SI PRAMUGARA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Cerita si Pramugara yang aku mau kongsi.. Dan kisah ini sangat membuatkan aku bingung!! Belum membuat keputusan, namun aku sudah merasai kehadiran keputusan yang bakal aku pilih..

Seorang lelaki pangkat abang datang ke pejabat kami.. Ntah bagaimana dia mendapat no telefon aku.. Aku rasa, mak hayam yang kasi. Sebab dia ni teman rapat mak hayam. Datang sini just mau menjeguk mak hayam yang sudah lama dia ndak temui.. Kebetulan, ohpiz baru kami terletak beberapa km saja dengan airport.. Dari ohpiz dah boleh tengok dengan jelas bangunan airport tuh..


So, malas nak cerita panjang, dia watsapp aku.. As usual aku ndakkan layan orang yang aku ndak kenal dengan begitu mudah.. Beberapa soalan aku tanya.. Dan ada yang dia mengaku dan ada yang dia tidak megaku.. Ok fine.. As long as i know siapa dia.. Seorang Pramugara yang bertugas dekat AirAsia..

Dan sekarang ini dia cuba untuk mempengaruhi aku untuk menjadi attendan cabin. Katanya i have a package.. Dan kebetulan next week ada pengambilan untuk crew.. So, dia nasihat aku untuk amik.. Banyak yang dia cerita.. Pasal salary, kelebihan dan keseronokan ketika berada di atas angkasaraya.. Hurmm.. Aku semakin tertarik..

Ingat tak, satu ketika dulu aku pernah post something pasal mau keluar dari kerja sekarang nih?? Nah!! Dan keadaan sekarang ni membuat aku berfikir dua kali.. Dan dia sanggup tolong aku supaya segala urusan menjadi lancar.. Sempat membayangkan aku memakai seragam diorang lagik.. Hurmm.. Of coz aku teruja.. Sangat teruja.. Next week dia akan menjadi ketua pramugara dalam misi menghantar jemaah haji plak.. Gaji yang ditawarkan sangat lumayan.. Namun, ada sedikit gundah dalam hati..

Ada banyak kebaikan yang dia ceritakan pada aku.. Namun hati aku masih tetap di sini.. Dan aku rasa, akan terus di sini.. Berkerja atas sesuatu yang pernah menjadi cita-cita.. Walau sedikit sukar dan basic gaji yang agak kecil, namun keadaan itu sudah cukup berbaloi buat aku.. Dan aku rasa, aku tidak terlalu terdesak untuk mendapatkan kekayaan dunia.. Tipu kalau aku ndak mau duit yang banyak.. Namun, aku cuba berfikir akan masa depan yang jauh ke hadapan.. Kerja ngan gov mungkin akan lebih baik berbanding dengan yang dia ada sekarang.. Dan aku harus bersyukur sekarang..

Apa yang aku perlu, hanya berusaha sehabis baik untuk menggunakan kelayakan akademik yang aku ada bagi menaikkan gred sedia ada.. Usaha tangga kejayaan. Sebab yang paling kuat, Tuhan menjanjikan rezeki melimpah ruah.. Bukan manusia.. Dan Tuhan hanya akan memberikan rezeki pada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu serta tawakkal dalam melakukannya.. So do i.. Insya-Allah.. Everything gonna be fine.. 

Jadi, sudah terjawab lah kisah sang Pramugara tuh.. Biarkan saja dia terbang kesana kemari.. Terbang pun sebab kerja.. Bukan sebab bercuti.. Cuma tulah.. Kena bijak menyelam sambil minum air katanya.. Uhuhuhu~~ Dan aku sungguh kesal dengan tidakan Mak Hayy yang sesukanya menyebarkan no phone aku pada orang yang aku ndak kenal.. Aku juga ndak tau apa motif dia.. For sure, aku sangat tidak suka!! Titik..

Jom pulang~~

No comments: