KU AKUI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Aii~~
Kepala dizzy sangat!! Dah bergolek beratus kali atas tilam nih.. Tapi mata ndak jugak mau tertutup.. Maka, sekarang sudah jam 2.43 pagi.. Dah amik 2 pil active fast tadik.. Hopefuly akan ok lah.. Huhuhuu~~

Ari ni, kerja aku banyak termenung dan mengelamun.. Fikiran sering melayang dan terbang.. Mencari satu daerah yang boleh aku singgah untuk mencari kekuatan diri.. Hati ini masih terus di rundum resah.. Dan aku masih berusaha untuk menangis! Dada ini sudah terlalu sesak.. Dan tiap kali air mata ingin mengalir, seolah ada yang menghalang aku daripada melakukannya.. Dan aku tau, sesak ini tidak akan reda jika aku tidak menangis.. Begitulah selalunya..


Hari ini adalah hari yang aku maksudkan.. Hari yang merelakan aku dengan seikhlas hati menganggap dia sebagai seorang kawan. Walau hakikatnya dia sudah lama menganggap aku kawan. Sejak awal 2012, kesedihan demi kesedihan aku tempuh.. Dan aku juga yakin kalau kesedihan ini dapat aku lalui dengan sedikit pertolongan.. Biarkan aku menjauh.. :(

Aku bukan sesempurna insan lain.. Aku punyai banyak kekurangan. Serba serbi kurang. Namun, tadahan syukur tetap aku lakukan di atas nikmat yang diberikan kepada aku.. Selama berhubungan dengan dia, dia banyak memperbaiki aku.. Memperbetulkan semangat aku, pemikiran aku, penampilan aku, dan cara aku.. Sedang di sisi aku, lebih banyak membuatkan dia terasa sakit di hati berbanding senyum di bibir.. Senang cakap, dia sangat malang mengenali insan macam aku..

Sebagai insan biasa, aku ndak menginginkan banyak.. Aku cuma perlukan ketulusan mencinta, kejujuran bicara dan keikhlasan gerak badan dan bahasa.. Kalau di situ masih ada cinta, jagalah ia sebaiknya.. Dan berilah ia kepada insan yang lebih berhak pada pendapat kamu.. Aku akan berusaha sehabis baik untuk melupakan segalanya.. Cuma, seperti yang aku cakap tadi, sedikit pertolongan aku perlukan.. Biarlah aku menjauh.. :(

Aku akui.. Kamu seorang manusia yang baik.. Yang Sangat baik.. Yang Terlalu baik.. Yang pernah singgah di teratak usang hati ku.. Terima kasih atas pengalaman cinta pertama untuk aku..




No comments: