AKU BUAT SALAH??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huhayy.. Lama ndak menulis. Dan kalau menulis, mesti aku akan post 1 atau lebih cerita untuk perkongsian bersama. Dan, macam biasa, tiada yang lain aku mau kongsi melainkan sesuatu mengenai AKU dan AKU jugak..

Sejak malam itu, aku merasakan sesuatu perasaan yang aku sendiri jarang merasainya.. Ia akan datang bila aku melakukan sesuatu kesalahan. Tapi aku ndak tau apa.. Mungkin sebab aku ni telampau banyak mulut, telampau sensitip atau mungkin telampau bebas melepaskan sesuatu, menyebabkan adayang terasa dengan tingkah yang aku lakukan. Sedangkan pada asalnya aku berniat bergurau, tetapi di salah ertikan sebagai satu perlakuan yang melampaui batasan. Huhayy.. Bunyiknya macam serius kan geng?? Iya bha.. Memang seriuss.. Tapi, sampai ini hari, aku masih ndak tau APA kesalahan yang aku buat itu.

Hilang punca seketika aku untuk menyiasat apakah kesalahan yang telah ku lakukan. Meskipun begitu, selaku insan yang sedar akan kesalahan yang dia lakukan, dengan penuh rendah diri, aku minta maaf kepada SESIAPA SAHAJA yang pernah terluka dengan insan ini. Insan yang memang tidak sempurna dan belajar untuk menjadi sempurna.. Sehinggakan tidak sedar, dalam penjelajahan mencari kesempurnaan, insan ini telah melukai banyak hati orang disekitarnya.. Sedih bha bila menganagkan hal ini. Sebelum ini aku ada post sesuatu berkenaan dengan perasaan seumpama ini. Ingatkan ia ndakkan datang lagik.. Rupanya.. Hahaha..

Apabila aku menyedari yang aku buat salah, aku boleh tangkap daripada beberapa tanda. Namun, aku sering berdoa, semoga semua sangkaan aku adalah salah.. Betul-betul salah.. Namun, sehingga kini, aku masih belum menemui dimanakah salahnya itu.. Aku redha saja.. Tapi seriusly, aku ndak mau ia berlaku.. Tapi, dek kerana sifatku sendiri, aku telah tidak sengaja menjemput perasaan ini untuk datang menakluki.. Aduii.. Sedih bha..

Aku ni jenis yang manja. Betul. Aku jenis yang manja, namun, aku boleh berdiri meskipun tiada sesiapa di sisi. Namun, keberdirianku itu sememangnya tidak seimbang dan masih memerlukan insan untuk membantu aku.. Kerana aku percaya, mata kita sendiri juga terkadang menipu dengan kita. Oleh itu, kita mesti memikirkan untuk percaya pada mata insan yang lain. Sebab itu, kita perlu menghargaiu sesiapa sahaja di sekeliling kita. Dan iya.. IYA.. Aku masih perlu banyak belajar. Masih perlu banyak meneliti dan menilai.. Kerana aku masih mentah dalam hal ini. Kesalahan yang dibuat secara tidak sedar sehingga mengguris hati sang dicinta menyebabkan mereka tidak selesa untuk melakukan perkara seumpamanya yang pernah dilalui bersama. Sekali lagi, jika aku pernah melakukan salah kepada kamu wahai pembaca.. Tiada apa melainkan MAAF. Tiada apa melainkan MAAF. Mungkin tidak mudah untuk di terima. Namun, aku hanya mampu meminta MAAF.. Aku tiada apa-apa melainkan Ungkapan MAAF.. My Name Is SAAT :(

No comments: