AKU DAN TUALA WANITA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hurmm.. Sudah lama aku mau buat ini cerita sebagai satu entry dalam blog ku ini, Namun, kesibukan sering menghalang untuk aku melakukannya. Tapi tidak hari ini..

Hari itu, aku menerima panggilan telefon daripada makcik aku.. Mengatakan dia memerlukan aku untuk membelikannya tuala wanita. Aku mula2 agak malu.. Namun, setelah memikirkan hal keselesaan makcik aku, tanpa berfikir panjang, aku pigi sak la. Lagi pun, sebelum ini aku pernah membeli benda yang sama untuk budak kecik aku.. Hehehe..

Setibanya di kedai, aku membeli barang itu. Seperti yang diarahkan, aku mencari tuala wanita yang extra long, bersayap, dan sesuai untuk kegunaan malam. Untuk memastikannya, aku bertelefon dengan makcik aku. Dia mengiyakan semua usul ku. Lantas, aku menuju ke kaunter untuk membayar. Ada seorang pekerja lelaki dan seorang lagi perempuan. Perwatakan lelaki itu agak relax bila melihat aku meletakkan pad with wings itu di atas kaunter. Tapi tidak si perempuan. Aku mula merasakan sesuatu. Tapi buat-buat cool saja. Kelihatan si perempuan tersegih-sengih.. Aku ndak tau apa maksudnya. Tapi yang pasti, perasaan yang muncul sebentar tadi terus menebal. Sejurus selesai membayar, aku terus keluar tapi, sempat juga aku melirik ke wajah petugas kaunter perempuan itu. Dia senyum.. Namun aku paham betul dengan maksud senyuman itu..

Aku begegas ke kereta. Ndak jauh pun aku parking. Dekat saja, cuma mungkin kerana beg plastik yang diberikan berwarna cerah sehingga membenarkan orang lain melihat dengan jelas benda yang aku beli. Hahaha.. Dalam kereta, aku meluahkan rasa MALU pada diri ku sendiri. Aduhai.. Ini sebenarnya bukan pengalaman pertama, namun, aku tidak pernah merasa malu yang teramat sangat seperti itu.

Namun persoalannya, kenapa perempuan itu senyum-senyum seolah mengejek kearahku ketika aku membeli tuala wanita itu?? Mungkin ada yang tahui jawapannya. Dan aku mengkhabarkan perkara ini kepada seorang rakan ku. Dan katanya, "Begitu juga perasaan seorang wanita apabila di suruh membeli sekotak Rokok"

Yang pernah lalui pengalaman ini, paham la tu. Yang ndak pernah, orang kata.. Ndak Salah Mencuba.. Hahaha.. My Name Is SAAT :P

No comments: