MENGUSIK KENANGAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Hurmm..
Aku baru ja sampai umah lepas dari amik Kak Mas dekat Airport dan antar dia ke ohpiz.. Sebab keta dia park kat ohpiz lol.. Kebetulan aku teda buat apa-apa, so aku iyakan saja permintaan dia bila dia call aku petang tadik.. Hujan renyai ku redah menuju ke Tanjung Aru dalam jam 8 malam.. Suram dan sunyi dalam keta.. Malas nak pasang bunyik radio bagai.. Tetiba aku melayan keinginan hati yang mahukan ketenangan..

Sampai saja di Tanjung Aru, aku mengambil tempat parking dan berjalan di sepanjang pantai.. Malam ni tak lah ramai sangat orang. Ada pun sibuk menyalakan tang long untuk di terbangkan.. Walaupun keadaan cuaca malam tu hujan rerintik.. Namun, aktiviti itu terus berjalan dengan meriah..

Aku bergerak ke bawah pondok yang kelihatan kosong.. Tetiba terpandang pada tunggul kayu yang pernah menjadi lokasi pertama aku mendengar suara dia.. Hehehe.. Terasa terimbau detik itu.. Aku tersenyum sendiri membayangkan gelagat aku masa tuh.. Hangat dan kemaruk bercinta dengan seseorang yang jauh.. Rindu itu terus datang menyerah.. Ku hantar sms pantas meminta dia agar tidak terlalu sibuk shopping.. Makan jangan lupa.. Dan kini, kami jadi kawan.. Langsung tak pernah terfikir dek akal masa lalu.. Sbb aku tau, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk kita menerima seseorang yang pernah bertakhta di hati sebagai seorang kawan.. Namun, diri aku lebih mengerti tentang sesuatu.. Hurmm.. Masa tu, si Kazen marah ngan aku.. Dan kerisauan itu terus menujah aku sehingga hari ini..

Jauh ku lempar pnadangan melihat pada apungan tang lung di langit. Udara panas menolak tang lung itu agar meluncur dan meraih tingginya awan.. Sangat warna warni.. Namun sayang, cahaya dan kepanasan yang ada pada tang lung itu tidak dapat menerangi dan menghangatkan tubuh manusia di atas bumi seperi mentari.. Dan akhirnya, tang lung itu terbakar sebelum jatuh sebagai habuk ke atas permukaan laut yang terbentang luas.. Hurmm.. Susahkan kehidupan nih.. Namun yang pasti, setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran..

Hurmm.. Hari ni aku kerja pagi.. Starting 6 sampai 11 pagi.. Letih jer aku rasa... Dah semalam aku dok umah membantai tidor jak kan.. So, masa pergi keja pagi tadik, rasa tulang temulang bagai kerapuhan semua.. Lain lagi dengan rasa tekak yang agak perit ketika menelan.. Tanda-tanda tonsil kah itu?? Yang pasti, aku malas minum air.. Balik ja dari ohpiz, terus merebahkan diri pada tilam.. Jam 2 lebih baru tersedar.. Perut sudah berbunyik mintak nasik.. Namun, aku hanya rajin masak maggie saja.. So, bekfest and lunch di satukan dengan menjamah maggie perisa Kari.. Slurppp~~

Lepas tuh, aku stay dekat veranda main game.. Sesambil layan suara tv.. Tetiba dapat sms dari kawan aku.. Dia nak datang umah.. Ijan.. Ndak sangka dia ada di KK.. Hari ni 30-09-2012 is his birthday.. Yang ke 26 tahun.. Ingat malam ni nak celebrate untuk dia.. Just two of us.. Bawa dia pigi makan or apa saja yang dia mau.. Budak ni sangat gila ngan part keta.. Viva Putih milik dia dah transform habess.. Walaupun keta dia tu muda sikit beberapa bulan daripada keta aku.. Dek kerana selalu berulang alik Tawau-KK, KK-Tenom maka ODO meter dia dah beriban-riban dah.. Huhuhu~~ So, something kene kasi pasal part keta.. Biar dia pilih sendiri ja lah.. Sbb aku sangat gagal bab kereta ni.. Hari tuh dia cakap nak beli barang untuk upgrading turbo kit dia.. So, aku rasa nak suh dia buat benda tuh.. Namun, perancangan Tuhan tu lagi pasti.. GF dia dah aturkan sesuatu yang lagi menarik.. Candelite Dinner kot.. Hehhee.. Best jer diorang.. :((

Nyamuk yang semakin mengganas dekat Tanjung Aru tuh membuat aku ingin berlalu cepat.. Namun, masa ketibaan kak mas belum jua bertandang.. So, im just waiting there sesambil menikmati keindahan malam dengan beberapa batang rokok.. Sebagai pemuas nafsu, melayan bosan dan sebagai ubat penghalau nyamuk.. Hahaha.. Jam 10.40 baru kapal terbangi tu landing.. Lepas hantar Kak Mas, aku terus drive pulang dan menghupdate blog ini..

Esok kerja pagi lagi.. Huh! 'Nunitez Darls' Hurmm.. Just missed that word.. :(

No comments: