FINDING

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Salam Maal Hijrah!
Kiranya hari ini merupakan tahun baharu dalam Kalendar Islam 1434 H. Ndak sedar kan.. Esok lusa pun sudah mau masuk 2013. Aku masih jua begini. Ku rasa teda perubahan langsung. Masih banyak yang kurang dan belum ada sebijik pun yang aku perbaiki...

Lately, aku cuba untuk mencari senyumku yang sudah hilang. Selalu terperok saja di rumah. Kebetulan owner rumah yang aku stay skung ni ada datang, so misi melarikan diri seketika untuk bermanja-manja dengan kengkawan yang sudah lama ndak berjumpa.. Teringat akan ungkapan 'mempergunakan'.. Hurmm.. Tak kot, sebab diorang memang nak sangat jumpa ngan aku. First impression, sangat janda berhias.. Hahaha.. Bisik-bisik nakal mula kedengaran untuk 'menjodohkan' aku dengan seseorang yang memang memendam rasa sejak lama.. Ijam!! What!!!~~ Agak lucu kedengarannya, tapi yang pasti, aku dah buat clarify dengan Ijam supaya kami jadi kawan sajooo.. Malas lah dengan commitment nih kan.. 


Selesai doa awal dan akhir tahun di Masjid Negeri KK, aku ngan Mumy memandu menuju ke Sugarbun Tanjung Aru.. Di sana kami lepak sambil dinner. Lepas tuh menjemput kawan-kawan yang lain di mahligai masing-masing dan mengangkut mereka ke Q-Bar.. Sorang kawan kami akan menyertai satu pertandingan dekat situ. So, kami support saja lah.. Malam semalam baru rehasel.. Malas mau berlama-lama di sana.. Beberapa ketika, selepas rehasel selesai, kamimemandu pulak ke Puncak Kasih. Open air karoks places.. Memang siok tempat tuh. First tyme masuk dah jatuh cinta. Relax dan mendamaikan.. Lagu Mengusung Rindu jadi pilihan. Meskipun suara agak sengau dan batuk-batuk manja, namun itu tidak menghalang aku untuk berabis berkaroks..

Selesai di sana lebih kurang jam 1 pagi.. Memandu pulak ke sebuah restoran dekat Kepayan. Lepak sampai jam 3 pagi.. Ketawaaa terus. Agak janggal sebenarnya berada bersama mereka.. Tapi, aku tidak seperti orang lain.. Kerana tiada bezanya kita di sisi Tuhan yang mencipta.. Semua sepakat untuk tidor dekat umah Mak Hayam.. Jam 11 pagi baru tersedar.. Aku bersiap dan terus balik untuk mandi dan rest mind yang masih kebingungan..

Bila sampai di rumah, terasa kosong kembali.. Pakcik aku dah gerak ke Keningau.. Ok! So, what should i do? Gerak ke tepian laot dan berfikir sambil menyaksikan ramainya keluarga di sana.. Tidak lama, kerana hujan lebat meragut kegembiraan khalayak..

Memandu berseorang ke CP. Cuci mata dan terjumpa balik dengan diorang Mumy.. Grouping of us jenjalan.. Macam mau patah leher berpusing 360 setiap kali melihat kelibat anak ikan.. Hahahaha.. Lucu siottt diorang ni.. Setiap tingkah dorang, ada ja yang buat aku ketawa.. Sebelum pulang, bersinggah sebentar di Food Court menikmati Conlow Mee Daging.. Slurpyyy sangat!! Semua pun muka puas.. Hahaha.. Malam ni dorang ajak jenjalan lagi.. But i said, no... Sebab esok kena kerja awal pagi.. But for sure, Malam Minggu tetap ON!! Semua sudah janji.. Dan janji harus di tepati..

Hurmm.. Mencari kebahagiaan mengikut cara aku sendiri.. Sekarang ni, aku masih lagi tercari-cari arah.. Buat masa ni, aku main redah saja.. Apa yang tak elok, tolak tepi.. Tapi, kekadang, pikiran waras aku ni rasanya banyak menghalang aku untuk mendapatkan kebahagiaan yang ku cari... Jadeyyy... Bergilak laaah jawaban yang paling pas!!

No comments: