ULANG TAHUN KE-2

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Cepat betul masa berlalu kan? Sedar ndak sedar, aku sudah dua tahun menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di Radio Malaysia Tawau Fm. Sesuatu yang mengujakan aku untuk terus berada dalam laluan cita-citaku ini. AKu ndak pernah bosan melakukannya. Semua ini aku percaya aku lakukan kerana aku minat.

Mulanya muncul apabila aku terlalu suka mendengar radio. Bapak aku membawakan sebuah radio yang buruk pulang ke rumah. Rosak.. Dia baiki. Dan kaset yang pertama adalah daripada kumpulan Exist (Masih lagi Mamat vokalisnya tyme tuh) Nora dan juga Kumpulan UK's album pertama dorang. Samapi Kalau aku mau tidur, aku pastikan aku akan tidur di depan radio atau speaker radio itu. Dan aku akan pastikan aku meletakkan bunyi pada jumlah yang paling minimum. Pasal mamakku selalu merungut, ndak boleh tidur.. Hehehe..

Cita-cita itu semakin terserlah apabila aku menyedari yang aku suka mendengar Muzik.Fm. Masa tu masih lagi bersiaran dalam dwi-bahasa, English-Malay. Dan, aku selalu mengulangi percakapan Dj-nya. Ingat lagi masa tu ada Mohd Shah Musa, Shanaz, Masnah Abdul, dan ada beberapa lagi yang aku ndak ingat nama durang. Smapi terbawa-bawa.. Kalau aku berjalan bersendirian, kompomnya becakap sendirik. Ndak sangka, keadaan itu telah merealisasikan impian aku pada hari ini.

Aku mula menjejakkan kaki di RTM Tawau sebagai pelatih praktikal bermula April 2008. Banyak yang aku belajar. Thankz a Lot kepada Abg Sugiman. Dia banyak ajar aku. Dan, sehinggalah aku di terima untuk bertugas sebagai pegawai Piecemil bermula 1 November 2008, menggantikan kak Niswani Ahwang yang dinaikkan pangkat dari AB ke B 41 di Angkasapuri KL. Alhamdulillah.. Aku tidak sia-siakan peluang ini. Terus ku grab dan kembangkan cita-cita ku itu. Yang pasti, pelabagi dugaan dan cabaran yang aku lalui. ALhamdulillah, semuanya berbaloi kerana aku mampu tersenyum melihat diriku setelah 2tahun berada di RTM ini.

Banyak perkara yang menyeronokkan aku lalui. Ndak jugak aku bilang semua baik kan. Ada jugak yang ndak baiknya. Tapi, malas lah mau cerita yang ndak baik nih.. Bialng si Imran Ajmain "Sayang.. Yang sudah tu sudah.. " kan? kan? kan?

Kehidupan sebagai Dj memang mencabar. Semuanya mesti di jaga. Kalau ikutkan hati, aku mau hidup dalam keadaan yang simple. Ndak suka telampau begayak.. Maklumlah, aku ni pemalu sebenarnya.. Kakaka.. Iya kan jak bha.. Tapi memang pun.. Aku memang pemalu. Tapi, kalau dah lama kenal, otomatik aku akan jadi antara orang yang PALING sabul dan TIDAK TAU MALU.. Hahahha.. Apapun, aku bersyukur sangat. Kehidupan aku begitu baik sekali. Mudah-mudahan akan berterusan sehingga ke akhir hayat ku.

Pada ketika ini, aku masih lagi menanti keputusan untuk temuduga bagi menganggotai sektor awam. Mudah-mudahan lulus lah.. Walau bagaimanapun, aku redho dengan apa jua keputusan yang datang.. Pasrah..

Sebagai akhirnya, Terima kasih yang teramat sangat kepada semua warga RTM Tawau yang banyak memberi dorongan, nasihat dan pertolongan serta tunjuk ajar kepada aku. Pengurus Penyiaran Tawau Fm, Ketua Bahagian Rancangan, dan semua rakan juruhebah dan juruteknik serta pembantu rendah am.. Sekecil-kecil bantuan anda sebenarnya telah meletakkan aku ke ke satu kedudukan yang tidak pernah aku bayangkan satu masa dulu. Di harap agar sokongan, dorongan, tunjuk ajar dan nasihat akan berterusan daripada kamu semua agar aku bisa untuk terus berada di arena yang aku cintai ini..

Kepada semua pendengar.. Teruskanlah menyokong Radio Malaysia Tawau Fm.. Stesen Pilihan Anda.. Dan semoga dengan sokongan anda itu, kami mampu untuk memberikan sesuatu yang lebih baik kepada anda, demi pembangunan Bangsa, Agama dan Negara. My Name Is SAAT :)

No comments: