TERBUKANYA MATA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Malam ini agak berasuk aku untuk mengupdate lagi status.. Beberapa perkara yang menyebabkan aku sukar untuk menutup mata meskipun malam semakin larut.. 2.16 pagi.. Dan aku masih berjaga.. Beginilah aku kalau tiada benda yang aku fokus untuk di lakukan.. Lebih banyak mengeluh dan menangis atas kesilapan yang dilakukan diri..

Bermula dengan perginya seorang yang aku hormat sebagai seorang kawan.. Hilangnya dia secara tetiba.. Semua salah aku bila aku memaksa dia untuk melakukan sesuatu.. Aku minta maaf! Dan keadaan itu menyebabkan dia hilang kepercayaan pada aku.. Maaf!! Aku terlalu pentingkan diri.. Dan percayalah.. Aku masih hormat dengan pendirian ko.. Kalau ini yang kau gendang.. Maka 'inilah' yang aku tari..


Kehidupan yang semakin sunyi selepas itu.. Mengikut kaki melangkah menjalar ke seluruh pelusuk bandaraya.. Belajar untuk bertindak hipokrit.. Senyum yang terpaksa.. Dengan semua di atur seperti biasa.. Belajar untuk kuat.. Nyata aku masih belum berkuasa.. Nasib baik suasana pejabat masih lagi 'kosong' dek kerana ramai rakan setugas yang masih belum pulang dari bercuti.. Maka aku juga hilang setiapkali setelah selesai melakukan kerja.. Mengurung diri di bilik beberapa hari.. Muhasabah diri konon!! Akhirnya tidak menjadi.. 

Lima hari tidak menghantar berita.. Juga tidak menerima sebarang berita.. Satu masa yang cukup lama bagi aku.. Pagi itu.. Aku memberanikan diri.. Menghantar mesej kosong.. Tidak berbalas.. Hati mula diruntun rasa pilu.. Ku kirim sms kosong itu dengan harapan, dia akan membalasnya.. Namun hampa.. Sekali lagi.. Kali ini aku mula berterus terang menyuarakan apa yang terbuku di hati.. Lewat malam begitu, baru aku menerima balasan.. Oh Tuhan! betapa aku terloncat keriangan.. Tanpa membuang masa, terus aku membalas semua smsnya.. Tidak lama.. Kerana aku sedar akan kesilapan aku.. Sedikit malu mula mencuit rasa.. Paling pedih! Bila sakitnya dia ku rasakan ada kaitannya dengan aku.. Ya Allah!! Pedihnya hati ini.. Kenapa aku begitu bodoh dan sering berfikir setelah semuanya berlaku? Kenapa aku sering menyesal di penghujung keputusan??!!

Dan masa itu aku sedar kalau diri aku barangkali sudah dilabel sebagai 'kawan' dalam dirinya.. Dan aku cuba bertindak seperti seorang kawan yang perihatin.. Kesungguhan cuba aku suakan dalam setiap mesej.. Namun, ada satu suara terdetik.. 'Jangan ganggu dia' dalam hati.. ternyata detik hati itu membawa padah apabila sebentar tadi aku mengexplore fb dia.. Marahkah dia?? Tapi yang pasti, dia terasa dengan tindakan aku.. Haruskah aku berjanji lagi?? Babe.. Sudikah kiranya u.. Ah! Lupakanlah.. I serik.. Dan i yakin kalau u lagi serik dengan insan macam i.. Hurmm.. Pantas dua mesej i tadi u ignore.. Hurmm.. 

Dan untuk tidak kehilangan orang yang paling i sayang.. I kena membuka mata.. Berusaha sedaya upaya untuk merebut u kembali.. Hanya yang i perlu adalah hati u.. Maaf andainya luka dihati u semakin dalam disebabkan kebodohan i.. Percayalah.. Hati ini tidak pernah berhenti mendambakan kamu.. :((

MIZZ H.M.A.M. KETAT-KETAT!!

No comments: