TERUSIK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Uhukk!!~~
Alhamdulillah.. Semua sudah selesai hari ini.. Meskipun aku tidor hanya sejam pagi tadik.. Namun, sehingga kini, mata ini masih terus segar terbuka.. Dan kini aku sudah pun berada di rumah.. Ntah, aku belum betah duduk di pejabat.. Sejak berpindah, sedikit rutin aku berubah.. Tidak seperti dulu.. Mungkin kerana jarak ohpiz baru yang begitu jauh..

Seawal jam 6 pagi aku meninggalkan umah.. Membawa misi ceria untuk mengembalikan semula apa yang telah aku hilangkan.. Semangat ini sungguh kuat.. Dan syukur juga, semuanya berjalan dengan lancar.. Cuma hari ini, akibat ketidak stabilan emosi, aku terlalu cepat sedih dengan semua yang berlaku..


Sampai ohpiz hari ini dalam jam 7.30 jugak.. Bersiap sedia untuk rancangan tv-i bersama Dj Fatien untuk pertama kali kami digabungkan sebenarnya.. Dia kelihatan kekok.. Sama macam aku dulu-dulu.. Dan aku cuba bertindak menenangkan dia.. Walaupun sedikit tidak berjaya.. Tapi, dia sedikit boleh terima dan tidak memperdulikan suasana 'petugas' yang memberi perhatian. Mood agak tidak bagus sebenarnya.. Bermula daripada bilik make-up sampailah selesai siaran jam 10 pagi..

Lepak bersama tetamu di kantin seketika.. Aku tidak lalu nak makan nasik.. Hanya meratah lauk dan sayur sahaja.. Dalam jam 11 pagi naik ke pejabat. Bos nak jumpa aku.. Dan aku di khabarkan untuk melakukan tugas sebagai MC untuk program Rumah Terbuka Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah.. Sedikit gementar sudah menghukum kalbu tatkala perkhabaran itu melalui telingaku.. Sekali lagi aku tenang menerima tugas untuk menyertai Ging Bubut ke Kudat.. Kali ini akan bermalam di sana.. Dengar cerita PM akan turun ke Kudat.. Hurmm..

Sedikit rimas dengan perasaan sendiri.. Aku berlalu meninggalkan ohpiz. Tempat pertama yang aku tuju adalah Car Wash.. Si Chomel sudah berada di KK sejak sekian lama.. Habuk yang di'pungut' ketika di Tawau dan sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu semakin menebal.. Dalam kereta jangan cakap lah.. Uhuhuhu.. Memandangkan aku belum menemui paip yang sesuai untuk memandikan si Chomel, maka di bawa dia ke Car Wash berhadapan pintu masuk kompleks KPKK..

Setelah itu, terus bergerak ke CP.. Entah apa aku mau buat di situ.. Tapi aku rasa, mau menari lagi Novel.. Sebagai persediaan untuk mengisi masa lapang dikala kesunyian.. Dan aku di sana agak lama.. Window Shopping.. Berjalan sehingga kaki penat. Bila penat, rembat coke dekat stall mini dan bergerak ke ruangan luar untuk berasap.. Panas!! Lepas tuh, masuk lagi sekali.. Kali ini melihat DVD korea.. Ingat mau carik DVD Devdas.. Sekali yang di jumpa 3 Idiots pulak.. Comel sungguh pelakon lelaki yang duduk di sebelah kanan sekali.. Hahaha.. Beli tak beli, beli tak beli.. BELI.. Oh! Membazir.. So, keputusan terakhir tidak beli.. Aku terus melangkah.. Dan akhirnya berhenti..

Di sebuah saloon yang tengah mengadakan promosi.. So, amik peluang untuk treatment rambut, gunting dan stylingz.. Thankz untuk pendandan rambut yang bernama Noi.. Seronok becerita dengan dia.. Next tyme sure aku datang situ lagi..

Selepas itu, terus balik umah.. Jam 4 lebey sampai umah.. Dan, aku memulakan bacaan untuk satu lagi novel dari syarikat terbitan yang sama.. Penulis yang berbeza.. Maaf Jika Aku Tidak Sempurna.. Huh! Sangat sentimental jiwa aku hari ini.. Begitu mudah terusik.. Hurmm..

No comments: