MANUSIA BIASA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
 
Olaa!!
Hari ni aku mau ucapkan TAHNIAH pada diri aku sebab dengan penuh sabar melalui jamp yang tahap gaban.. Lepas tu mau juga ucap TAHNIAH sebab aku datang awal hari ni.. TAHNIAH jugak sebab untuk pertama kali (kot) datang ke ohpiz awal walaupun bukan waktu untuk aku bersiaran.. Ahahaha.. Ntah semangat apa yang menyerang aku nih.. Tapi, aku BANGGA!! Ngehhhh~~
 
Alhamdulillah, ni hari sudah 20 Sept 2012.. Banyak yang berlaku dalam hidup.. Ini semua takdir dan aku terima dengan baik adanya.. Semua yang berlaku sudah tercatat dan apa jua yang menimpa, walau siapa dan apa pun puncanya.. Itu semua sudah tertulis sebagai satu ujian yang harus kita galas..


Setiap kejadian yang berlaku pada kita merupakan takdir hidup.. Kita hanya di berikan OTAK untuk berfikir secara POSITIF dalam memilih jalan.. Jalan yang aku maksudkan adalah yang RASIONAL atau yang TIDAK RASIONAL..
 
Seharusnya, apa jua yang berlaku harus di jadikan sebagai pengajaran.. Bukan dijadikan sebagai satu titik mula untuk menghukum.. Setaip manusia HARUS melalui kesilapan untuk BELAJAR.. Dan manusia yang BERANI adalah yang sanggup menerima KRITIKAN sebagai satu pengajaran.. Sesungguhnya mereka yang tidak belajar adalah mereka yang KURANG menggunakan anugerah TERBESAR yang diberikan oleh Tuhan kepadanya..
 
Bukan saja-saja mau ucap TAHNIAH sebenarnya.. Kerana ucapan ini umpama satu pendorong dan motivator pada diri untuk terus memperbaiki kesilapan lalu.. Kerana semua ini dilakukan dengan AZAM dan DISIPLIN yang kuat.. Harus di utarakan ucapan TAHNIAH itu kerana bukan semua orang boleh melakukan hal yang sama..
 
BILA kita sudah merasai nikmat sayang, kita bisa lupa bagaimana sakitnya terluka.. Dan bila kita terluka, kita juga akan terus melupakan rasa sayang yang dia dan kita ada.. Mudah! Kerana itu hakikatnya.. Orang sekarang akan mengenang yang BURUK walaupun sekadar satu benda kecil yang tercalit dalam jutaan kebaikan. Namun, SIAPA KITA untuk mengukur kebaikan yang telah kita persembah?? Kita hanya HAMBA..
 
MULUT dianugerah bukan untuk sesukanya melampiaskan kata.. Kerana itu akan jadi saksi pada kegiatan kita di sana nanti.. Begitu juga dengan MATA.. Maka peliharalah ia.. Apalah agaknya nak di bandingkan RASA MALU sesama HAMBA sedangkan kita YAKIN, ALLAH itu ada dimana-mana..
 
Sekadar nasihat untuk diri sendiri yang seringnya alpa.. Aku masih belum sempurna.. Dan aku perlukan NASIHAT dan BIMBINGAN dari semua.. Tapi aku yakin.. Semuanya BUKAN bermula dari LANGKAH PERTAMA.. ianya bermula dari HATI YANG TERBUKA..

No comments: