KOI-MIL-GAYA

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Olaaa.. Huhayy.. Beberapa hari yang cukup mencabar aku lalui semuanya dengan senyuman. Meskipun ada sikit-sikit bikin jellek muka.. Kakakaka.. Bermula dengan keadaan ku di opis yang memang mengasi panas.

Sekarang ni, selain rumah, Opis adalah tempat yang paling Outstanding bagi aku. Boleh bersama kawan-kawan. Beketawak.. Beprojek.. banyak misi dilancar bermula di opis. Ada kalanya jugak mengasi baccat. Sebelum ni ada beberapa isu yang juga aku kasi masuk dalam opis ni. Satu orang di opisku tu pun pernah rasa benci kalau mau datang p opis. Sebab?? Ada musuh.. Aku?? Memang teda musuh. Sebab aku sudah temui caranya. Malas mau menghabut perkara-perkara ndak penting. Setakat ingin tahu saja dan cukup bagi aku. Tapi, kalau mau terjun dalam itu masalah, bermakna aku memang mencari masalah..

Kemarin, aku datang pigi opis dengan rasa yang sunggu gumbira. Macam biasa, dengan tekad dan semangat untuk berkongsikan sesuatu yang berguna kepada pendengar, aku datang ke opis dengan persediaan yang hebat! Namun, setibanya di opis, aku di hujani dengan kata-kata sindiran yang pedih. Aku rasa apa yang aku buat bukanlah satu kesalahan. Cuma mungkin kerana aku tidak mengikuti 'undang-undang' dengan cara yang sepatutnya. Kalau di dengar, memang satu kesaahan. Tapi, kalau di lalui, memang BUKAN satu kesalahan pun. Sebab aku masih melakukan perkara yang sama, cuba aku ingin mencipta kelainan. Dan, kelainan yang aku BUAT menyebabkan aku di hujani dengan kata-kata yang mengasi down. Kononnya aku mau menjadi yang lain daripada yang lain. Adusss.. Adakah??

Ndak salah pun kalau aku bercita-cita seperti itu. Sebab memang itu adalah misi kita. Dalam menyampaikan sesuatu kepada pendengar, kaedah yang dgunakan hendaklah kreatif dan TIDAK MEMBOSANKAN agar maklumat MUDAH diterima dan DIFAHAMI oleh pendengar. JANJI tidak bercanggah dengan DASAR dan PERLEMBAGAAN Negara. Aku pegang itu.

Tapi, aku sedar aku tidak layak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, kerana aku jug perlu untuk menjaga periuk nasi aku. Sikit ja aku di TIUP, maka tumbanglah aku. Dek keran kedudukan sekarang yang tidak begitu menjamin. Yang pasti, ku akan terus menanti dengan penuh debaran keputusan temuduga SPA. Huwahuwahuwa..

Masa bertuga.. Memang terasa kelainannya. Aku sukar untuk menyatakan kegembiraan dan keceriaan ku menerusi nada suara. Semua yang keluar adalah kesedihan dan kehampaan. Malas.. Sampai aku terasa mood untuk berkerja pasa masa itu serta merta HILANG.. Meskipun ini adalah satu pekerjaan yang paling aku MINAT. INI CITA-CITA KU!!!.. Seolah aku ndak menghargainya pulak kan??

Emm.. Yang pasti, semuanya akhirnya HILANG apabila aku mengambil peluang untuk bersukan semalam. Hari isnin adalah HARI BADIMNTON ku yang sentiasa aku nantikan. Sejurus selepas bermain dengan penuh aksi, aku diajak pula oleh kawan-kawan untuk memeriahkan aktiviti berkaraoke. MTV menjadi VENUE yang sungguh hangat pada malam itu. Bermula jam 9 lebih sampai jam 12 lebih.. Memang HEBAT!!.. thankz kepada penaja kami Abg Zhaf.. Ihihihihi..

Lagu AKU DIA DAN LAGU serta KOI MIL GAYA sekali lagi mencetus pelbagai INSPIRASI TARIAN daripada kami.. G-JAN, RIEN, MAI dan JURU KAMERA ABG ZHAF.. Hahaha.. Sakit pinggang.. dan pembakaran Lemak sangat lancar!!

Sejurus selepas bernyanyi, perut mula melolong.. LAPAR.. Ahaha.. Thankz kepada SPONSOR, Abg Zhaf.. Nasi LALAP menjadi menu utama di meja kami. Alhamdulillah, semuanya selesai lebih kurang jam 2 pagi. Balik rumah, Mandi, Irob baju, Bilas Jaket dan TITUN..

Yang pasti, kita hendaklah menghargai sesiapa sahaja yanga da di sekitar kita. Ini adalah sebahagian kisah yang pelu aku lalui. Dan aku bersyukur, kerana, ada lagi orang lain yang mungkin menghdapi masalah yang lebih buruk daripada ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sering bersama aku. Dan MESTI berhati-hati dengan orang yang suka mengambil kesempatan dan orang yang suka TIKAM BELAKANG.. kerana mereka mungkin muncul dalam golongan yang kita percayai.. My Name Is SAT :)

No comments: