ESOK

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Hujan saja hari ini.. Apa pun tak bley.. Sedih gak lah sebab shooting kene tangguh.. So, esok kene lah reshoot balik.. Mencik tol lah gini.. First tyme terkena.. Hurmm..

Terasa lama benar aku ndak menggatalkan diri menekat bebutang huruf dekat lappy aku nih.. Bukanlah aku sibuk sehingga semua pun ndak sempat. Cuma malas yang menghalang untuk aku melakukan semuanya.. Penyakit malas yang semakin membimbangkan kiranya.. Ah! Janji aku ndak nyusahkan hidup orang sudah. Yang penting skrg, aku hanya perlu fokus pada kehidupan sendiri dan memikirkan masa depan.. Ntah! Buat masa skung ni, aku masih lagi BUTA.. yeapzz.. BUTA!


Kita mula dengan hari Jumaat. Tidor dekat tepi jalan dalam keta.. Ngantuk sangat. Hajat hati mau pegi smayang jumaat. Namun, asyik tertidur sehingga jam menunjukkan jam 2.30 petang. Hujan turun dengan lebat. Aku sedar pun tidak. Syndrom malas lah tu.. Balik ke pejabat dan bersedia untuk membuat editing. Sampai jam 10 malam baru gerak balik.. HP tidak dah tak tinggal dah.. Dah start bawa balik.. Ntah apa motip, aku pun keliru.. Itu pun lepas kena ceramah oley Kak Mas.. Huhuhu

Hari Sabtu yang mendamaikan. Siok ja duduk umah seharian. Aku sengaja sibukkan diri dengan berkemas.. Kali ni aku berkemas tahap major.. Especially dapor.. Peti sejuk aku alih kedudukan.. Semua bende yang tak guna aku simpan dalam satu bekas. Habuk aku singkir.. Sampah 3 plastik besar aku kumpul.. Mana taknya, botol coke paling banyak.. Huhuhu.. Bangkai lipas bersembunyi disebalik semuanya.. Huhuhu.. Terkenang jua kisah lama..

Ntah ar.. Aku dah malas sebenarnya duduk rumah.. Pikiran suka sangat merewang jauh ke seberang laut.. Aku dah start stay ket ohpiz sampai lewat malam. Opiz aku sejuk sangat. Sebab system ekon dia centrelized. So, kalau dah tak tahan, aku gerak ke tepi laot lax.. Kalau dah betol2 ngantuk baru balik umah.. Tapi, sampai bila aku nak lari dari semua tu? So, kena beranikan diri untuk berhadapan dengan masalah yang wujud. Takkan nak mengaku kalah dengan masalah yang kita cipta sendiri kan?

Hari sabtu adalah hari yang paling buat aku tersenyum. Terasa puas sendiri setelah melihat ruang utama umah ni lengang dengan barang2 usin. Semuanya aku sumbat masuk dalam stor. Hujan dekat luar berpanjangan. Tapi, tu ndak menghalang aku untuk membasuh baju yang sudah termuntah dekat bakol. Bila semua dah selesai, aku tetiba rajin nak makan nasik.. Tapi, dalam peti teda apa-apa pun. So, mencapai maggie dan sebijik telur. Menikmatinya sambil menonton cerita Doraemon. Oh!! Sangat mengimbau kenangan silam..

Masa kecik dulu, aku tengok tv bukan dekat umah sendiri. Aku tengok tv dekat umah jiran aku. Start jam 6 memang dah duduk umah atok tuh sampai jam 8malam.. Kekadang, sampai makan malam dan bermalam kat situ. Dah memang rapat kan. For sure aku memang tak tahu malu.. Hohohoho~~ Senyum sendiri wei.. Keluang Man, A.L.O.N.G, Usop Sontorian. Apa lagi katun kat tv1?? Huhuhuhu~~ Tetiba sedih lax mengenang kehidupan dolu-dolu. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat melaluinya..

Tengok tv saja kerja aku selepas itu.. Menyaksikan ATM menentang Kelantan. Huh!! Memang perlawanan yang hebat meskipun sedikit lidut.. Maksud aku, tidak serancak dan setangkas pemain international yang penuh dengan starategi permainan.. Mungkin kerana keletihan, aku tertidur setelah separuh masa kedua bermula.. Huhuhuhu~~

Jam 3 pagi baru tersedar. Mematikan tv dan menjenguk ke luar menyaksikan keindahan malam. Hujan masih turun. So, tiada bulan untuk direnung. Sejuk!! Membetulkan tilam dekat hall.. Mengenakan selimut dan membayangkan kehidupan pada hari 'esok'.. Oh!! Tiada apa yang akan berubah.. Aku sudah menetapkan matlamat itu.. Dan aku akan terus begini.. Kerana sejak hari aku mengetahui hal yang sebenar, aku sudah mati dan kini sedang mereput.. Tiada apa lagi yang perlu diharapkan..

Jam 4.30, mata semakin segar. Mempersiapkan diri dengan penuh tertib. Memandu menuju ke ohpiz agak awal. Memandu si chomel dengan penuh hemah.. Kedengaran bunyi yang asing di telingaku.. Kesian chomel.. Hurmm.. jam 9 pagi running rakaman carta yang telah aku siapkan lebih awal membolehkan aku keluar lebih awal untuk shooting.. Panas yang amat!! Namun, siapa boleh menyangka, cuaca bertukar begitu cepat. Hujan lebat! menyebabkan segala yang dirancang tertangguh dan terpaksa bertunda.. Esok masih ada..

Jumpa lagi..

No comments: