RUPANYA BEGITU..

Asslamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Entry kali ini memang amat menyayat hati. Bila seseorang mempersoalkan menganai sesuatu yang kita sendiri tidak berhak ntuk mempertikaikannya. Yang pasti, aku bangga dengan diri ku sendiri. Sebab, meskipun orang itu menyatakan begini dan begitu, namun aku masih boleh terus kukuh dan kuat.. berlari segagah yang mungkin tanpa menghiraukan sebarang provokasi.. kerana aku yakin, jika aku mengendahkan segala provokasi itu, keadaan ini PASTI akan di manipulasi.. Dan lantas itu juga, akan terpapar segala kebodohan dan kehinaan aku.

Mak aku pernah cakap "Bila seseorang mengatakan kepada kau mengenai sesuatu perkara, dan kau marah, ada kemungkinan perkara itu BETUL". Aku tidak mengiyakan, tetapi aku berfikir, kalau betul aku insan seumpama yang dia fikirkan, kenapa perlu aku menjadi SAAT yang sekarang? Kalau bukan seperti yang dia cakapkan, wajarkah aku mengambil tindkaan negatif semata-mata untuk kepuasan untuk satu perkara yang sia-sia?? "Ingat, qhisas ndak di bawa mati". Terngiang ungkapan itu di telinga seketika.

Tidak! Aku ndak akan meminta sesuatu yang tidak baik semata-mata kerana perasaan marah yang membuak-buak kala ini. Perasaan malu yang teramat sangat. Berfikir juga, bagaimana aku ingin berdrama di hadapan beliau untuk seketika dalam menyelesaikan hal-hal yang berkenaan?? Bagaimana aku harus menjadi pelakon agar segala kebencian dalam hati ini tidak terluah? Besarnya dugaan ini..

Meskipun begitu, kita harus yakin, setiap yang berlaku kepada kita adalah satu proses pembelajaran. Bagaimana kita belajar untuk menjadi seorang yang matang agar lebih bersyukur. Bagaimana kita harus mencari dan menjelajah, agar kita tidak sesat. Bagaimana kita harus menilai agar kita tidak terperangkap.

Aku akan terus bersandiwara. Kerana, bagi aku, biarlah.. Biarlah ko tidak tahu, bahawasanya aku sudah pun mengetahu ko TIDAK SUKA berkawan dengan aku. Biarlah aku tahu sendiri. Selagi aku mampu, akan aku jaga "persahabatan" ini.. My Name Is SAAT :(

No comments: