MENUTUP MATA

Assalamualikum dan Salam 1 Malaysia..

Aikzz!!
Hari ni hari sabtu dan aku tidak bekerja.. Boleh rehat-rehat jap.. Tapi yang pasti, petang ini akan bergerak ke Kudat pulak untuk Ging Bubut punya program. Aku akan bermalam di sana dan akan kembali ke KK esok hari..

Kalau kamurang perasan, entry ini seolah berlawanan dengan satu entry sebelum ini yang bercerita mengenai Membuka Mata.. Cuba untuk mencari jalan penyelesaian antara dua hubungan yang dipisahkan dengan Laut China Selatan.. Tapi, ternyata keadaan itu tidak mudah bila aku terpandang dengan banyak benda. Banyak ketakutan yang semakin terserlah.. Aku minta maaf! Ya.. Memang aku bukan berani untuk berhadapan dengan risiko.. Dan risiko yang paling besar aku hadap sebelum ini adalah bersetuju untuk menyayangi kamu sedangkan kita tidak pernah bersua.. Tidak tahu perihal kehidupan seharian secara jelas.. Dan aku hanya bertunjangkan rasa percaya aku dengan cinta dan tulusmu..

Semakin luas aku membuka mata semakin banyak hal yang ku lihat. Paling banyak adalah kesilapan aku terhadap cinta yang kita pupuk setahun yang lalu.. Aku sedar kalau hati kamu sering merintih sakit kerana aku.. Kebahagiaan semakin menjauh sejak kamu bersama dengan aku.. Mungkin pada awalnya, kebahagian itu umpama selimut baldu yang melindungi kamu dari pelbagai rasa.. Namun akhirnya selimut yang menyelimuti kamu semakin berbau, semakin usang dan semakin menjengkelkan dek kerana ditinggali bakteria dan kutu-kutu halus yang sangat tidak menyelesakan.

Justeru, menyelinap satu perasaan yang aku tidak perlukan ke dalam kotak perhubungan. Menyeru aku untuk melupakan kisah cinta antara kita. Kerana, menurutnya hubungan kita kini tidak lebih sebagai kawan biasa.. Unsur cinta itu sudah lama menghilang.. Cuma aku yang tidak rela untuk menerima kenyataan.. Tidak rela untuk menghadapi kehidupan mendatang tanpa kamu di hati..

Sejujurnya, memang perit rasa yang harus aku hadap tatkala menghantar sms perpisahan menjelang Jumaat (07.09.2012) yang lalu.. Aku meletakkan tarikh itu sebagai tarikh rasmi aku dan kamu menjadi seorang kawan biasa.. Betul!! Aku masih mengharap pada cinta kamu.. Namun, biarlah kini cinta itu aku abadikan di dalam hati.. Sedikit demi sedikit cinta itu juga akan mati.. Dan mungkin akan berganti dengan seseorang yang boleh menerima aku selayaknya sebagaimana kamu melakukannya..

Sesuatu yang aku pandang, cinta ini tidak akan membawa kita kemana-mana pun.. Jadi, biarlah ia berakhir begini.. Untuk aku mengadu domba dan membawa watak sebagai pengemis cinta sudah habis.. Dan atas kekuatan semangat yang pernah kamu beri.. Aku tidak akan berpaling dan akan terus pergi.. Jagalah diri kamu sebagiknya dan berilah peluang pada diri kamu untuk mencari sinar bahagia.. Aku sememangnya tidak kuat untuk setiap keputusan yang aku ambil.. Aku semakin rapuh.. Aku kini sakit dan 'lumpuh' kerana cinta.. Insya-Allah.. Masa akan merawat segalanya..

Biarkan seketika aku menutup mata, agar aku tidak memandang akan kehebatan cinta orang lain yang bisa membuat aku jelous.. Seketika biarkan aku menutup mata, agar aku lebih fokus pada kejayaan dan kestabilan emosi diri.. Menutup mata aku seketika, agar biasa aku mengerti dengan lebih baik.. Siapa aku sebenarnya..

Pergilah.. Pergilah jauh .. Carilah cinta baharu yang membahagiakan mu.. Kerana hari ini, kamu bukan lagi kekasih hati ku..

No comments: