SAKIT-SAKITAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Konvensyen KIK berjalan dengan lancar hari ini. Dan alhamdulillah, akhirnya kesibukan itu berakhir jua.. Kumpulan kami tidak mendapat apa-apa tempat. Tapi, aku cukup berbangga dengan kumpulan dari ohpiz lama aku.. Even ini merupakan percubaan pertama mereka, diorang telah membuktikan itu bukan alasan untuk tidak mendapat tempat. Tahniah atas kemenangan tempat ke-3. Kira satu permulaan yang baguss!

Pergerakan aku hari ini sedikit terbatas. AKu kurang sihat. Serba serbi pun ndak kena.. Dan sepapan panadol aku amik.. Bersama dengan 4 biji activeFast.. Masih jugak begitu.. Namun kesempatan untuk bersama kengkawan dari Tawau tidak akan aku lepaskan. Esok, diorang dah nak fly balik.. Dan selepas itu, kehidupan aku akan kembali seperti selalu.. Penyakit yang bagi aku belum ada ubatnya.. Sindrom Patah Leher.. Mak Hayy dah nekad.. Dia akan maki hamun aku kalau aku dah start buat perangai.. Jahat kan dia?? Uhuhu.. Tedalah tu. Dia sangat baek sebenarnya..


Hari ini langsung aku tidak memunculkan diri di pejabat. Dah sibuk dengan Konvensyen kan.. Dan esok, aku terpaksa untuk melakukan kerja dengan pantas bagi memastikan aku boleh balik sebelum pukul 3 petang.. Awal pagi duty sampai jam 10. Lepas tuh kena buat Jingle pasal Hari Malaysia.. Huhuhu.. Lepas tuh ada discussion pasal MC dekat Keningau lax.. Hurmm.. Memudahan teda halangan esok..

Hari ini aku lagi sedey.. Sebab aku dah kena saman oleh polis trafik.. Uhuhuhu.. Aku di tahan sebab tak pakai tali pinggang keledar.. Entah kenapa hari ni aku rasa macam spoil betol.. Selalunya, dekat simpang keluar sure aku akan pastikan tali pnggang keledar itu akan aku 'klik' kan.. Hurmm.. Sudah nasib kali kan.. Maka, bersedialah aku kehilangan rm300 lagi.. Aduss!!

Ini hari, penyakit rindu sudah mula menyerang.. Bengkak sudah mula membisul.. Dan ndak tau bila akan meletus.. Oh! Aku hanya perlu lalui ini dengan sabar dan tabah.. Pasti akan ada hikmah di sebaliknya.. Oh! Banyaknya sakitt... Huhuhuhu

Sekarang, aku sangat suka mendengar lagu 'Teman Pengganti' persembahan Black & Malique.. Lirik dia sangat mengena.. Gud Nitez!

No comments: