SATU KISAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hyepz!
Jam 2 pagi tadik aku tersedar sehinggalah ke jam ini.. Hampir menunjukkan jam 4 pagi.. Semalam aku tidor awal.. Selepas selesi aktiviti di 1Borneo, ak terus pulang dan berehat dekat rumah.. Stok ubat dah habezz.. Jadik, aku keluar lagik dalam jam 6 petang untuk mencari ubat selsema..

Lepas beli ubat tuh, terus ja balik. Sebab sangat tidak selesa berjalan sambil membawa kotak tisu di tangan dan asyik terbersin. Sangat tidak beradap bagik aku rasanya.. Lepak dalam bilik saja sambil layan DVD Sioknya Bayu.. Review balik rakaman untuk mengenalpasti kelemahan dan perkembangan aku.. Tak banyak sangat perkembangan. Namun, love sangat2 episod dekat Ming Garden dan dekat Magellen Pasific Sutera Ballroom.. Hihihihi.. Transform gila-gila.. Thankz to my bos yang banyak membantu..


Episod blom abis aku tengok, tapi mata dah semakin rabak.. Rasa mau koyak mulut menguap terus.. Walaupun waktu itu masih awal, namun aku gagahkan diri mematikan suis yang patot dan bersembunyi di bawah selimut sebelum tidak sedarkan diri.. Jam 10 malam tersedar seketika.. Benda pertama yang di ambil adalah HP.. Kosong!! Kecewa? Ada lah sedikit.. Tidur bersama perasaan kecewa sehinggalah jam 2 pagi tadik.. Huhuhuh~~~ 

Memandang awan yang mendung di langit. Gelap dan sangat redup.. Sejuknya Ya Tuhan!! Tetiba aku terpandang pada pensil yang tersadai di beranda umah.. Meliha dengan penuh tajam.. Dan akhirnya, diri terbawa ke masa silam yang cukup memilukan.. Masa tuh, semua pun berantakan.. Tidak seteruk makna 'berantakan' itu, namun.. Kalau dalam persahabatan mungkin yea.. Masing-masing sibuk memujuk sehingga lupa akan peranan masing-masing.. Lupa makna MENGALAH dan terus menyanjung EGO yang ntah apa faedahnya..

Amira Idora yang juga aku kenal sebagai Cik Gaban.. Seorang yang periang dan suka buat lawak. Aku tak pernah jumpa dia nih.. Cuma yang aku tau, dia budak Johor dan sangat baek dengan kawan aku. Aku kenal dia pun dari kawan aku jugak. Dulu, aku pernah cemburu sebab hubungan dia dengan kawan aku tu rapat sangat. Almost a week mesti dia turun Johor atau kawan aku tu turun Kuantan. Tak pun, just meet up dekat KL.. Hurmm.. Tak salah kan aku cemburu? Aku bukan cemburu sebab benci or what.. Aku just cemburu dengan perhubungan diorang. Amira baek dan kawan aku tu pun baek.. Diorang senang-senang ja boleh jumpa.. Aku? Jauh sinun di seberang laot.. Tak sangka kalau Amira tau banyak pasal aku.. Huhuhu~~ 

Dialah insan di sebalik cerita Pensil dan Pemadam tuh.. Cerita pasal pensil yang buat salah.. Tapi, pemadam tetap setia memaafkan.. Dalam persahabatan seharusnya tiada perkataan MAAF.. Kerana bagi aku, sebelum kata maaf itu di tuturkan, seharusnya kawan yang satu seharusnya mengerti lebih awal.. Bagi aku, sahabat itu sungguh istimewa.. Ndak macam Rakan or Kawan.. Ia ada satu hubungan yang sangat intim.. Hampir atau mungkin lebih rasanya macam kita cinta seseorang.. Hurmm..

Semalam birthday Amira.. (11.11.12) aku tak tahu yang keberapa tahun. Tapi, rasanya dia masih lagi muda.. Tapi, usia dia tak panjang. Atas sebab kesihatan, dia pergi meninggalkan kami.. Aku pun baru tau beberapa bulan yang lepas. Sebab masa tuh aku ada krisis dengan kawan aku tuh.. So, sangat tak tahu menahu pasal dia.. Bila di beritahu, then rasanya jantung ni bagai nak tercabut.. So, kebetulan aku dah pasang niat untuk ke Kuantan, Pahang one fine day nanti, aku dah minta pertolongan seseorang untuk tolong aku mencari pusara dia.. Rase nak lawat dia.. Memudahan dia aman di sana.. Sebab kawan yang satu nih pun, tak sure lagik, Amira di kebumi dekat Pahang or Johor.. Anyhow, insya-Allah, dengan izin-Nya, aku pasti akan tiba..

Al-Fatihah untuk Amira Idora :(

No comments: