HARAPAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Akibat kecelakaan mood yang sangat meresahkan.. Aku bercuti hari ini.. Meskipun tidak mengambil cuti secara rasmi.. Kira escaping la bah aku ni hari. Namun, ada aku kesah?? Uhuhu.. Kebetulan juga ni hari akan menjadi MC untuk majlis Rumah Terbuka Setiausaha Persekutuan bersama TYT.. So, kira ok lah tu.. Preparation kunun..

Semalam, lepak sampai jam 4 pgi di tepi laut sensorang.. Damai dan dunia ini terasa begitu luas. Masalah itu terus datang menghimpit.. Dan aku berjaya serakkan sedikit ke aliran laut yang kelihatan rata seolah tanah yang tandus.. Takut juga kalau ada apa-apa.. Tapi aku nekad.. Perasaan sedey dan lonely yang menghukum aku sejak dua hari lepas betul-betul menyesakkan dada.. Sehingga apa yang aku buat semua serba tidak kena.. Sehingga apa yang orang cakap semuanya terasa bagai menghiris hati nurani aku.. Dan sehingga Kak Mas pun bisa memarahi aku.. Adui~~ Ya lah.. Kalau sudah mesyuarat KIK aku ndak ikot..


Huh!! Bila bercakap pasal harapan yang menggunung.. Aku harus akui kalau aku masih mempunyai banyak harapan yang belum di selesaikan.. Misi yang tertanggung dan ada juga harapan yang nampak kabur-kabur.. Dan bila aku memikirkan hal yang berkaitan dengan harapan ini, maka benda yang paling awal muncul adalah CINTA. Harapan kepada seseorang yang aku sayang.. yang aku cinta.. Tipu lah aku kalau sebelum ini aku tidak mengangankan sesuatu yang membahagiakan. Namun, sejak beberapa kejadian yang berlaku sejak awal 2012 ini, harapan itu semakin tercemar.. Semakin teruk tercalar.. Dan, aku cuba untuk merawat harapan itu berdasarkan kekuatan cinta yang masih utuh di tempatnya.. 

Setelah menghambakan diri di hadapan laut semalam, aku merasakan kalau aku harus memberi dia peluang. Peluang untuk mencari kehidupan baharu.. Kehidupan untuk mencari harapan dan sinar yang baru. Sebelum ini, dia pernah menyatakan pada aku, kalau dia tidak pernah merasa bahagia yang dia cari sepanjang bersama dengan aku.. Sedih.. Musnah.. Dan rasa mau bunuh diri pun ada.. Apa kamu rasa kalau orang yang sering membuat kamu bahagia sering merasa terluka atas kegirangan kamu?? Ohw.. Serius aku terasa hina.. Mungkin kerana ilmu CINTA di dada yang masih belum cukup ku punya.. Dan kini, kami hanya kawan biasa.. Yupz! Kawan biasa..

Harapan yang aku simpan di jiwa selama ini biar ku pendam.. Tiada sesiapa yang layak untuk memperbaiki harapan ini.. Biarkan lah dulu rubuh menanti musnah.. Sebab aku percaya dengan takdirnya Tuhan. Jika dia bukan orangnya, tentu ada yang sedang menunggu aku.. Tapi, bukan sekarang masanya.. Biarkan aku meruntuhkan istana cinta ini dulu.. Biarkan aku membersihkan segala yang masih tersisa.. Lepas tuh, baru lah bina harapan baharu..

U! Selama ni I ungkapkan kata KAWAN itu bukan semudah yang u sangka.. Perit dan cukup sakit.. Janji I yang terakhir pada u.. I akan jadik kawan u starting this FRIDAY means ESOK (10-09-2012).. Tiada lagi harapan yang boleh membuatkan u sedih.. Dan, plis understand kalau i buat keputusan ni bukan memikirkan diri sendiri.. I juga memikirkan hak u selaku insan yang inginkan kebahagiaan.. Think it in positive way ya!! Untuk yang terakhir kali.. Maaf sebab dah buat u berpisah dengan Danny yang bercinta 6 tahun dengan u.. Dan maaf lagi besar i sembahkan kerana buat u berpaling daripada keluarga u.. I tahu maaf I tak bererti pun!.. Namun, yakinlah.. Allah menjanjikan Hikmah yang maha sempurna untuk hamba-Nya.. Insya Allah..

*Kalau ada benda yang u tak suke, u cakap terus terang dengan i.. U masih ingat kan syarat i dulu??.. Ikhlas dan Jujur.. One thing.. Jangan paksa diri u untuk orang yang tak berguna macam i.. 

No comments: