa pedihnya..

Dan tingak aku ini terasa seolah2 aku tidak berusaha untuk mencarinya.. Namun, aku redho.. Biar apa yang datang lepas ini mampu mengajarku.. kerana cinta itu buta.. dan cinta boleh membawa kita ke satu laluan yang hilang dan gelap jika kita tidak boleh memandunya..

Meski sepi dan sunyi meruntun jiwa, aku yakin, dengan adanya kawan dan keluarga, kesedihan itu tidak akan bertapak lama.. Kerana cinta mereka sentiasa mekar dengan gelak tawa dan senda gurau yang mudah-mudahan tidak akan pernah kering..

Setiap cinta yang bertapak dalam hati perlu diurus dengan penuh hemah.. Jika anda sudah bersedia, hadapilah ia dengan hati-hati.. kerana cinta itu memang bahagia.. namun, adakah anda yakin, kebahagian adalah selamanya?? My Name Is SAAT :)

No comments: