AKHIRNYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Mata masih mamai lagik ni.. Walaupun hakikatnya aku sudah basuh muka.. Tapi mengantuk itu masih tabah mendekati.. Namun, aku tidak harus kalah dengan tuntutan nafsu semata. Aku baru bangun dari tidor sebaik tidak menyedarkan diri bermula selepas maghrib tadik.. Kesan ubat itu sungguh kuat.. Mengantuk yang tidak ku duga sehingga aku bisa menidurkan diri di veranda rumah diatas buai yang aku beli ketika dalam perjalanan pulang dari Kudat tempoh hari..

Sebelum itu, aku mohon maaf pada kawan aku kerana dua sms dia langsung tidak berupaya menyedarkan aku yang nyenyak diatas buai.. Maaf sesangat. Dan sekarang, rasa nak membalas sms itu, namun, aku takut nantinya akan menganggu lenamu itu.. As usal, kamu tidak mahu di ganggu ketika tidur dan tidurmu itu susah benar untuk dimulai setelah dikejutkan dengan sesuatu seperti bunyik HP Sony Xperia S menandakan adanya kiriman sms.. Maaf kalau sekali lagi aku memberikan alasan.. Aku cuma berniat untuk tidak menganggu mimpimu..


Apapun, terima kasih yang teramat kerana telah menghantar sms kepada kawan mu yang jauh di seberang laut ini. Dan terima kasih kerana akhirnya telah menitiskan air mata yang selama ini membebani jiwa.. Yang tersangkut di jantung untuk diluah.. Pertama kali melihat nama kamu terpapar di skrin HP, membuat aku seolah tidak percaya. Benarkah apa yang aku lihat itu? Banyak sungguh spekulasi yang muncul di kepala.. As usual juga, kamu memulakan bicara dengan kata sapaan 'Hye' berbanding 'U'..

Aku tidak tahu perasaan ku ketika itu. Gembira kah? Sedih kah? Atau apa.. Cuma timbul persoalan.. Kenapa? Ada apa? Tapi yang pasti, senyum aku terukir ikhlas tatkala membalas semua sms yang kamu kirimkan itu.. Secepatnya aku cuba.. Kerana kamu memang seorang yang tidak suka menungu lama..

Beberapa sms yang kamu kirimkan kepada aku.. Aku sedikit terpana dengan cara kamu menggunakan huruf besar pada dua perkataan. MENGHARAP dan FAHAM.. Dan aku tau kalau keadaan itu seolah sedang membuat kamu kecewa dengan tindakan aku menukar alamat blog aku.. Maafkan aku babe.. Sekali lagi, setiap langkah yang aku rasa benar aku lakukan, salah di mata kamu.. Dan keadaan itu membuatkan kamu kecewa dengan aku.. Serta merta kekecewaan kamu itu membuatkan aku merana kerana tindakan bodoh aku.. Maaf! Aku ndak sanggup melihat kamu tersiksa..

Tanpa desakan atau pujukan, dengan rela akhirnya aku menyerahkan alamat baharu blog aku ini. Seperti yang aku kata, hanya kamu yang mengetahuinya.. Dan kamu adalah orang pertama.. Hanya kamu! Sebelum ini aku ada menyatakan 'kedudukan' mereka yang membaca blog aku ini.. Dan sekarang, aku harap kamu tahu di mana 'kedudukan' kamu di hati aku.. Kalau ada istilah yang bisa menggambarkan kedudukan istimewa kamu dalam hidop aku, sudah tentu aku akan menggunakan perkataan itu untuk menerangkan kedudukan istimewa itu..

Sekarang ni, hanya kamu yang mengetahui alamat baharu blog ini. Tiada sesiapa melainkan kamu. Itu akan berlaku jika kamu tidak memberikan alamat ini kepada sesiapa termasuk Kazen kamu.. Namun, aku izinkan andai benar kazen kamu ingin mengetahui keberadaan blog aku. Namun, ketahuilah sebenarnya, aku tidak mahu melihat kamu bersedih atas kehidupan aku.. Berduka atas masalah aku.. Paling penting, aku tidak mahu semua yang berlaku ini membebankan kamu.. Teruskanlah kehidupan seperti biasa tanpa perlu untuk menghiraukan adanya aku di sini.. Insya-Allah, aku bisa melaluinya walau mengensot sekalipun.. Kerana aku masih menyimpan kata motivasi dan semangat yang pernah disalurkan pada jiwa aku dulu..

Tiada guna sebenarnya aku menagisi atas apa yang berlaku pada kita. Seharusnya aku bersyukur.. Dan itulah yang aku lakukan. Cuba untuk melihat menerusi kanta positif.. AKu takut andai coretan aku di Blog ini nanti akan mengguris hati kamu.. Lagipula, aku malu memperlihatkan diri aku secara tidak langsung menerusi tulisan-tulisan aku.. Sangat memalukan sebenarnya.. Apabila seorang anak lelaki sulung kelihatan tidak bermaya disebabkan aturan cinta yang salah.. Seorang abang yang lemah.. Dan seorang manusia yang semakin hilang arah.. Aku minta maaf.. Namun, percayalah, aku lakukan semua ini demi kebaikan bersama..

Akhirnya, sekali lagi aku kalah dengan rasa dalam hati.. Akhirnya sekali lagi aku menangis atas rasa kasih yang masih berbuku di hati.. Dan akhirnya.. Aku kalah menawan nafsu yang membuak-buak di dada untuk terus dekat bersama mereka.. Walau bagaimanapun, Sayang dan Cinta aku semakin jelas.. Akhirnya.. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.. Kamu bebas!! Dan biarlah aku disini menunggu sampai akhirnya cinta ini dibalas oleh orang lain yang bernama wanita.. Kerana janji ini masih utuh.. Kau lelaki terakhir di sisi..

Sambung tidor dulu.. Mata dah rabak.. Esok nak keje pulop! Nitez bah..!!

No comments: