KEDAI MAKAN "RAHSIA"

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Baru ja aku menjejakkan kaki di rumah ni setelah lebih kurang 1 jam melepak di kedai Rahsia.. Memang Misteri itu kedai.. Dan, oleh kerana keMisteriannya itu, aku dah pigi dua kali termasuk hari ini.. Pigi dengan kawan-kawan jugak la.. Sebelum ni pigi ngan si Fifi, Nuzul dan si Kiki.. Kali ini aku pigi dengan si Pida dan si Aziyan.. Misteri oo itu kedai..

Macam tyme sebelumnya, aku order benda yang sama. Minuman pebret ku ada jugak la.. Iced Lemon Tea... Tapi, agak2 la kalau aku pigi di kedai misteri itu semata-mata mau minum tu Iced Lemon Tea kan?? Banyak lagi di kedai lain.. Aku minum lah sesuatu yang sukar di dapati di kedai lain. Ada di kedai Misteri itu sak. Ndak sangka, minuman itu memang ENAK! Pahitnya ngam dan tetap juak pahit walau aku menambahkan gula di dalamnya. Hehehe.. Ada krim2 lagi di atasnya. Syok la.. Harganya ndak jugak la mahal.. Berapa?? Owh.. Secret.. Hehehe

Di samping minuman itu, aku dan kawan-kawan yang lain juga makan sepotong kek setiap seorang. Ada Blueberry, Marbel dan NY Cheese. Bekongsi dan saling merasa antara satu dengan yang lain. Enak sungguh.. Harganya?? Secret.. Hehehe

Kawan-kawan aku yang dua orang tu mengOder lagi Pasta dan Nasi Goreng. Presentation memang mantop. Rasanya pun agak-agak ok lah. Ada pokok misteri sebagai hiasan dan bola-bola besar umpama "Golf" lima bijik. Lembut, Padat dan penuh dengan rasa.. Namanya?? Owhh.. sekali lagi.. Secret..

Sambil menanti ketibaan abang si Aziyan, kami makan-makan sambil mengambik gambar.. Gembira jugak la.. Meskipun kali ke-2 aku pigi di kedai Rahsia ini. Hehehe.. Dorang si Aziyan dan si Pida, aku tengok teruja.. Sebab ini kali pertama dorang pigi ni kedai, meskipun hampir 5 Bulan sudah beroperasi di Tawau ni.. Lokasinya?? Ada tuh RUMAH yang di ubahsuai menjadi RESTORAN.. di sebelah Sabah Chicken Rice. Dekat ngan Kampus UiTM Cawangan Tawau. Warna merah bangunan tu.. Decorationnya memang cantik dan sukar bersaing dengan kedai-kedai lain. Sebab yang datang sana semua inginkan sesuatu yang Rahisa. Hehehe..

Beberapa minit kemudian, abg si Aziyan dan bakal isterinya datang. Mau lagi membawak kami pi makan di Perdana Club. Di belanja.. Tapi, aku rasa kenyang sudah. Jadi aku menolak.. Sebab aku teringat nasik di rumah yang masih banyak. Sayang kalau basi lagik. Lagipula, malam ni aku akan keluar lepak, seperti biasa dengan kawan-kawan ku yang di sayangi sampai jam 1 ke jam 2 pagi.

Tyme mo bayar, kami bertiga bebaris di Kaunter. Masing-masing suspen dengan jumlah bayaran makanan kami. Hehehe.. Kedai rahsia pulak ni. Mana tau jumlahnya pun rahsia kan?? Owhh.. Tidak.. 3 Orang makan. Jumlah terkumpul, lebih RM 90. Lebih kurang RM 30 setiap seorang. Nasib ndak bejuling mataku menengok. Hahaha.. dan NASIB bukan aku yang belanja. Kami membelanja diri sendiri.. Secret memang secret..

Jadi kalau ada masa.. Datanglah melawat ke kedai Rahsia itu. Secret Recepie.. Pastikan bawak banyak duit. DAN, kalau kamu mau di belanja.. Bawaklah orang yang ingin membelanja kamu ke kedai ini. Kompom, lepas ni dorang ndak akan berniat mau belanja korang MELAINKAN, orang tu sayang dengan kamu. ATAU orang itu MEMANG ANAK ORANG KAYA.. hehehe.. My Name Is SAAT :)

No comments: