KUDAT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Urghh~~
Penat betol rasanya badan ini.. Baru ja sampai umah setelah bergegas ke ohpiz petang tadik selepas sejam sampai dari Kudat.. Yeah!! Hari ini untuk kesekian kalinya aku menjejakkan kaki di pekan Kudat. Untuk lebih tepat lagi, aku sampai Kudat petang semalam setelah memandu hampir 3 jam dari Kota Kinabalu.. Alhamdulillah.. Seperti yang diinginkan, kami selamat pergi dan selamat juga kembali..

Pergi ke sana atas jemputan oleh Persatuan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM) atas program Karnival Pendidikan Hari Malaysia 2012 yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Sri Panglima Shafie Haji Apdal.. Yang pigi, Aku, Mak Hayy dan Kak Mas.. Kami bertiga stay di Rumah Rehat Kerajaan yang macam nak runtuh tu.. Uhuhuhu.. Hotel budget penoh.. Nasib baik aku ni budak kampong.. Bawah jambatan pun boleh idop.. Uhuhuhu..


Semalam! Sesuatu perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata.. Teramat sedih bila mengenangkan perkara itu.. Tapi, as usual, aku menerima hakikat bahawa aku bukan sesiapa.. Beberapa perkara membuatkan aku sungguh terkilan.. Namun, aku hanya mampu bersabar dengan ragam manusia yang pelbagai.. Aku tidak menolak cara mereka.. Mungkin sudah adatnya begitu.. Sebagai seorang manusia, aku hanya bisa melihat dan menilai.. Meniru?? Jauh sekali.. Aku sedar keberadaan ku sekarang..

Pagi tadik bangun jam 8.. Awal kah? Huhuhu.. Lepas semuanya sedia, kami check out dan terus mencari lokasi untuk sarapan. Sesambil tuh cuci kereta jugak. Sebab lumpurnya bukan main.. Ibaratnya, kalau lempar kacang ijau, akan tumbuh taugeh.. Jalan yang tidak berturap hampir 3 km kami lalui dengan keadaan cuaca yang lembap sepanjang perjalanan semalam..

Dalam jam 12 juga baru kami start berprogram. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan. Siapa yang tidak mahu Hamper dan Wang Tunai kan?? Ihihihi.. Selesai disitu.. Kami jenjalan jap pegi sebuah pasaraya.. Kalau dekat KK, pasaraya ni memang tak lah kami kunjungi.. Mungkin sebab sini, teda pasaraya laen.. Masuk ja, aku ngan Mak Hayam terjebak seketika di bahagian accecories.. Cantik ja cincin silver tuh.. Aku rembat sebentuk cincin silver dengan batu berwarna ungu lembut.. Cantik dan aku sangat suka.. Walaupun harganya Ya Tuhan!! Untuk pertama kali aku membeli.. Uhuhuhu~~ Its ok bah kan.. Sekadar memberi imbuhan pada diri sendiri..

Jam 2 kami gerak pulang ke KK.. Banyak lah tempat yang kami singgahi.. Beli jagung, Pisang, Kacang Menggelebu, biskot King Kong, dan aku sempat beli buaian yang selalu di pasang pada dua pokok kelapa dekat tepi pantai.. Dan aku sudah siap pasang dekat veranda umah aku.. Kira macam tempat lepak santai aku sambil membaca novel nanti.. Ihihihi.. SIok gilak!!

Sambil lepak atas buaian baru yang juga di panggil ayunan dalam bahasa gllamour di Tawau, aku memikirkan tentang dia yang jauh di sana.. Sampailah jam 7 malam tetap di situ.. Aku sampai umah tadi dalam jam 5.30 petang jugak la.. 

Bila menyedari jam sudah menunjukkan ke jam 7 malam.. Bergegas aku ke kamar mandi untuk memulakan hari malam ku.. Lepas semuanya ready, aku memandu tenang ke pejabat yang agak jauh jugak lah.. Ikotkan hati, mau saja aku tidor terus.. Sebab penatnya memandu masih belom ilang.. Hanya memikirkan perbincangan KIK yang penting untuk kami sekumpulan, aku gagahi jugak.. Tapi, akhirnya semuanya bikin panas bila perjumpaan itu di batalkan saat akhir.. Macam mau ku tempeleng satu-satu.. Argh!!

Setelah mengetahui hal itu, aku relax seketika.. Berfikir mau kemana.. AKhirnya, meneruskan langkah ke City Mall.. Membeli underwear dan makan-makan keseorangan.. As usual, kalau dekat City Mall, aku akan singgah di tempat favurit aku.. Lama betol ndak singgah situ.. Dan sekali lagi pandangan aku di pukau oleh wajah seseorang yang mirip dengan H.M.A.M itu.. Roti kawen dan Kopi Susu Ping menjadi santapan di malam hari.. Nasik?? Ndak laluuuu~~

Jam 10.30 bergerak pulang.. Dan sampai dekat Tebobon, hujan turun rintik-rintik.. Sampailah ke perkarangan parking blok umah aku.. Dan setelah menyimpan semua barang, aku lepak depan lappy yang menjadi teman aku setiap hari sambil updating blogs!! Hurmm.. Perasaan itu semakin ku buang jauh.. 

No comments: