HARI INI...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Aku lah kan, sudah agak biasa melakukan aktiviti melepak di tengah malam.. Bersama kawan-kawan yang di sayangi. Namun, malam ini endak.. Disebabkan banyak kerja yang mau di buat. Sambil-sambil tu updating Blog lol..

Hari ini (25 Nov) ada beberapa perkara yang berlaku. Kawan aku, si Azizan Abd. Rahman menghadiri temuduga perjawatan SPA. APapun, semoga berjaya ku ucapakan kepada beliau.. Boleh la tumpang menumpang kejayaan kan.. Hehehe.. Amin~~. Hari ini jugak, aku membawa kakak kepada kawan aku pegi Hospital. Membuka jahitan setelah melahirkan seorang bayi comel. Hari ini juga aku merasakan sesuatu perasaan yang aneh, bila aku mendukung bayi kecil yang belumpun mencapai usia 1 bulan, perasaan ingin menjadi bapak tiba-tiba melonjak. Hari ini juga, aku dan si BUDAK BETIS BESAR keluar makan diam-diam. Memang puas hati la..

Hari ini jugak, aku kerja sampai jam 7 malam. Hari ini, aku menyaksikan wang di dalam akaun semakin sikit. Sebab ada tragedi malang menipa Raya Korba ke-2 hari itu. Tapi, ndak pa.. Sebab aku percaya, "Kalau kita memberi, Insya-Allah, Allah pasti membalas LEBIH" Itu kata Abg Zhafrin yang sampai hari ini aku akui kebenarannya. Hari ini jugak, aku pigi ke Highway, menyelidiki diri 'Bahagian ke-2' untuk melihat kalau-kalau ada sesuatu yang bisa di perbaiki. Hari ini jugak, Aku dan si BUDAK BESAR BETIS memulaukan seketika si KAWAN yang BETISNYA KECIK. Kikikikiki

Hari ini, Aku menjadi kontraktor BUGIS yang berjaya di opis apabila menyiapkan rumah mainan si Aziyan. Kekekeke... Hari ini jugak, aku menolak pelawaan Kak Zee dan Kak Lang untuk pigi ke Chocolate Heaven sebab aku kenyang. Kalau aku lapar?? Hahaha.. Hari ini, aku mengesan sesuatu kesalahan yang aku buat. Tapi aku ndak tau apa. Hari ini jugak, aku ploksot itu KUIZ dan kasi kawanku menang. Hari ini aku menerima panggilan dari seorang pelanggan yang mau aku jadi Emcee hari perkahwinan dorang. Hari ini jugak aku JATUH CINTA dengan SPAGETHI. Dan HARI INI aku sudah melakukan semua yang aku SUKA.. Tapi, aku merasakan sesuatu yang aku NDAK SUKA!! APA?? Hari ini aku belum jumpa beloved Pwendz Ku.. :)

Hari ini, aku lalui dengan senyuman.. Tapi sedikit pahit. Aku takut itu perkara datang balik. Mungkin tidak hari ini.. Tapi, siapa tahu, BESOK, LUSA atau TULAT?? Yang pasti HARI INI, pasti akan menjadi KELMARIN, TEMPOH HARI, MINGGU LALU, BULAN LALU, TAHUN LALU.. dan semua itu SEJARAH yang paling bernilai di masa hadapan. Sebab, ianya tidak dimiliki oleh orang lain. Hanya KAU sak yang ada. Kenapa?? Sebab OTAK manusia tiada USB untuk mentrasfer data.. Hahaha.. My Name Is SAAT :)

No comments: