BERANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hyepzz!!
Sudah jam 01.32 minit pagi dan aku masih belom tidor. Hari ini baru selesai menghabiskan bacaan Novel berjudul Pergilah Air Mata dengan 858 muka surat.. Bermain dengan emosi, jantung dup dap dup dap.. Dan Novel ini yang membuatkan aku tidak memperdulikan seketika dengan apa yang berlaku di sekeliling ku..

Seketika semua masalah ku lupakan.. Fokus diberikan sepenuhnya pada cerita novel yang betol-betol buat aku gerigitan untuk menghabiskannya secepat mungkin.. Novel ini juga yang memanggil aku pulang lebih awal ke rumah tidak seperti biasa.. Selepas raya ni, belom pernah lagi aku jejakkan kaki ke Pantai.. Ntah! Ini perkembangan yang bagus atau bagaimana.. Tapi yang pasti, novel ni telah membuatkan aku mencipta rekod sendiri.. 3 hari untuk novel setebal itu.. Goshh!! Ndak pernah okey.. Ni la kali pertama aku rasa komited membaca.. Uhuhuhu..


Balik rumah, perkara pertama adalah cuci kaki.. Lepas tuh terus lepak atas tilam.. Dari berbaju sehinggalah tinggal bertowel.. Konon mau redy2 pigi mandi.. Maka terus tertidor begitu.. Huhuhu.. Bangun awal pagi.. Jam 6 pagi sudah mula bertugas.. Marathon bermula isnin minggu lalu sehinggalah ke hari ini.. Hanya berhenti rehat pada 31 ogos lalu.. Dan hari itu adalah hari pertama aku memulakan pembacaan.. 

Cuba untuk memujuk hati supaya melupakan segala yang berlaku sebelum ini.. Langkah kaki yang ku hayun di sekitar kk ku arahkan ke toko buku.. Dan aku tertarik dengan tajuk novel ini.. Tidak sangka pulak ceritanya tu boleh membuat aku berangan untuk memiliki seseorang seperti watak utama dalam novel ni.. H.M.A.M aku dulu begitu.. Hehehe.. Sedikit watak dia sama dengan watak utama dalam novel nih.. Dan watak Sabrina.. Main Actress.. Sangat mengena dengan watak aku.. Hupzztt!! Ya lah.. Cengeng dan suka merajuk.. Mau di pujuk bha tuh.. Tapi, sering kalah dengan desakan hati yang sering merindu.. owh!! Aku mendambakan kehidupan seperti dalam novel ini!!!

Bisakah??

No comments: