SHAN SHUI DAN AYAM PUNYA SAYAP

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Huii.. Hari ini sungguh letih.. Sangat letih.. Capek banget.. Tapi yang pasti hebat.. Ndak sangka, meskipun cuaca agak tidak mengizinkan, namun kami mampu mencapai objektif perlaksanaan program untuk bersuka ramai di Shan Shui punya kolam mandi. Huhay.. Hebatt..

Perancangan bermula apabila kawanku si G-Jan mencadangkan untuk berenang. Aku memang teringin. AGak teruja jugak mendengar cadangan beliau. Mau pi mandi laut. Tapi, di tawau ni di mana agaknya lautnya yang bersih?? Macam tiada kan?? Beberapa lokasi dicadangkan untuk dijadikan tapak projek. Tapi, dua jak yang menjadi pilihan tama iaitu Table dan Shan Shui. Tapi akhirnya, meja bulat Singgah Selalu memutuskan untuk kami berBBQ di Shan Shui.

Hampir jam 4 petang, bermulalah perjalanan kami ke sana. Meskipun sudah menetapkan untuk bergerak seawal jam 3 petang, namun, akibat janji melayu, lambat sikit la.. Lagipula, aku yang mengatur sayap ayam. Macam susah la mencari sayap ayam di bandar ni tadik. Efek Deepavali kali kan?? Huwahuwahuwaa..

Suasana mendung tidak menghalang kami untuk sampai ke lokasi. Setelah pendaftaran selesai, (Abg Zhafrin belanja)kami bergerak ke pondok pilihan. Sampai2 ja terus mencari tempat pemanggang. Sekalinya mau lagik di sewa rm 15. Ndak masuk akal bayaran tuh.. Bagi aku lah.. Mahal.. Sekali Abg Zhaf cakap pasal "Otak Bisnis" baru aku redho.. Yang pasti untuk menghidupkan arang pada peringkat awal memanglah susah. Hampi 1 jam jugak kami berusaha. Akhirnya, semuanya selesai..

Sayap yang aku perap dan kukus seketika akhirnya boleh di panggang. Sementara Abg Zhaf memanggang, aku, si Mai dan si G-Jan meloncat-loncat lah di kolam. Hebat eh.. Tapi biasalah kolam, klorin banyak.. Rasa air masin-masin kelat.. Lepas tu macam ramai pulak Cinsek. Habutt.. Mandi sak la.. Janji, gian lepas.. Ahahaha..

Penat mandi, naik la pi menikmati sayap panggang. Sedikit kecewa, sebab aku letak garam telampau sikit. Sampai ndak terasa garamnya tuh. Besalah, last minit punya perancangan. Kelam kabut sikit. Hehehe.. Amik positif jak la.. UNTUK KESIHATAN, KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM :)

Dalam jam 6 begitu, suasana semakin lengang. Ndak banyak sudah orang. Bepulangan sudah dorang. Ndak lama begitu, ada pulak group baru datang dan duduk di sebelah meja kami. Bagus juak dorang ni. Mesraa.. Bikin lawak sak kerja dorang tuh.. Hahaha.. Kalau di ingat-ingat, bisa ketawa aku sendiri.. Khususnya tyme si kawan meneman si kawan menggunakan toilet khas lelaki. "Tiek, ko jagakan orang ya.." "Iya bah.." "Tiek, jagakan orang ya" "Tiek" "Tiek" "Iya ba binatang. Kenapa jugak ko beteriak situ" Hahaha.. Tapi sebenarnya ganas lagi gurauan dorang tuh.. Ndak boleh di tulis sini.. akakaka

Hampir jam 8 si Rien pulak baru sampai. Jadi mandi berempat la kami. Abg Zhaf memang ndak mandi, teda bawak baju. Yang pasti hari ini memang best sangat-sangat. Mandi, Makan, Ketawak, dan Mandi lagi.. Sempat jugak menyaksikan "Tarian Money Boy" oleh si G-Jan. Akakaka.. Kamu rasa aku tergoda ka?? No no no.. Rahsia.. Tettt.. Hahaha.. Ndak la bha.. agak-agak jugak mau mengaku di sini.. kakaka..

Ada ketikanya memang perlu untuk kita melakukan aktiviti sebegini. Salah satu untuk mengurangkan stress dan mengintimkan hubungan dengan kawan-kawan. Tapi memang best lah bha. Aku baru jugak kenal sama durang ni. Semuanya dari Abg Zhaf jugak. Sebab dia, aku rasa macam makin ramai jugak kawan ku ni. Kalau ku ingat dulu-dulu, pigi kerja, balik kerja, tengok tb, tidur.. macam itu sak jadual ku.. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan, durang ndak bosan bekawan sama aku..

Ayam lebih 3 Kg, Keropok lebih 3 pek, Minuman 3 Botol dan 1 Kotak, masih lagi bersisa. Bawak pulang laa.. Melainkan ayam, kami kasi singgah di rumah abg si Mai. Aku cadangkan, ambil lah masa untuk melakukan aktiviti seumpama ini. Hebat.. Kamu nampak semua peragai sebenar kawan kamu. Sebab semuanya di lakukan secara tidak sedar.. Hehehe.. Apapun, hari yang cukup hebat untuk meraikan ulang tahun ke-2 aku di RTM. Aku sayang kawan-kawan ku.. My Name Is SAAT :)

No comments: