K.I.K

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm..
Penat sungguh hari ni. Baru sampai umah setelah menemankan kengkawan dari Tawau shopping dekat 1Borneo.. Lepas hantar diorang balik ke Hotel, aku terus drive pulang dan sekarang tengah meniarap keletihan sambil mengupdate blog. Lepas ni kompom terus tido.. Mandi? Sudah bah!!

Rata-rata kawan aku yang aku jumpa dari Tawau Fm dan Sandakan Fm memberi komen yang sama.. AKu semakin kurus. Ndak sama macam tyme raya dulu.. Sedikit berisi jugak la.. Namun, baru 2 minggu berada di KK.. Perubahan yang cukup ketara dapat diorang lihat. Kata mereka paling ketara muka aku yang semakin cekung dan memanjang disamping lengan aku yang menampakkan urat-urat tangan.. Uhuhuhu.. Memang aku kurus sangat kah? Aduhai..


Semua mereka berkampung di sini kerana K.I.K atau lebih tepat lagi, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif.. Esok akan berlangsunglah pertandingan itu bermula jam 8 pagi di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Sabah.. Cik Pit, Aziyan, Kak Mah, JP, Bos Salleh, Amin, Asri, dan Kak Lang.. Penat memang penat, namun berbaloi.. Alhamdulillah..

Yang pasti, esok lagi akan sibuk bermula jam 8 pagi sampai ke pukul 5 petang. Namun, harap-harap majlis ni akan berjalan lajuuu~~~ 

Hari ini as usual aku bertugas konti lagik. Buat pertama kali bersama si Patner setelah hampir 3 bulan bercuti.. Lepas bertugas, terus amik tempat dalam perjumpaan ahli kumpulan dan taklimat akhir sebelum peraduan esok.. Dan, aku tidak mengharapkan apa-apa.. Just nak kutip pengalam saja kot..

Tadi, masa jenjalan di 1B.. Aku terpandang sebuah butik bernama Jefferson. Sempat gakl membelek beberapa bag di situ. Namun, aku suka ngan casual shirt dia.. So, aku rembat la sehelai.. Mahal gilak tu harganya.. Kebetulan hari ni ada promosi.. So, beli saja lah.. Sehelai baju kemeja berlengan panjang berwarna kelabu.. Ok ja aku tengok di badan ku..

Dalam jam 5.00 petang sebelum itu, setelah selesai majlis raptai, aku dan Kak Mas membawa kengkawan dari Tawau melawat baby baru. Shumil betol bah.. Gambar? Ada.. Nanti-nantilah aku uplod kan.. Alhamdulillah.. Jadi bapak sudah kawan ku.. Aku?? Hahaha.. Lucu lah soalan itu.. Lepas tuh, barulah aku bawa diorang yang laen pegi 1B.. Makan dan Shoppingz!! Malang sungguh... Cash tak banyak.. Kena berjimat.. Jauh lagi tanggal 25.. Uhuhuhu.. Gud Luck for me esok pasal K.I.K.. So, nitez lah!

No comments: