CEMBURU

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata sekadar titik mula pada derita yang tidak bertepi.. Sumpah! Bukan ini yang aku mahu.. Sumpah juga! Aku tidak pernah mahu membuat kamu berasa terseksa atas kemunculanku dalam hidup mu.. Sekadar ingin memberikan kebahagiaan kepada kamu.. Ternyata, aku masih belum mampu.. 

Namun.. Mengapa layanan kamu perlahan-lahan memberi satu tanda tanya di hati ku? Mungkinkah kita merasai satu gelombang rasa yang sama? Atau adakah ini sekadar mainan perasaan yang tidak henti-henti menduga jiwa? Sejak mula.. Sehingga ke hari ini.. Sayang ku pada kamu tidak mungkin akan berubah menjadi benci.. Yakinlah itu..


Sejak mula, aku mula jatuh hati pada cara kamu melayan aku.. Cara kamu menjaga aku.. Cara kamu menemani aku.. Walau hakikatnya kamu jauh.. Tapi, kamu sentiasa ada.. Tulusmu terus mengikat aku.. Hati aku sering panasaran tiap kali aku mengatur langkah untuk berganjak pergi.. Hati aku rawan.. Jiwa ku di garu rasa resah.. Sering di datangi rindu yang datang tidak menentu.. Sehingga satu tahap aku tahu, kalau cemburu mula menular jauh ke jiwa..

Aku terleka seketika.. Tiada yang mustahil.. Kerana cinta itu masih terpahat kukuh di jiwa.. Sayang ini masih megah.. Tidak luntur sedikit pun pada kamu.. Wajar aku merasa cemburu.. Sehingga aku terlupa akan janji.. Janji untuk bersama kamu sebagai seorang kawan.. Aku keliru! Kerana bukan mudah memindahkan kedudukan kamu.. Dari seorang yang di sayangi sepenuh hati.. Kepada seorang sahabat biasa.. Yang sama seperti sahabat aku yang lain.. Mudah untuk ku ungkap.. Namun, setiap kali ungkapan kawan itu aku nyatakan menerusi pesanan ringkas, goresan hati itu juga semakin dalam menikam.. Oh! Aku tidak sanggup!! Aku masih menagih cinta kamu yang dulu.. Dugaan ini cukup besar untuk aku..

Maaf! Kamu sudah banyak terluka dengan tingkah aku.. Maaf! Aku sering mungkir pada janji yang aku ukir sendiri.. Maaf! Kerana aku masih belum sempurna di mata kamu.. Maaf! Kerana aku hanya mampu mengungkapkat kata Maaf yang mungkin sudah tidak bermakna pada kamu.. Maaf!! Maaf!! Maaf!!

Benarkah kini kau hanya menganggap aku kawan? Kalau benar itu keadaannya.. Maka, cemburu itu bukan milikku lagi.. kelayakan aku untuk cemburu sudah hilang.. Dan, keadaan ini membuat aku semakin buntu.. Kawan kah aku?? Atau masihkah aku kau perlu di hatimu?? Sama seperti dulu?? Aku perlukan kau!! Macam dulu-dulu.. I miss you!! I LOVE YOU!!

No comments: